10H7M Syoknya Eropah 4 Negara

Manchester - Liverpool - Bicester - London - Paris - Brussels - Amsterdam - Zaanse Schans - Rotterdam - The Hague
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM6890

RM 7190

Melawat Madurodam Miniature Park!
Harga serendah RM 7190
Melawat Madurodam Miniature Park!
Harga serendah RM 7190

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Istanbul

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berlepas menaiki penerbangan menuju ke Manchester melalui Istanbul.

Hari 2Istanbul - Manchester - Liverpool (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Manchester, melawat sekitar tarikan kawasan tengah kota Manchester ini seperti Manchester Town Hall iaitu dewan pentadbiran bandar dengan senibina era pemerintahan Victoria, John Rylands Library yang terkenal dengan gelaran ‘Real Life Hogwarts’ kerana senibina dalamannya yang menyerupai Hogwarts School of Witchcraft dalam filem Harry Potter serta melawat Ordsall Hall, rumah bersejarah yang berusia lebih dari 750 tahun. Kemudian tetamu akan dibawa ke Wimslow Road dan menunaikan solat di Manchester Central Mosque. Lawatan diteruskan ke Stadium Old Trafford, salah satu stadium paling ikonik di dunia milik pasukan Manchester United yang menjadi satu kemestian apabila berkunjung ke Manchester. Selesai lawatan di Manchester, tetamu akan menuju ke kota kelahiran kumpulan The Beatles, Liverpool. Melawat Titanic Memorial, sebuah tugu peringatan yang didedikasikan kepada 244 jurutera kapal yang terkorban dalam menyelamatkan kapal Titanic sebelum karam dan Albert Dock, sebuah kompleks dermaga kapal dagang yang dibina pada 1841 dan kini menjadi ikon tarikan pelancong. Di sini, tetamu berpeluang melawat menerokai The Beatles Story iaitu sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perjalanan dan zaman kegemilangan The Beatles. Selesai lawatan di Albert Dock, tetamu akan melewati dua kawasan yang menjadi inspirasi lagu The Beatles iaitu Strawberry Fields dan Penny Lane. Tetamu akan dibawa makan malam di Penny Lane Fish and Chips yang terkenal sebelum mendaftar masuk hotel.

Hari 3Liverpool - Bicester - London (SP/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa untuk berfoto di Anfield Stadium yang merupakan stadium rasmi pasukan kebanggaan dan penuh sejarah di Merseyside ini iaitu Liverpool FC. Kemudian tetamu akan bertolak menuju ke kota London dengan singgah membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal seperti Dior, Dolce & Gabbana, Prada dan Swarovski pada harga yang cukup menakjubkan. Sambung perjalanan ke London, makan malam di restoran setibanya di sana dan daftar masuk hotel.

Hari 4London (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall, suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Seterusnya dibawa untuk bersiar-siar masa bebas di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 5London - Dover - Calais - Paris (SP/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis, merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais dan bertolak ke Paris dengan perjalanan kira-kira 4 jam 30 minit. Setibanya di Paris, tetamu akan dibawa membeli belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau. Selesai membeli-belah, tetamu makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 6Paris (SP/MM)

Sarapan di hotel dan memulakan lawatan di kota metropolitan kedua terbesar di Eropah ini dengan Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower sebelum ke kemuncak aturcara iaitu menaiki Eiffel Tower yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris. Singgah membeli-belah barangan cenderamata di Montmartre yang cukup indah kawasan berbukitnya dengan Basilica of the Sacred Heart terletak di puncak bukit, malahan kawasan ini pernah menjadi tempat tinggal artis-artis terkenal seperti Picasso dan Van Gogh. Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum aktiviti bebas di Avenue des Champs-Elysees di mana tetamu boleh bersiar-siar di jalan yang dianggap tercantik di dunia atau membeli-belah di butik mewah seperti Louis Vuitton, Mont-Blanc dan Sephora. Makan malam dan pulang ke hotel.

NOTA PENTING: Sekiranya Eiffel Tower ditutup atas sebab-sebab yang di luar jangkaan, pihak kami akan menukarkan dengan lawatan ke Montparnasse Tower di Paris.

Hari 7Paris - Brussels - Amsterdam (SP/MM)

Selepas bersarapan, tetamu bertolak menuju ke ibu kota Belgium yang terkenal dengan coklat, Brussels dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sejurus tiba di Brussel, tetamu akan dibawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom, Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Selesai lawatan di Brussel, bertolak ke Amsterdam, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8Amsterdam - Zaanse Schans (SP/MM)

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan menghasilkan produk berasaskan pastri dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum menuju ke Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua, bersiar-bersiar di kawasan sekitar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 9Amsterdam - Rotterdam - The Hague - Istanbul (SP)

Setelah sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa berfoto di sekitar Rotterdam iaitu kawasan pelabuhan Europoort seperti Cube House yang merupakan sebuah perumahan unik berbentuk kiub dengan 39 unit dibina pada tahun 1977 dan Erasmus Bridge. Lawatan diteruskan dengan melawat bandar diraja dan kota pentadbiran, The Hague. Antara tarikan utamanya ialah Binnenhof yang merupakan sebuah bangunan parlimen tertua di dunia yang masih aktif dan menempatkan pejabat Perdana Menteri, Ridderzaal (Hall of Knights) yang merupakan bangunan bagi resepsi rasmi keluarga diraja, The Mauritshuis, Prison Gate dan juga The Peace Palace, sebuah bangunan gah binaan tahun 1913 yang menempatkan Mahkamah Dunia. Melawat Madurodam Miniature Park, taman tema yang terkenal dengan bangunan-bangunan ikonik di Belanda pada skala yang kecil sejak dari tahun 1952 lagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Schipol Amsterdam untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 10Istanbul - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

** Kempen HARI DATUK DAN NENEK hanya sah sehingga 15 Oktober 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

TK 61

KUL

IST

2335

0515

TK 1993

IST

MAN

0725

0940

TK 1954

AMS

IST

1820

2355

TK 60

IST

KUL

0205

1725

Tarikh

24 Jan | 10 Feb │ 12 Mac 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Liverpool 3* Ibis Liverpool Centre atau setaraf
London 3* Ibis London Docklands atau setaraf
Paris 3* Hotel Reseda atau setaraf
Amsterdam 3* Thon Hotel Rotterdam atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Liverpool, London, Paris dan Amsterdam.
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: The Beatles Story, Eiffel Tower, Amsterdam Canal Cruise dan Madurodam Miniature Park.
  • Pengangkutan kapal persiaran dari Dover ke Calais.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman di Liverpool, London & Paris.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri