10H7M Pesona Turki

Istanbul - Bursa - Izmir - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia - Amasya - Bolu
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM4090

RM 4390

Lawatan ke Amasya & Bosphorus Cruise!
Harga serendah RM 4390
Lawatan ke Amasya & Bosphorus Cruise!
Harga serendah RM 4390

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1ISTANBUL – BURSA – IZMIR (MT/MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Istanbul. Setibanya di Lapangan Terbang Atartuk Istanbul, bertolak ke Bursa iaitu kota yang pernah menjadi ibu negara pertama kerajaan Uthmaniyyah sebelum Edirne dan Istanbul. Setibanya di Bursa, tetamu melawat Green Mosque, sebuah masjid yang sangat menakjubkan seni binanya dan mendapat nama daripada jubin di dalam masjid tersebut yang berona hijau kebiruan dan Green Mausoleum, makam Sultan Mehmet I dan ahli keluarganya yang membina masjid ini. Seterusnya melawat Ulu Cami yang turut dikenali sebagai Grand Mosque of Bursa yang merupakan mercu tanda seni bina Uthmaniyyah terawal dan masjid terbesar di Bursa dengan 20 kubah dan 2 menara. Masjid ini turut mempamerkan seni kaligrafi Islam terbaik yang tertulis di dinding, kolum dan plat oleh penulis kaligrafi terhebat pada zaman tersebut. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat Koza Han, sebuah pasar sutera dengan pemandangan klasik yang sangat cantik, dibangunkan oleh Sultan Uthmaniyyah iaitu Bayezid II pada 1491. Makan tengahari dan bertolak ke Izmir. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 2IZMIR – KUSADASI – PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel dan bertolak ke kota Kusadasi yang begitu terkenal dengan sejarah peninggalan kota Ephesus iaitu kota penempatan zaman Yunani dan Rom purba yang dibina pada 10 SM yang menempatkan monumen-monumen zaman empayar Yunani dan Rom seperti Library of Celcius dan Great Theatre, serta peninggalan Temple of Artemis yang merupakah salah satu daripada Seven Wonders of the Ancient World. Lawatan diteruskan ke 7 Sleepers Cave yang bersejarah, gua di mana 7 pemuda Ashabul Kahfi bersembunyi dan dibangunkan daripada tidur setelah kira-kira 300 tahun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Makan tengahari dan kemudian tetamu akan dibawa menyaksikan pertunjukan fesyen dan membeli-belah barangan asli daripada kulit seperti jaket, beg dan sebagainya. Perjalanan diteruskan ke Pamukkale dan daftar masuk hotel sebelum makan malam.

Hari 3PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat tarikan di Pamukkale iaitu Cotton Castle yang terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih di tebing bukit kota purba Hierapolis. Kota yang diasaskan oleh orang Rom dahulunya merupakan sebuah kota yang menakjubkan. Antara kesan tinggalan yang masih sempurna boleh dilihat ialah Frontinus Gate, Theatre, The Great Baths dan Cleopatra’s Pool. Lawatan diteruskan ke bandar Konya di mana tetamu akan dibawa menziarahi Mevlana Museum iaitu sekolah terawal dan terbesar bagi ahli-ahli sufi dan menempatkan makam pengasasnya iaitu Jalaluddin Rumi. Makan tengahari dan seterusnya menuju ke Sultanhani Caravanserai yang merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu. Bertolak menuju ke Cappadocia, daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 4CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Caydakli Underground City di mana pada satu ketika hampir 5,000 penduduk tinggal di kota bawah tanah ini. Kemudian menyaksikan cara-cara pembuatan karpet Turki di Carpet Factory yang cukup terkenal dengan kehalusan seni karyanya dan ke Avanos Village untuk melihat hasil kerja tangan barangan tembikar berhiaskan batu turquoise secara tradisional. Makan tengahari dan tetamu akan dibawa mengambil gambar panorama indah Goreme dan Pasabag Valley. Melawat Pigeon Valley, di mana tetamu dapat menyaksikan lanskap lembah batuan yang memukau dan lubang-lubang yang diukir pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 5CAPPADOCIA – AMASYA (SP/MT/MM)

Selesai menikmati sarapan di hotel, tetamu akan meneruskan kembara Turki ke kota Amasya yang terkenal dengan sejarah lebih dari 7500 tahun. Tetamu dibawa melawat ke Ferhat & Sirin Tunnel Love Museum yang terkenal dengan kisah cinta lagenda antara Puteri Sirin dan Ferhat seorang penenun karpet yang diarahkan oleh sultan untuk membina saliran air ke Bandar Amasya sebagai syarat untuk berkahwin dengan Puteri Sirin. Tetapi berakhir dengan tragedi apabila kemalangan menimpa Ferhat dan Puteri Sirin membunuh diri. Makan tengahari di restoran tempatan. Ziarah dan bersolat di masjid terbesar iaitu Beyazid II Mosque yang dibina pada kurun ke-15. Di sini, mereka ada menyimpan musyhaf Al-Quran pertama yang ditulis dengan tangan dari zaman Khalifah Amirul Mukminin Saidina Uthman Ibn Affan pada tahun 25 Hijrah, namun disimpan rapi dan tidak dibenarkan untuk tatapan umum. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6AMASYA – BOLU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat sebuah madrasah yang cukup indah dan terkenal di Turki iaitu Octagonal Madrasah dibina tahun 1235 sebagai sebuah sekolah tahfiz Al-Quran. Seterusnya, tetamu dibawa bersiar-siar di sepanjang Green River dan mengambil gambar berlatarkan pemandangan Mountain Rock Tombs yang dahulunya merupakan makam raja-raja semasa empayar Pontus dan membeli barangan cenderamata di bazaar. Singgah melawat Bimarhane yang merupakan hospital psikiatri yang mengaplikasikan rawatan dengan kaedah muzik. Makan tengahari dan bertolak menuju ke Bolu. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 7BOLU – ISTANBUL (SP/MT/MM)

Selesai bersarapan, tetamu dibawa menaiki Bhosporus Cruise dan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahçe Palace. Lawatan diteruskan ke Istanbul, kota antara dua benua iaitu Asia dan Eropah. Melawat Suleymaniye Mosque, salah satu masjid yang dibina semasa pemerintahan Ottoman dan antara yang tercantik di Turki. Singgah melawat Fatih Mosque yang sangat terkenal kerana seni bina interiornya yang begitu mengagumkan, dibina oleh penakluk kota Constantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih yang berhasrat untuk membina sebuah monumen Islam yang lebih hebat daripada Hagia Sophia dan di sini juga tempat jasadnya dimakamkan. Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi. Kemudian, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8ISTANBUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke ikon kota Istanbul iaitu Topkapi Palace yang pernah menjadi kediaman sultan2 Uthmaniyyah selama 400 tahun. Di sini, tetamu berkesempatan untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf. Kemudian, tetamu akan ke Hagia Sofia yang cukup sinonim dengan kota Istanbul. Merupakan sebuah Basilika Kristian Ortodoks ketika empayar Byzantine yang kemudiannya ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Mehmet pada 1453. Kini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium dan kekal sebagai monumen dan karya seni bina penting kepada empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Lawatan diteruskan ke Blue Mosque, yang mendapat namanya daripada jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara sebelum makan tengahari di restoran. Seterusnya tetamu akan dibawa ke Spice Market, pasar terbaik untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dan Baklava untuk dibawa pulang ke Malaysia. Akhir sekali, tetamu akan dibawa melawat makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang terletak di Abu Ayyub Al-Ansari Mosque yang dimakamkan di sini sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Hari 9ISTANBUL – KUALA LUMPUR

Penerbangan pulang awal pagi ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

** HARGA FIESTA hanya sah sehingga 15 Ogos 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Hotel

BANDAR NAMA HOTEL
Izmir Ramada Hotel Kemalpasa atau setaraf
Pamukkale Pam Thermal atau setaraf
Cappadocia Avrasya Hotel atau setaraf
Amasya Apple Palace atau setaraf
Bolu Koru Hotel atau setaraf
Istanbul Ramada Plaza Tekstilkent atau setaraf

Jadual Penerbangan

No. Penerbangan Dari Ke Waktu Berlepas Waktu Ketibaan
TK 61 KUL IST 2335 0515+1
TK 60 IST KUL 0130 1655

Perlepasan

12 Sep | 10 okt 2017

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4*-5* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Percuma bot persiaran Bosphorus Cruise yang bernilai USD60 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Ephesus, Hierapolis (Cotton Castle), Mevlana Museum, Caydakli Underground City, Topkapi Palace, Hagia Sophia dan Ferhat & Sirin Tunnel Love Museum.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Menaiki Hot Air Balloon (USD220 seorang) dan menonton Wherling Derwish Ceremony (USD30) di Cappadocia.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan

Peta perjalanan sedang dikemaskini

Galeri