Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan
Penerbangan | Insentif | Trip Tahunan | Pameran & Majlis

Perlancongan Korporat

Permudah urusan perjalanan dan percutian syarikat korporat anda bersama Selamat Bercuti. Kami sedia menawarkan perkhidmatan yang menitikberatkan semua aspek keperluan perjalanan anda ke destinasi yang dituju. Kami amat fleksibel dan bersedia mengurus program bersesuaian bagi Perkihidmatan Perlancongan Korporat anda.

Anda boleh memperoleh bantuan bagi sektor berikut:

  • Tiket Penerbangan dan Permohonan Visa
  • Perbandingan Harga Tiket & Alternatif
  • Pertukaran Laluan Penerbangan
  • Bantuan Kontigensi
  • Hotel Penginapan dan Sewaan Pengangkutan
Hotel Premium | Tiket Kelas Pertama & Bisnes | Aturcara Premium

Kendalian Perlancongan VIP

Permudah urusan pengendalian tetamu VIP anda bersama kami. Kami sedia membantu anda mengaturcara program bersesuaian beserta pemandu pelancong professional berpengalaman. Melanconglah dalam kumpulan kecil atau melanconglah secara tersendiri dan kami akan menyediakan keperluan perjalanan anda. Anda juga akan mendapat layanan 5 bintang bagi setiap kembara bermula dari jemputan di Lapangan Terbang, mengurus bagasi, hotel penginapan sehinggalah menetapkan Bell Boy VIP untuk anda.

Antara perkhidmatan premium ditawarkan termasuklah:

  • Hotel 5 Bintang
  • Perlancongan Persendirian bersama keluarga atau kumpulan kecil
  • Akses Kelas Pertama beserta pemandu pelancong
  • Parking Valet
  • Kedudukan Penonton Premium
  • Makan Tengahari dan Malam yang dikhaskan
  • Pemandu Pelancong 24 Jam sepanjang perjalanan
Pendidikan | Kajian | Pertukaran Pelajar | Diskaun Pelajar

Program Universiti

Dengan rekod pengurusan yang baik dalam mengurus perjalanan ke luar negara oleh pelbagai kumpulan Universiti dan Pelajar, selamatbercuti.com dengan merendah hati bersedia memberikan penawaran sama kepada anda. Kami boleh membantu anda bermula dari seawal perancangan perjalanan termasuklah:

  • Menghubungi Universiti Tempatan destinasi
  • Menghubungi syarikat untuk dilawati
  • Mengurus pertemuan bersama kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi
Airport Transfer | Feri ke Pulau | Lawatan Singkat

Sewaan Pengangkutan

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pengangkutan bagi pelbagai urusan seperti pengangkutan ke Lapangan Terbang, Tiket Feri ke Pulauatau Lawatan Harian Singkat, kami sedia menawarkan perkhidmatan dengan kadar tawaran menarik. Pilih dari pelbagai saiz pengangkutan dari bas 40 penumpang, Bas VIP 28 penumpang dan Van 10 penumpang.

Visa Australia

ETA Australia Visa (Pelancong)

Visa Cina

Visa Pelancong Cina – Single & Duble Entry

Ingin mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan di atas?

Hubungi kami untuk bantuan