11H8M Eropah Timur 5 Negara

Frankfurt - Wertheim - Karlovy Vary - Prague - Bratislava - Budapest - Vienna - Salzburg - Munich - Schwangau - Dachau
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 6990

Termasuk Danube River cruise!
Harga serendah RM 7490
Termasuk Danube River cruise!
Harga serendah RM 7490

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

 

 

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Istanbul/Muscat

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Frankfurt melalui Istanbul/Muscat.

Hari 2Istanbul/Muscat - Frankfurt - Wertheim - Karlovy Vary (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Frankfurt, tetamu akan dibawa melawat mercu tanda popular di kota ekonomi Frankfurt, iaitu di sekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Bertolak ke Wertheim Outlet Village yang terkenal sebagai destinasi beli-belah jenama butik-butik terkenal seperti Armani, Aigner, Boss, CK, Longchamp dan banyak lagi. Bertolak menuju ke destinasi percutian spa terkenal, Karlovy Vary di negara Republik Czech. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 3Karlovy Vary - Prague (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar Karlovy Vary dengan Grandhotel Pupp; hotel mewah bertaraf 5 bintang yang gah dibina pada tahun 1701 yang turut digunakan sebagai lokasi penggambaran siri James Bond Casino Royale, Hot Spring Colonnades; pusat utama kolam pancutan air panas semula jadi setinggi 12 meter yang mana tetamu berpeluang merendam kaki untuk merasai kehangatan air panas ini, berfoto di hadapan Main Post Office yang dibina pada 1900, Elizabeth Bath iaitu sebuah pusat spa yang terkenal kerana senibina Pseudo-Baroque yang menyerupai sebuah istana dan Smetana Park di sekelilingnya. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kota yang cukup terkenal dengan gelaran Heart of Europe iaitu Prague, ibu negara Republik Czech. Sejurus tiba di sana, bersolat di Prague Mosque dan kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di Wenceslas Square yang meriah dengan kafe, restoran, kedai cenderamata terutamanya berasaskan kaca Bohemian Glass. Tetamu juga berpeluang berfoto di pusat membeli-belah Koruna Palace yang terkenal bumbung panel kacanya yang berwarna-warni. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 4Prague - Bratislava (SP/MM)

Menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan di kota Prague dimulakan dengan melawat antara kompleks istana yang terbesar di dunia, Prague Castle yang dibina pada kurun ke-9 yang kini masih digunakan sebagai kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat St. Vitus Cathedral, Old Royal Palace yang pernah menjadi tempat raja ditabalkan, St. George’s Basilica, Golden Lane yang meriah dengan rumah berwarna-warni milik tukang-tukang tempa emas dan Daliborka Tower yang dahulunya digunakan sebagai menara tinjau kawalan dan penjara. Seterusnya, tetamu akan menyusuri jambatan Charles Bridge yang merupakan mercu tanda signifikan yang mesti dilawati oleh setiap pelancong yang datang ke Prague menuju ke kawasan Old Town di mana tetamu berpeluang berfoto di menara jam Astronomical Clock yang unik sedari tahun 1410 lagi, Jan Hus Memorial yang diukir pada tahun 1910 sebagai memperingati jasa wira itu 500 tahun yang lampau dan juga Old Town Hall yang sungguh unik binaannya. Masa bebas untuk bersiar-siar atau membeli-belah barangan cenderamata di sini sebelum bertolak menuju ke Bratislava, ibu negara Slovakia. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5Bratislava - Budapest (SP/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat Bratislava Castle di mana tetamu berpeluang untuk berfoto di dalam kawasan taman istana ini dengan pemandangan menakjubkan kawasan sempadan 3 negara iaitu Slovakia, Austria dan Hungary. Di sebelahnya pula tersergam bangunan National Council yang menjadi tempat ahli parlimen negara ini bersidang. Melepasi bangunan Grassalkovich Palace yang merupakan istana kediaman Presiden Bratislava dan bersiar-siar di Old Town yang popular dengan kepelbagaian seni bina bangunannya seperti Opera House dan arca-arca patung gangsa. Perjalanan diteruskan ke ibu kota negara Hungary, Budapest yang terdiri dari 2 bahagian bandar iaitu Buda dan Pest. Kota ini sering dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood kerana keindahan kotanya seperti Mission Impossible, James Bond dan Hercules. Setibanya di Budapest, tetamu mempunyai masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Vaci Street dan Central Market Hall, sebuah kompleks pasar harian di mana tetamu boleh mendapatkan rempah seperti paprika dan saffron dengan harga yang cukup murah, buah-buahan kering, keju, cenderamata dan juga fabrik sulaman. Selesai membeli-belah, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6Budapest (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di bandar yang cukup terkenal dengan kekayaan sejarah dan budaya ini. Tetamu akan dapat menikmati pemandangan panorama indah kota ini dari atas bukit Gellert Hill sambil melawat Citadel yang merupakan kota pertahanan dan juga simbol penyatuan rakyat Hungary di bawah pemerintahan komunis. Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han. Berfoto di bangunan yang menjadi ikon kota ini iaitu Hungarian Parliament Building yang siap dibina pada tahun 1904 dengan rekabentuk yang cukup menakjubkan dan kekal sebagai bangunan paling besar di Hungary. Makan tengahari dan menuju ke Fisherman’s Bastion, sebuah teres unik di tebing Sungai Danube dengan 7 menara tinjau dan berfoto di Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah. Akhirnya, tetamu akan diberi peluang menikmati pemandangan indah Buda dan Pest dari Danube River dengan menaiki Duna Bella Cruise tanpa sebarang bayaran tambahan lagi. Makan malam di restoran dan pulang semula ke hotel.

Hari 7Budapest - Vienna (SP/MM)

Usai bersarapan pagi di hotel, tetamu akan bertolak menuju ke ibu kota Austria iaitu Vienna yang gah dengan sejarah kerajaan Austria-hungary empayar Hofburg. Sejurus tiba, tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan taman istana Schonbrunn Palace yang maha luas dan saujana mata memandang.Seterusnya melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg, Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum dan akhirnya ke Wiener Rathaus yang merupakan bangunan pejabat pentadbiran datuk bandar ini yang cukup Gothic rekaannya. Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 sebelum diberi masa bebas di Stephansplatz dan Karntnerstrasse untuk membeli-belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral. Sekiranya masa mengizinkan, tetamu akan dibawa melawat ke Hundertwasser “Kalke” Village, rumah binaan seorang artis bernama Hundertwasser yang terkenal kerana tidak menggunakan prinsip garisan lurus dan merupakan tempat yang cukup menarik untuk bergambar dan membeli cenderamata. Seterusnya tetamu akan dibawa makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 8Vienna - Salzburg - Munich (SP/MM)

Sejurus sarapan pagi, tetamu akan bertolak menuju ke Salzburg yang terkenal sebagai kota kelahiran komposer muzik lagenda dunia iaitu Mozart dengan melalui kawasan tasik Mondsee yang menyediakan panorama Banjaran Alp yang cukup memukau. Setibanya di Salzburg, tetamu akan dibawa melawat Mirabell Garden yang terkenal sebagai lokasi penggambaran filem musikal terkenal The Sound of Music dan juga disini terletaknya Mirabell Palace. Seterusnya menuju ke kawasan Mozart Square yang terletaknya tugu Mozart yang diukir pada tahun 1842 dan Mozart Birthplace yang dahulu merupakan rumah kelahiran komposer ini dan sekarang menjadi muzium yang mempamerkan barangan dan instrumen peribadi beliau. Meneruskan perjalanan ke kota Munich. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 9Munich - Schwangau - Dachau (SP/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke daerah Schwangau yang menempatkan 2 buah istana rehat musim panas keluarga diraja Bavaria zaman medieval iaitu Hohenschwangau Castle dan Neuschwanstein Castle. Tetamu akan dibawa masuk melawat ke Neuschwanstein Castle yang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland. Tetamu akan berpeluang melihat ruang makan, kamar dan dewan diraja yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran yang hebat. Berdekatan dengan istana ini terletaknya Marien Bridge, sebuah jambatan gantung yang merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan penuh Neuschwanstein Castle yang menakjubkan. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Dachau Concentration Camp Memorial Site, sebuah tapak peringatan kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia ke-2 yang mana di dalamnya mempunyai muzium, koleksi foto dan blok sel tahanan yang menyimpan 1,001 cerita sadis. Lawatan diteruskan ke sekitar kota Munich. Antara yang menjadi tumpuan ialah National Theatre; rumah opera yang telah beroperasi selama 350 tahun dan terkenal dengan interior yang cukup mempesonakan, Old Town Hall yang terletak di Marienplatz iaitu pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah barangan cenderamata di sini sebelum dibawa makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 10Munich - Istanbul/Muscat (SP)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa melawat ke BMW Welt yang memaparkan rekaan baru dan lama kereta jenama BMW sambil berpeluang mencuba permainan interaktif yang disediakan dan membeli cenderamata BMW. Seterusnya bersiar-siar di sekitar kawasan tasik dan stadium Olympic Park yang menjadi lokasi penganjuran Sukan Olimpik Munich 1972 sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Munich untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 11Istanbul/Muscat - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej TURKISH AIRLINES

** Kempen BELIAN JIMAT TRAVEL FAIR hanya sah sehingga 30 September 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

TURKISH AIRLINES

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

TK 61

KUL

IST

2345

0620

TK 1587

IST

FRA

0915

1040

TK 1636

MUC

IST

1850

2335

TK 60

IST

KUL

0205

1725

Tarikh

TURKISH AIRLINES: 29 Okt 2017

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Karlovy Vary 4* Vienna House Dvorak atau setaraf
Prague 4* Hotel DUO atau setaraf
Bratislava 4* Hotel Devin atau setaraf
Budapest 4* Novotel Budapest City atau setaraf
Vienna 4* Austria Trend Eventhotel atau setaraf
Munich 4* Leonardo Munich City atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) sekiranya memerlukan.
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Prague Castle dan Neuschweinstein Castle.
  • Tiket menaiki Danube River Cruise di Budapest.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman di Prague, Bratislava, Budapest, Vienna, Salzburg dan Munich.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri