Bagaimana semuanya bermula

Diaspirasikan dari 4 anak muda bercita-cita tinggi dan mempunyai visi yang jelas, kami bermula sebagai Wenkt Voyage Travel pada tahun 2008. Kami kemudiannya dikorporatkan sebagai Wenkt Vacation Sdb Bhd pada 2010 dan kemudian dinamakan sebagai Wan Vacation Sdn Bhd pada Mei 2016.

Sebagai Syarikat Perlancongan Milik Bumiputera, kami terus menerpa ke dalam industri perlancongan dengan menghasilkan laman web selamatbercuti.com. Kami kini berkembang sebagai satu kumpulan yang menekankan sifat kekeluargaan dan kekitaan dalam memupuk semangat juang dan keberhasilan sebagai 1 kumpulan yang dinamik.

Mengekalkan Keringkasan

Kami menerapkan budaya kesederhanaan dan ringkas dalam segala aspek. Fokus utama kami adalah memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan tanpa perlu melalui proses perhubungan korporat yang kompleks. Sehingga kami kami berasa gembira dapat mengukir senyuman dan memenuhi jangkaan pelanggan dalam setiap pakej yang ditawarkan. Motto kami dalam memberikan pengalaman bercuti terbaik hanyalah dengan bersikap disenangi, mempertingkat prestasi dan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru

Selamat Bercuti di Malaysia

Reputasi kami sebagai penawar pakej perlancongan Muslim 100% halal kian meningkat menerusi kepercayaan pelanggan. Kami sentiasa memastikan disepanjang proses percutian pelanggan,
setiap aspek termasuk makan dan minum adalah 100% halal. Kami turut menekankan penjagaan waktu solat dan memperkukuh kefahaman pemandu pelancong dengan kefahaman agama Islam untuk merungkai keraguan pelanggan apabila melancong ke negara bukan Islam.

Perlancongan Muslim

Penawaran pakej khas Muslim yang juga muhibbah untuk penganut agama lain

Makanan Halal & Berkualiti

Menekankan penyediaan makanan yang diyakini halal, bersih dan berkualiti

Penjagaan Waktu Solat

Setiap aturcara direka termasuk memastikan penjagaan waktu solat dan urusan jamak berjalan dengan lancar tanpa mengganggu aturcara anda