11H9M Russia + 4 Negara Scandinavia

Moscow - St. Petersburg - Pushkin - Helsinki - Stockholm - Oslo - Bygdoy - Copenhagen
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM11590

RM 12290

Nilai pakej berbaloi-baloi!
Harga serendah RM 12290
Nilai pakej berbaloi-baloi!
Harga serendah RM 12290

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Istanbul - Moscow (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Moscow melalui Istanbul. Setibanya di Lapangan Terbang Moscow, tetamu akan dibawa melawat ke Moscow Kremlin yang merupakan kompleks kota pemerintahan kerajaan Russia berusia ratusan tahun sejak 1482 yang masih aktif sehingga kini di era Presiden Vladimir Putin. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat binaan-binaan yang penting seperti menara pintu masuk Spasskaya Tower yang dibina pada tahun 1491 setinggi 71m, Ivan the Great Bell Tower setinggi 81m yang sepatutnya menempatkan loceng tembaga gergasi Tsar Bell seberat 202kg namun gagal kerana terlampau berat, Tsar Cannon yang merupakan sebuah meriam gergasi, Grand Kremlin Palace yang merupakan kediaman rasmi Presiden Russia dan banyak lagi tarikan lain. Tarikan yang paling menarik sekali tentulah lawatan ke dalam gedung Armoury Chamber yang mempamerkan pelbagai koleksi Tsar-Tsar Russia seperti pakaian, persenjataan, barangan kemas dan juga kereta-kereta kuda rekaan mewah tak ubah seperti kereta kuda dinaiki Cinderella. Usai lawatan, tetamu akan dibawa untuk makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2Moscow (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan di sekitar kota Moscow yang serba gah ini. Antaranya ialah Sparrow Hills di mana selain tetamu berpeluang mengambil gambar panorama kota ini yang cukup indah dari atas bukit, tetamu juga boleh berfoto di hadapan bangunan Moscow State University di mana pernah menjadi bangunan tertinggi di benua Eropah. Seterusnya tetamu dibawa melewati Victory Park yang dibina sebagai tanda kejayaan The Red Army menewaskan tentera Nazi dan dibina di dalam taman ini setiap jenis rumah ibadat utama termasuklah sebuah masjid bernama Memorial Mosque sebagai tanda terima kasih kepada tentera mereka yang beragama Islam. Menunaikan solat di salah sebuah masjid yang terbesar di Eropah iaitu Moscow Cathedral Mosque yang cukup indah hasil binaannya di atas tapak asal masjid sejak tahun 1904 lagi dan telah dirasmikan oleh Presiden Russia, Turki dan Palestin pada tahun 2015. Tetamu seterusnya akan dibawa melawat sekitar Red Square yang menempatkan bangunan ikon kota ini iaitu St. Basil’s Cathedral yang sungguh indah binaannya berwarna-warni, di samping makam tokoh Russia Lenin’s Mausoleum dan juga membeli-belah di GUM Department Store yang terkenal dengan pelbagai barangan berjenama. Tetamu kemudiannya akan dibawa menaiki Flotilla Radisson Royal Cruise bagi menikmati pemandangan kota ini dari sungai yang mengelilinginya sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 3Moscow - St. Petersburg (SP/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke stesen keretapi yang tertua di Moscow iaitu Leningradsky Railway Station untuk menaiki keretapi laju Sapsan menuju ke kota St. Petersburg yang pernah menjadi ibu negara Russia sebelum Moscow. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan yang terdapat di sekitar kota ini seperti Peter & Paul Fortress yang pernah menjadi penjara politik dan juga pemakaman Empayar Romanov dibina pada tahun 1703, St. Isaac’s Cathedral & Colonnade yang cukup mengagumkan dibina pada tahun 1858 dengan berkubah salut emas, monumen Bronze Horseman & Thunder Stone yang simbolik kepada lagenda Peter The Great dan juga Church On Spilled Blood yang sangat unik binaannya di samping berpeluang membeli cenderamata di gerai-gerai sekelilingnya. Bersolat di St. Petersburg Mosque yang dibina pada tahun 1910 lagi. Akhirnya tetamu akan dibawa melawat ke muzium yang terbesar di dunia, Hermitage Museum yang dahulunya merupakan istana musim sejuk diraja yang kini menyimpan pelbagai artifak bersejarah termasuklah karpet buatan tangan orang Parsi yang berusia 2,500 tahun. Makan malam di restoran sebelum menuju ke hotel.

Hari 4St. Petersburg - Pushkin - Helsinki (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian menuju ke Pushkin untuk melawat sebuah istana yang cukup indah seni binaan dan rekaan dalamnya yang serba mewah, Catherine Palace. Tetamu pasti terpukau melihat keindahan salah satu ruang di sini iaitu Amber Room. Istana ini juga dikelilingi oleh taman bunga yang cukup luas dan foto kenangan di sini amatlah bermakna. Bersolat di St. Petersburg Mosque sebelum bergerak menuju ke St. Petersburg – Finlyandsky Station untuk menaiki keretapi laju Allegro menuju ke kota Helsinki di negara Finland. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5Helsinki - Stockholm (SP/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan memulakan lawatan panorama sekitar kota Helsinki ini dan melawat tarikan seperti Helsinki City Hall yang dibina pada tahun 1833 mulanya sebagai Hotel Seurahuone, Presidential Palace yang menjadi kediaman rasmi presiden Republik Finland, Temppeliaukio (Rock) Church yang sungguh unik seakan-akan sebuah dewan konsert, Sibelius Park yang menempatkan ukiran tersohor kota ini iaitu Sibelius Monument yang dibuat dari 600 batang besi paip, Finlandia Hall yang banyak menyaksikan acara-acara penting dijalankan di sini dan juga Senate Square yang terletak di kawasan paling tua di bandar ini dengan dikelilingi oleh banyak bangunan bersejarah seperti Helsinki Cathedral, Government Palace dan Sederholm House. Kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Stockmann dan Forum Department Store yang menawarkan pelbagai pilihan barangan kelengkapan dan peribadi. Bersolat di Helsinki Islam Keskus sebelum tetamu dibawa membeli barangan cenderamata di Market Square Kauppatori yang terletak berdekatan Esplanade Park. Bertolak menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran Silja Line Cruise menuju ke ibu negara Sweden, Stockholm. Makan malam buffet dan bermalam di dalam kapal.

Hari 6Stockholm (SP/MM)

Sarapan pagi di dalam kapal persiaran. Setibanya di pelabuhan Stockholm, tetamu akan dibawa ke Drottningholm Castle untuk mengambil gambar sekitar kawasan istana kediaman diraja Sweden pada musim panas yang dibina pada kurun ke-17 ini. Seterusnya tetamu akan dibawa melewati Stadhuset (City Hall) yang popular sebagai lokasi makan malam tetamu kehormat Nobel Prize selepas acara penyerahan anugerah tersebut, Royal Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja sejak tahun 1760 lagi dan bangunan di sebelahnya iaitu Riksdagshuset yang cukup gah binaannya sebagai tempat parlimen bersidang. Berfoto di bangunan Nobel Museum yang menempatkan pelbagai galeri mereka yang pernah dianugerahkan dengan hadiah kehormat ini sebelum masa bebas untuk membeli-belah cenderamata di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 7Stockholm - Oslo (SP/MM)

Tetamu akan dibawa ke Stockholm Central Station selepas sarapan pagi untuk menaiki keretapi laju SJ Train menuju ke ibu kota Norway, Oslo. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan utama di sini seperti Oslo Opera House yang cukup unik binaannya seakan-akan terapung di atas air di mana tetamu juga berpeluang berjalan di atas bumbungnya, Frogner (Vigeland Sculpture) Park yang cukup luas amat terkenal dengan monumen-monumen terkenal di sekitarnya seperti The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi, berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya ialah kubu pertahanan kota ini, Nobel Peace Center yang menyimpan cerita penerima-penerima anugerah Nobel sebelum ini dan akhirnya ke Oslo Radhus (City Hall) yang cukup unik dengan menara berkembar setinggi 66m. Tetamu juga boleh mendapatkan cenderamata di sekitar kawasan ini sebelum menuju ke Norway Islamic Cultural Centre untuk bersolat. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.

Hari 8Oslo - Bygdoy - Copenhagen (SP/MM)

Bersarapan pagi di hotel sebelum tetamu dibawa menuju ke Bygdoy, sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai jenis muzium yang amat menarik setiap satunya. Tetamu akan dibawa menyelami budaya kehidupan masyarakat Norway sejak dari kurun ke-13 di Norsk Folkemuseum yang dibuka sejak dari tahun 1894 lagi. Kawasan yang dipanggil sebagai open-air museum menempatkan lebih 150 jenis bentuk bangunan yang pernah wujud di seluruh Norway yang dipindah masuk ke muzium ini. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat sendiri kapal asli dan kelengkapan lain yang pernah digunakan pada zaman Viking di Viking Ship Museum. Hanya model kapal Viking di muzium ini sahaja yang mempunyai struktur lengkap berbanding dengan muzium-muzium lain di seluruh Scandinavia. Tetamu akan diberi masa bebas untuk berfoto di Bygdoy Peninsula yang menempatkan monumen 5 orang peneroka benua Artik yang menggunakan kapal bernama Fram dan rumah api unik yang didedikasikan Greenpeace bagi seruan menjaga kebersihan lautan. Bersolat di Norway Islamic Cultural Centre sebelum menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran DFDS Ferry menuju ke ibu negara Denmark, Copenhagen. Makan malam secara bufet dan bermalam di atas kapal.

Hari 9Copenhagen (SP/MM)

Sarapan pagi di dalam kapal. Setibanya di Copenhagen, tetamu akan dibawa melawat sekitar kota yang terbesar di benua Scandinavia ini. Antara tarikan utama di sini ialah Kobenhavns Radhus (City Hall) yang dibina pada tahun 1905 dengan sebuah menara jam terletak di tengah-tengah City Hall Square, berfoto di Christiansborg Palace yang merupakan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Denmark sejak tahun 1928, Rosenborg Castle yang dahulunya merupakan istana rasmi diraja Denmark dibina pada tahun 1624 dan Little Mermaid Statue yang cukup terkenal sebagai simbolik kepada mitos kewujudan duyung di sini. Bersolat di Grand Mosque Copenhagen. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.

Hari 10Copenhagen - Istanbul (SP)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa ke kawasan Stroget dan diberi masa bebas untuk membeli-belah di sekitar kawasan ini. Bersolat di Grand Mosque Copenhagen sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 11Istanbul - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej TURKISH AIRLINES

** Kempen HARI DATUK DAN NENEK hanya sah sehingga 15 Oktober 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

TURKISH AIRLINES

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

TK 61

KUL

IST

2355

0620

TK 413

IST

VKO

0935

1240

TK 1786

CPH

IST

1840

2255

TK 60

IST

KUL

0130

1655

Tarikh

TURKISH AIRLINES: 22 Mac 2018

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Moscow

4*

Izmailovo Delta Hotel atau setaraf

St. Petersburg

4*

Park Inn by Radisson atau setaraf

Helsinki

4*

Park Inn by Radisson atau setaraf

Helsinki – Stockholm

NA

Silja Line Cruise

Stockholm

3*

Scandic Prince Philip atau setaraf

Oslo

4*

Radisson Blu Park atau setaraf

Oslo – Copenhagen

NA

DFDS Ferry

Copenhagen

3*

 Park Inn by Radisson atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3*-4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket menaiki Flotilla Radisson Royal Cruise di Moscow.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Kremlin, Armoury Chamber, Hermitage Museum, Catherine Palace, Norsk Folkemuseum dan Viking Ship Museum.
  • Pengangkutan kapal persiaran Silja Line Cruise dan DFDS Ferry.
  • Pengangkutan keretapi laju Sapsan, Allegro dan SJ Train.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri