11H9M AFRIKA SELATAN + MAURITIUS

Johannesburg - Port Elizabeth - George - Oudtshoorn - Garden Route - Hermanus - Cape Town - Mauritius
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 9,990

Ini Pakej RARE! Destinasi Baru.
Harga serendah RM 10,890
Ini Pakej RARE! Destinasi Baru.
Harga serendah RM 10,890

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - MAURITIUS (MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Mauritius. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 2MAURITIUS – JOHANNESBURG (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi, tetamu akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Johannesburg yang merupakan kota terbesar di Afrika. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan tengah hari sebelum bersolat di Nizamiye Turkish Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di Afrika Selatan serta seni binanya menyerupai masjid di Turki. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat ke Lesedi Cultural Village yang menempatkan kebudayaan pelbagai etnik seperti Sotho, Zulu, Xhosa, Pedi dan Ndebele; tetamu boleh melihat perbezaan bentuk rumah tradisi mereka, pakaian mereka, cara hidup mereka dan juga menonton persembahan tarian kebudayaan tradisi. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.

Hari 3JOHANNESBURG (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke Gold Reef City yang merupakan sebuah kota tema hiburan yang dibina di tapak sebuah lombong emas lama yang pernah beroperasi dari tahun 1886 sehingga 1971. Di sini tetamu akan dibawa menyusuri sejarah perlombongan emas ini menerusi lawatan Heritage Tour ke dalam lowongan bawah tanah lombong emas ini dan melihat jerih-payah pelombong dahulukala dalam menghasilkan sejongkong emas. Rasai sendiri pengalaman mencari emas dan mempelajari bagaimana emas dibentuk. Sememangnya satu pengalaman yang amat berbeza! Selain itu, di sini juga terdapat Apartheid Museum yang menceritakan sejarah sedih apartheid ini bermula dan berakhir dengan pembebasan Presiden Nelson Mandela. Makan tengahari dan bersolat di masjid. Seterusnya tetamu akan diberi masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Sandton City Mall, sebuah kompleks berbelanja antara yang terbaru dan termoden di bandaraya Johannesburg. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 4JOHANNESBURG – PORT ELIZABETH – GEORGE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Port Elizabeth, salah satu bandar pelabuhan yang utama di Afrika Selatan. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran dan bersolat di Abraar Mosque sebelum meneruskan perjalanan ke George yang terkenal sebagai kawasan utama hutan asli yang terbesar di Afrika Selatan. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5GEORGE – OUDTSHOORN – GARDEN ROUTE (SP/MT/MM)

Selepas usai bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke kawasan pergunungan Oudtshoorn yang terkenal sebagai “Ostrich capital of the world”. Sesuai dengan namanya, tetamu akan dibawa ke Safari Ostrich Farm yang merupakan tempat pembiakan burung unta terbesar di dunia. Menariknya ladang ini menempatkan sekitar 2,500 ekor burung unta dan pengalaman yang paling menarik sudah tentulah ketika dibawa melihat kawasan pembiakan di mana tetamu boleh berdiri di atas telur burung unta! Seterusnya tetamu akan dibawa melawat Cango Cave yang cukup unik dengan formasi batuannya (Speleothems) yang jarang didapati. Malah gua ini pernah menjadi penempatan pada zaman awal manusia lagi dengan kewujudan artifak dan lukisan dinding. Makan tengah hari dan solat di Oudtshoorn Jami Mosque. Kemudian tetamu akan dibawa ke Garden Route yang terletak di Albertinia bagi merasai pengalaman Game Drive yang cukup menakjubkan mendekati haiwan liar seperti singa, badak sumbu, zirafah, gajah dan banyak lagi serta menerokai hutan belantara Afrika dengan menaiki kenderaan safari. Daftar masuk dan makan malam di lodge.

Hari 6GARDEN ROUTE – HERMANUS – CAPE TOWN (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di lodge. Tetamu kemudiannya akan dibawa sekali lagi ke Game Drive bagi merasai pengalaman mendekati haiwan liar yang sangat aktif pada awal pagi. Bertolak menuju ke Hermanus yang asalnya dikenali sebagai Hermanuspietersfontein; sebuah bandar di pantai selatan wilayah Western Cape yang kaya dengan pemandangan semulajadi yang menakjubkan, infrastruktur yang moden dan pelbagai kedai-kedai mewah. Juga menariknya di bandar ini, tetamu berpeluang untuk melihat ikan paus yang bebas berenang di Lautan Atlantik. Makan tengah hari di restoran sebelum bersolat di Hermanus Mosque. Sambung perjalanan ke Capetown dan setibanya di sana, tetamu akan dibawa daftar masuk hotel dan makan malam di restoran.

Hari 7CAPE TOWN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat sekitar bandar Capetown yang merupakan sebuah bandar pelabuhan yang kaya dengan sejarah orang yang asalnya Melayu. Pertamanya tetamu akan dibawa menaiki kereta kabel ke puncak Table Mountain bagi menikmati panorama indah kota tepi laut ini. Kemudian tetamu akan dibawa melawat kawasan Malay Quarter yang kini dikenali dengan nama Bo-Kaap. Kawasan ini cukup dikenali sebagai kawasan yang berbilang bangsa dengan deretan rumah berwarna-warni. Tetamu berpeluang untuk mengenali golongan Cape Malay ini dan melihat identiti budaya Melayu yang masih dikekalkan dan juga turut diabadikan di Bo-Kaap Museum. Selepas makan tengah hari di restoran, tetamu akan bersolat di Auwal Mosque yang dibina pada tahun 1798 dan merupakan masjid yang pertama dibina di Afrika Selatan. Kemudian melawat Iziko Slave Lodge yang mempamerkan sejarah panjang penghambaan abdi di Afrika Selatan dan juga barangan perak yang datangnya lama dulu dari Malaysia! Membeli-belah di Victoria & Alfred Waterfront yang cukup besar dan terkenal terletak di persisiran Lautan Atlantik sebelum makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 8CAPE TOWN (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel dan kemudiannya tetamu akan dibawa ke melawat tarikan di sekitar Cape Peninsula. Sepanjang perjalanan merentasi Sea Point, Clifton Beach dan Llandudno ini, tetamu akan dapat menikmati pemandangan indah jajaran pergunungan yang dipanggil Twelve Apostles dan berhenti untuk berfoto di Camps Bay dan Hout Bay iaitu sebuah perkampungan nelayan yang berlatarkan lautan dan gunung yang indah. Alami pengalaman menakjubkan ketika menyusuri Chapman’s Peak Drive dan berfoto panorama indah di puncaknya. Seterusnya tetamu akan dibawa menaiki bot menuju ke Seal Island untuk melihat dengan lebih dekat lagi hidupan singa laut di sini yang dianggarkan sebanyak 64,000 ekor dan di sini juga menjadi lokasi kegemaran Great White Shark kerana singa laut ini merupakan rantaian makanan mereka. Kemudian tetamu akan dibawa ke Boulders Beach yang merupakan habitat koloni African Penguins yang kian diancam kepupusan. Anda pasti tertarik dengan keletah lucu penguin-penguin ini. Makan tengahari dan bersolat sebelum tetamu dibawa menuju ke Cape Point atau lebih dikenali sebagai Cape of Good Hope menaiki Flying Dutchman Funicular Tram menuju ke Cape Point Lighthouse dan berfoto di titik penghujung benua Afrika. Makan malam di restoran dan kembali ke hotel.

Hari 9CAPE TOWN – MAURITIUS (SP/MT)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Kirstenbosch Botanical Garden yang merupakan salah satu taman botani yang terpenting di dunia sejak tahun 1913 lagi. Ribuan jenis spesis flora terdapat di sini dan tetamu boleh merentasi taman ini dengan melalui Centenary Tree Canopy Walkway. Malah tumbuhan Fynbos boleh didapati dengan banyak di sini terutamanya antara Ogos dan November. Makan tengahari dan bersolat di Jamia Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bo-Kaap dan juga di masjid ini sembahyang Jumaat yang pertama diadakan di Afrika Selatan pada tahun 1790. Bersiar-siar sambil membeli-belah di Canal Walk Shopping Centre yang cukup menarik dan moden sebelum bertolak menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Mauritius.

Hari 10MAURITIUS – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Setibanya di Mauritius, tetamu akan dibawa daftar masuk hotel. Sarapan pagi dan makan tengahari di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa melihat tarikan menarik di sekitar kepulauan Mauritius; lihat keindahan menakjubkan Chamarel Waterfall yang merupakan air terjun yang tertinggi dan paling popular di Mauritius setinggi 83m. Sekitar kawasan ini dipenuhi kehijauan semulajadi Black River National Park. Di sini juga terletak salah satu keajaiban Mauritius iaitu Seven Coloured Earth di mana satu-satunya lokasi di dunia yang anda akan dapat melihat beting pasir yang mempunyai 7 jenis warna dan di sini juga tetamu akan dapat berfoto bersama kura-kura gergasi! Akhirnya tetamu akan dibawa ke Alexandra Falls View Point bagi mengambil gambar pemandangan panorama indah Mauritius sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 11KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
MK 647 KUL MRU 1335 1845
MK 851 MRU JNB 0915 1150
BA 6241 JNB PLZ 1110 1250
MK 844 CPT MRU 2205 0510
MK 646 MRU KUL 2040 1000

Tarikh

25 Ogos 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Johannesburg 3* City Lodge Morningside atau setaraf
Knysna 4* Protea Hotel by Marriott atau setaraf
Garden Route 3* Garden Route Game Lodge
Cape Town 4* The Capetonian atau setaraf
Mauritius 3* Aanari Hotel atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Tiket penerbangan domestik sehala dari Johannesburg ke Port Elizabeth.
  • Hotel penginapan bertaraf 3*-4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Lesedi Cultural Village, Gold Reef City, Safari Ostrich Farm, Cango Cave, Game Drive, kereta kabel Table Mountain, Bo-Kaap Museum, Iziko Slave Lodge, Chamarel Waterfall dan Seven Coloured Earth.
  • Pengangkutan bot persiaran ke Seal Island dan menaiki Flying Dutchman Funicular Tram.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri