11H9M Balkans Dracula 9 Negara

Bucharest - Sofia - Skopje - Prizren - Bar - Budva - Kotor - Dubrovnik - Mostar - Sarajevo - Srebrenica - Belgrade - Budapest
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM7490

RM 7990

Eksplorasi Legenda Drakula!
Harga serendah RM 7990
Eksplorasi Legenda Drakula!
Harga serendah RM 7990

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Bucharest (MT/MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Bucharest. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Henri Coanda Bucharest, tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran tempatan dan memulakan kembara Balkans di sekitar ibu negara Romania ini antaranya Palace of Parliament yang merupakan bangunan pentadbiran kedua terbesar di dunia selepas Pentagon di Amerika Syarikat yang didirikan pada 1980an. Seterusnya melepasi CEC Palace iaitu ibu pejabat CEC Bank yang dibangunkan pada tahun 1900 dengan seni bina yang amat mempesonakan terutama struktur kubahnya yang diperbuat daripada kaca, Arcul de Triumf merupakan monumen sejarah seperti yang terdapat di Paris dan salah satu mercu tanda penting di Bucharest, Revolution Square yang merupakan dataran yang terletaknya bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party yang merupakan ibu pejabat rejim komunis di Romania sewaktu era pemerintahan komunis dan tugu Memorial of Rebirth iaitu tugu setinggi 25m berbentuk obelisk. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2Bucharest (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Menuju ke daerah Transylvania untuk melawat Bran Castle yang juga terkenal dengan nama Dracula Castle. Istana yang dibayangi oleh aura misteri di kawasan pergunungan ini masyhur kerana mitos yang diwujudkan oleh penulis Bram Stocker dalam karakter fiksyennya iaitu Count Dracula. Disebabkan lokasi istana ini yang begitu strategik, pada kurun ke-13 Kesatria Teutonic membina kubu yang berfungsi sebagai benteng pertahanan daripada dijajah oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Kemudian ketika kurun ke-20, istana ini dihadiahkan kepada Queen Marie of Romania dan menjadi kediaman rasmi kerabat diraja Romania. Kini, istana ini merupakan sebuah muzium yang menempatkan koleksi peribadi milik Permaisuri tersebut. Selesai lawatan, tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran tempatan sebelum bertolak kembali ke Bucharest. Setibanya di Bucharest, tetamu diberi masa bebas di Calea Victoriei atau Victory Avenue yang merupakan jalan utama paling terkenal di pusat bandar Bucharest dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan bersejarah untuk bersiar-siar dan membeli-belah. Seterusnya makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 3Bucharest - Sofia (SP/MT/MM)

Sejurus bersarapan pagi, meneruskan kembara ke Sofia, ibu negara Bulgaria yang terkenal dengan bangunan-bangunan gaya Eropah dan Komunis yang dahulunya pernah diperintah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Lawatan dimulakan di Alexander Nevsky Cathedral yang dibina oleh putera Saint Alexander Nevsky sebagai penghormatan kepada tentera Russia yang terbunuh dalam peperangan Russia-Turki 1877-1878 yang membebaskan Bulgaria dari Empayar Uthmaniyyah. Selepas itu, tetamu dibawa melawat Ivan Vazov National Theatre yang merupakan teater tertua di Romania dengan seni bina Neo-classic dan Banya Bashi Mosque, satu-satunya masjid di Sofia yang masih digunakan sehingga kini daripada 70 buah masjid yang pernah wujud di Sofia. Seni bina masjid ini direka oleh jurutera terhebat Uthmaniyyah, Mimar Sinan yang turut membina Blue Mosque di Istanbul. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 4Sofia - Skopje (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Skopje yang terletak di negara Macedonia. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Castle of Skopje, istana dan kubu yang didiami sejak zaman pra-sejarah lagi iaitu zaman Neolitik dan awal Zaman Gangsa; Murat Pasha Mosque, masjid dengan reka bentuk luar biasa iaitu struktur seakan-akan basilika (gereja) dan tidak mempunyai kubah; Yahya Pasha Mosque, masjid yang dibina oleh Yahya Pasha yang merupakan komander Skopje dan menantu Sultan Bayezid II pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah di Turki; Stone Bridge yang merupakan simbol bandar Skopje dibina oleh Sultan Mehmed II dan Macedonia Square, dataran utama yang menempatkan tugu Alexander The Great Statue, raja Macedonia yang menakluk empayar Achaemenid dan telah menakluki Mesir, Persia, Babylon, Lembah Indus dan banyak lagi. Kemudian, masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Old Bazaar. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5Skopje - Prizren - Bar (SP/MT/MM)

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel dan bertolak menuju ke bandar Prizren yang terletak di dalam negara Kosovo yang terkenal dengan jolokan City of Mosques and Monastries. Melawat Sinan Pasha Mosque, masjid bersejarah yang menyimpan manuskrip era pemerintahan Uthmaniyyah; Stone Bridge yang dikatakan dibina pada kurun ke-15 dan membeli-belah di pasar tertutup Bezhistan. Makan tengahari di restoran dan seterusnya membeli-belah di Old Turkish Bazaar. Tetamu akan meneruskan perjalanan ke Bar, sebuah bandar di dalam negara Montenegro yang cukup terkenal dengan pantai dan setibanya di sana, tetamu dibawa melawat ke Old Town Stari Bar yang merupakan UNESCO World Heritage Site. Kota lama yang penuh bersejarah ini dahulunya pernah berada di bawah kekuasaan Venetian, Serbia, Hungary dan Ottoman dan musnah dalam gempa bumi besar pada 1979. Makan malam di Islamic Cultural Centre dan daftar masuk hotel.

Hari 6Bar - Budva - Kotor - Dubrovnik (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, menuju ke kota Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic dibina pada zaman Venetians seperti Citadel yang kini digunakan sebagai teater, Church of St. Ivan dan menikmati pemandangan indah menghadap ke arah Pulau St. Nikola. Seterusnya tetamu pula akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Sea Gate of 1555, Watch Tower, Square of Arms dan Pillar of Shame. Makan tengahari dan perjalanan akan diteruskan ke Dubrovnik yang terletak di dalam negara Croatia. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa untuk mengambil gambar pemandangan panorama Old Town Dubrovnik yang cukup mempersonakan sambil menunggu matahari terbenam di penghujung Lautan Adriatik. Faktor keindahan inilah yang menyebabkan Dubrovnik digelar “Pearl of the Adriatic” oleh para pelancong. Makan malam di restoran dan menuju ke hotel penginapan.

Hari 7Dubrovnik - Mostar - Sarajevo (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18, Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana, Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun. Kemudian bertolak memasuki negara Bosnia and Herzegovina dan melawat sekitar kota Mostar yang cukup indah dengan tarikan-tarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut, Karadoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata. Makan tengahari dan bertolak menuju ke Sarajevo. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa ke kawasan Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah, Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17, Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah dan juga berfoto di City Hall yang juga dipanggil Vijecnica. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 8Sarajevo - Srebrenica - Belgrade (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan. Seterusnya bertolak menuju ke perkampungan Srebrenica yang menyimpan 1,000 kisah. Makan tengahari dan kemudian, tetamu akan dibawa melawat Srebrenica Massacre Memorial, lokasi di mana terjadinya pembunuhan lebih 8,000 orang penduduk Bosnia oleh tentera Serbia ketika Perang Bosnia pada tahun 1992 dahulu. Tetamu akan dapat menyelusuri kekejaman dan menjiwai keperitan yang dialami oleh mereka menerusi foto, visual dan monumen yang diabadikan di sini. Bertolak menuju ke kota Belgrade, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 9Belgrade - Budapest (SP/MT/MM)

Sejurus sarapan pagi di hotel, memulakan lawatan di sekitar ibu kota negara Serbia ini, Belgrade yang cukup kaya dengan sejarah sejak dari 4 tahun sebelum Masihi di mana pada ketika itu, Belgrade didiami oleh puak Celtic. Antara tempat yang dilawati ialah Kalemegdan Park, taman terbesar yang menempatkan monumen-monumen bersejarah seperti Monument of Gratitude to France, Belgrade Fortress dan Cathederal Saint Sava yang merupakan antara gereja Ortodoks terbesar di dunia. Lawatan diteruskan ke National Parliament yang merupakan lokasi yang sangat cantik untuk berfoto berlatarkan monumen dengan seni bina yang sangat memukau, Old King Palace yang indah, menikmati pemandangan mempesonakan kota Belgrade di Sava and Duna Rivers, dan juga berfoto di Rector’s Palace dan Republic Square. Kemudian bertolak menuju ke Budapest, bandar metropolitan yang cukup menawan yang merupakan ibu negara Hungary. Makan malam di restoran daftar masuk hotel.

Hari 10Budapest - Kuala Lumpur (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di dua bahagian bandaraya ini, Buda dan Pest yang cukup terkenal dengan kekayaan sejarah dan budaya ini. Tetamu akan dapat menikmati panorama indah kota ini dari atas bukit Gellert Hill sambil melawat Citadel yang merupakan kota pertahanan dan juga simbol penyatuan rakyat Hungary di bawah pemerintahan komunis. Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han. Berfoto di bangunan yang menjadi ikon kota ini iaitu Hungarian Parliament Building yang siap dibina pada tahun 1904 dengan rekabentuk yang cukup menakjubkan dan kekal sebagai bangunan paling besar di Hungary. Makan tengahari dan menuju ke Fisherman’s Bastion, sebuah teres unik di tebing Sungai Danube dengan 7 menara tinjau dan berfoto di Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah. Akhirnya membeli-belah barangan cenderamata di Central Market dan sekitar kawasan Vaci Street sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

** HARGA FIESTA hanya sah sehingga 15 Ogos 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Hotel

BANDAR NAMA HOTEL
Bucharest Ambassador Hotel atau setaraf
Sofia Best Western Hotel atau setaraf
Skopje Best Western Hotel atau setaraf
Bar Hotel Princess atau setaraf
Dubrovnik Adria Hotel atau setaraf
Sarajevo Hotel Hollywood atau setaraf
Belgrade Hotel City atau setaraf
Budapest Novotel Hotel atau setaraf

Jadual Penerbangan

No. Penerbangan Dari Ke Waktu Berlepas Waktu Ketibaan
TK 61 KUL IST 2355 620+1
TK 1043 IST OTP 0905 0930
TK 1038 BUD IST 2025 0040
TK 60 IST KUL 0155 1720

Perlepasan

7 Mac 2018

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Bucharest, Dubrovnik, Belgrade dan Budapest.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bran Castle, Tunnel of Hope dan Srebrenica Massacre Memorial.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan

Peta perjalanan sedang dikemaskini

Galeri