10H7M EROPAH TIMUR 5 NEGARA

Munich - Schwangau - Nuremberg - Karlovy Vary - Prague - Vienna - Bratislava - Budapest
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 6,690

Termasuk Danube River Cruise!
RM 7,090
RM 6,690
Termasuk Danube River Cruise!
RM 7,090
RM 6,690

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – DOHA

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Munich melalui Doha.

Hari 2DOHA – MUNICH (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Munich, tetamu akan dibawa melawat ke BMW Welt yang memaparkan rekaan baru dan lama kereta jenama BMW sambil berpeluang mencuba permainan interaktif yang disediakan dan membeli cenderamata BMW. Seterusnya bersiar-siar di sekitar kawasan tasik dan stadium Olympic Park yang menjadi lokasi penganjuran Sukan Olimpik Munich 1972. Membeli-belah di Ingolstadt Outlet Village yang menawarkan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dengan diskaun yang hebat sebelum dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3MUNICH – SCHWANGAU – MUNICH (SP/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke daerah Schwangau yang menempatkan 2 buah istana rehat musim panas keluarga diraja Bavaria zaman medieval iaitu Neuschwanstein Castle. Tetamu akan dibawa masuk melawat ke Neuschwanstein Castle yang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland. Tetamu akan berpeluang melihat ruang makan, kamar dan dewan diraja yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran yang hebat. Berdekatan dengan istana ini terletaknya Marien Bridge, sebuah jambatan gantung yang merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan penuh Neuschwanstein Castle yang menakjubkan. Lawatan diteruskan ke sekitar kota Munich. Antara yang menjadi tumpuan ialah National Theatre; rumah opera yang telah beroperasi selama 350 tahun dan terkenal dengan interior yang cukup mempesonakan, Old Town Hall yang terletak di Marienplatz iaitu pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah barangan cenderamata di sini sebelum dibawa makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 4MUNICH – NUREMBERG – KARLOVY VARY (SP/MM)

Menikmati sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Nuremberg iaitu sebuah bandar di utara Bavaria. Tetamu akan dibawa ke Nuremberg Castle. Istana ini dianggap sebagai kubu pertahanan zaman pertengahan di Eropah. Kemudian tetamu akan ke Market Place dan diberikan masa untuk membeli belah. Bertolak ke destinasi percutian spa terkenal, Karlovy Vary di negara Republik Czech sebelum makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Hari 5KARLOVY VARY – PRAGUE SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar Karlovy Vary dengan Grandhotel Pupp; hotel mewah bertaraf 5 bintang yang gah dibina pada tahun 1701 yang turut digunakan sebagai lokasi penggambaran siri James Bond Casino Royale, Hot Spring Colonnades; pusat utama kolam pancutan air panas semula jadi setinggi 12 meteryang mana tetamu berpeluang merendam kaki untuk merasai kehangatan air panas ini, berfoto di hadapan Main Post Office yang dibina pada 1900, Elizabeth Bath iaitu sebuah pusat spa yang terkenal kerana senibina Pseudo-Baroque yang menyerupai sebuah istana dan Smetana Park di sekelilingnya. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kota yang cukup terkenal dengan gelaran Heart of Europe iaitu Prague, ibu negara Republik Czech. Tetamu akan menyusuri jambatan Charles Bridge yang merupakan mercu tanda signifikan yang mesti dilawati oleh setiap pelancong yang datang ke Prague menuju ke kawasan Old Town di mana tetamu berpeluang berfoto di menara jam Astronomical Clock yang unik sedari tahun 1410 lagi, Jan Hus Memorial yang diukir pada tahun 1910 sebagai memperingati jasa wira itu 500 tahun yang lampau dan juga Old Town Hall yang sungguh unik binaannya. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6PRAGUE – VIENNA (SP/MM)

Menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan di kota Prague dimulakan dengan melawat antara kompleks istana yang terbesar di dunia, Prague Castle yang dibina pada kurun ke-9 yang kini masih digunakan sebagai kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat St. Vitus Cathedral, Old Royal Palace yang pernah menjadi tempat raja ditabalkan, St. George’s Basilica, Golden Lane yang meriah dengan rumah berwarna-warni milik tukang-tukang tempa emas dan Daliborka Tower yang dahulunya digunakan sebagai menara tinjau kawalan dan penjara. Kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di Wenceslas Square yang meriah dengan kafe, restoran, kedai cenderamata terutamanya berasaskan kaca Bohemian Glass. Seterusnya tetamu akan bertolak menuju ke ibu kota Austria iaitu Vienna yang gah dengan sejarah kerajaan Austria-hungary empayar Hofburg. Makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Hari 7VIENNA (SP/MM)

Usai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan taman istana Schonbrunn Palace yang maha luas dan saujana mata memandang. Seterusnya melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg, Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum dan akhirnya ke Wiener Rathaus yang merupakan bangunan pejabat pentadbiran datuk bandar ini yang cukup Gothic rekaannya. Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 sebelum diberi masa bebas di Stephansplatz dan Karntnerstrasse untuk membeli-belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral. Sekiranya masa mengizinkan, tetamu akan dibawa melawat ke Hundertwasser “Kalke” Village, rumah binaan seorang artis bernama Hundertwasser yang terkenal kerana tidak menggunakan prinsip garisan lurus dan merupakan tempat yang cukup menarik untuk bergambar dan membeli cenderamata. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 8VIENNA – BRATISLAVA – BUDAPEST (SP/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke Bratislava, ibu negara Slovakia. Tetamu akan dibawa melawat Bratislava Castle di mana tetamu berpeluang untuk berfoto di dalam kawasan taman istana ini dengan pemandangan menakjubkan kawasan sempadan 3 negara iaitu Slovakia, Austria dan Hungary. Di sebelahnya pula tersergam bangunan National Council yang menjadi tempat ahli parlimen negara ini bersidang. Melepasi bangunan Grassalkovich Palace yang merupakan istana kediaman Presiden Bratislava dan bersiar-siar di Old Town yang popular dengan kepelbagaian seni bina bangunannya seperti Opera House dan arca-arca patung gangsa. Perjalanan diteruskan ke ibu kota negara Hungary, Budapest yang terdiri dari 2 bahagian bandar iaitu Buda dan Pest. Kota ini sering dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood kerana keindahan kotanya seperti Mission Impossible, James Bond dan Hercules. Setibanya di Budapest, tetamu mempunyai masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Vaci Street dan Central Market Hall, sebuah kompleks pasar harian di mana tetamu boleh mendapatkan rempah seperti paprika dan saffron dengan harga yang cukup murah, buah-buahan kering, keju, cenderamata dan juga fabrik sulaman. Selesai membeli-belah, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9BUDAPEST – DOHA (SP)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar yang cukup terkenal dengan kekayaan sejarah dan budaya ini. Tetamu akan dapat menikmati pemandangan panorama indah kota ini dari atas bukit Gellert Hill sambil melawat Citadel yang merupakan kota pertahanan dan juga simbol penyatuan rakyat Hungary di bawah pemerintahan komunis. Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han. Berfoto di bangunan yang menjadi ikon kota ini iaitu Hungarian Parliament Building yang siap dibina pada tahun 1904 dengan rekabentuk yang cukup menakjubkan dan kekal sebagai bangunan paling besar di Hungary. Makan tengahari dan menuju ke Fisherman’s Bastion, sebuah teres unik di tebing Sungai Danube dengan 7 menara tinjau dan berfoto di Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah. Tetamu kemudiannya akan dibawa menaiki Danube River Cruise tanpa sebarang tambahan bayaran untuk menikmati pemandangan indah kota Buda dan Pest dari Danube River dengan bangunan-bangunan dan monumen-monumen penting di sepanjang sungai ini sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Budapest untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha.

Hari 10DOHA – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

QR 849

KUL

DOH

2010

2330

QR 059

DOH

MUC

0240

0700

QR 200

BUD

DOH

1625

2335

QR 848

DOH

KUL

0245

1530

Tarikh

12, 19, 26 Mac 2019 

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Baldham 3* Hotel 1a Business atau setaraf
Karlovy Vary 3* Hotel Adria atau setaraf
Prague 3* Hotel Akcent atau setaraf
Vienna 3* Hotel Ibis Messe atau setaraf
Budapest 3* Hotel Budapest Panorama Central atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) sekiranya memerlukan.
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Prague Castle dan Neuschwanstein Castle.
  • Tiket menaiki Danube River Cruise di Budapest.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri