12H9M Jelajah Eropah 6 Negara

London - Oxford - Paris - Brussels - Amsterdam - Zaanse Schans - Cologne - Frankfurt - Titisee - Rhine Falls - Zurich - Lucerne - Mt. Titlis
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM8190

RM 8690

Termasuk tiket Eiffel Tower & Mt. Titlis!
Harga serendah RM 8690
Termasuk tiket Eiffel Tower & Mt. Titlis!
Harga serendah RM 8690

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Muscat

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Muscat.

Hari 2Muscat - London - Oxford - Bicester (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Heathrow London, tetamu akan dibawa melawat ke tempat yang begitu istimewa, Oxford University yang merupakan universiti ke-2 tertua di dunia sejak dari tahun 1096 lagi. Di sini, tetamu akan terasa seperti kembali ke zaman dahulukala dengan bangunan-bangunan yang cukup lama dan indah senibinanya. Antaranya ialah Sheldonian Theatre yang dibina sejak tahun 1669, Exeter College yang merupakan salah satu kolej tertua sejak tahun 1314, Garden Quadrangle yang diinspirasi dari Palace of Versailles di Perancis dan juga beberapa bangunan yang menjadi lokasi penggambaran filem Harry Potter seperti The Great Hall, Divinity School, Cloisters New College dan Bodleian Library. Seterusnya tetamu akan dibawa membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal seperti Dior, Dolce & Gabbana, Prada dan Swarovski pada harga diskaun yang cukup menakjubkan. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 3London (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 4London - Dover - Calais - Paris (SP/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais, bertolak ke Paris dengan perjalanan kira-kira 4 jam 30 minit. Setibanya di Paris, tetamu akan dibawa membeli-belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau. Selesai membeli-belah, tetamu makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 5Paris (SP/MM)

Sarapan di hotel dan memulakan lawatan di kota metropolitan kedua terbesar di Eropah ini dengan Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower sebelum ke kemuncak aturcara iaitu menaiki Eiffel Tower yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris. Singgah membeli-belah barangan cenderamata di Montmartre yang cukup indah kawasan berbukitnya dengan Basilica of the Sacred Heart terletak di puncak bukit, malahan kawasan ini pernah menjadi tempat tinggal artis-artis terkenal seperti Picasso dan Van Gogh. Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum aktiviti bebas di Avenue des Champs-Elysees di mana tetamu boleh bersiar-siar di jalan yang dianggap tercantik di dunia atau membeli-belah di butik mewah seperti Louis Vuitton, Mont-Blanc dan Sephora. Makan malam dan pulang ke hotel.

NOTA PENTING: Sekiranya Eiffel Tower ditutup atas sebab-sebab yang di luar jangkaan, pihak kami akan menukarkan dengan lawatan ke Montparnasse Tower di Paris.

Hari 6Paris - Brussels - Amsterdam (SP/MM)

Selepas bersarapan, tetamu bertolak menuju ke ibu kota Belgium yang terkenal dengan coklat, Brussels dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sejurus tiba di Brussel, tetamu akan dibawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom, Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Selesai lawatan di Brussel, bertolak ke Amsterdam, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7Amsterdam - Zaanse Schans (SP/MM)

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Tetamu berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan menghasilkan produk berasaskan pastri dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun. Pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum menuju ke Gassan Diamonds di mana tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan dari Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square di mana tetamu boleh berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua, bersiar-bersiar di kawasan sekitar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 8Amsterdam - Cologne - Frankfurt (SP/MM)

Selepas bersarapan, tetamu berangkat ke Cologne, bandar tertua di Jerman dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit. Tiba di Cologne, tetamu akan melawat Cologne Cathedral iaitu gereja Roman Katolik dengan seni bina Gothic. Kemudian, tetamu akan dibawa menunaikan solat di masjid yang terbesar di Eropah, Cologne Central Mosque yang baru sahaja siap pada tahun 2017 sebelum bertolak ke Frankfurt. Di sana nanti, tetamu akan dibawa melawat mercu tanda popular di sekitar dataran Romerberg. Tetamu akan berpeluang untuk berfoto di The Romer iaitu dewan bandaraya yang telah wujud sejak tahun 1405 lagi dan pernah menjadi istana singgah Raja Bavaria zaman dahulukala, St. Paul Church iaitu sebuah gereja yang pernah menjadi lokasi parlimen Jerman pertama kali bersidang selepas era Perang Dunia ke-2, jambatan Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice, kawasan kolam air pancur yang pernah menjadi lokasi di mana Raja Bavaria menjalankan perbicaraan. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9Frankfurt - Titisee - Rhine Falls - Zurich (SP/MM)

Sarapan di hotel dan bertolak menuju ke Titisee yang terletak di kawasan pergunungan Black Forest. Sejurus tiba di sana, tetamu akan melawat Drubba Cuckoo Clock di mana tetamu berpeluang melihat demonstrasi proses pembuatan jam kayu ikonik ini dan juga membelinya. Selain itu, pemandangan Tasik Titisee di sini cukup indah. Bertolak ke Schaffhausen, kota di utara Switzerland untuk melawat kawasan air terjun terbesar di Eropah iaitu Rhine Falls yang setinggi 75 kaki dan dianggarkan berusia 15,000 tahun. Tetamu pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan air terjun selebar 150m ini yang dikelilingi dengan bangunan Worth Castle dan Laufen Castle di sekitarnya. Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland dan makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 10Zurich - Lucerne - Mt. Titlis (SP/MM)

Tetamu bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lucerne untuk melawat Lion Monument atau dikenali dengan gelaran Lion of Lucerne, yang merupakan singa yang diukir di atas batu untuk memperingati tentera Swiss yang terbunuh semasa Revolusi Perancis dan Chapel Bridge, mercu tanda utama Lucerne iaitu jambatan pejalan kaki yang terbina daripada kayu dan mempunyai lukisan di siling yang seawal dari kurun ke-17. Masa bebas untuk membeli-belah di Bucherer, butik terkenal yang menjual pelbagai jam tangan terkenal di dunia terutamanya Rolex dan jam buatan Swiss, dan juga membeli-belah barangan coklat dan cenderamata seperti Swiss Army Knives di butik Casa Grande. Kemudian, tetamu akan dibawa menuju ke Stesen Kereta Kabel Engelberg untuk merasai pengalaman di puncak Mt. Titlis yang diliputi salji sepanjang tahun. Tetamu bebas berpeluang untuk berfoto, menaiki Cliff Walk jambatan gantung tertinggi di Eropah dan menerokai Glacier Cave yang memukau. Bertolak pulang ke Zurich untuk makan malam di restoran dan kemudian pulang ke hotel.

Hari 11Zurich - Muscat (SP)

Sarapan pagi di hotel dan acara bebas sebelum kembali ke Zurich. Melawat Zurich Opera House, salah satu rumah opera terbaik di dunia yang beroperasi sejak 1891, melihat pemandangan bandar Zurich dari Quai Bridge yang menyeberangi Sungai Limmat dan The Stadthaus Zurich (Town Hall), dewan bandar bercirikan neo-Gothic yang dibina pada akhir kurun ke-19. Acara bebas di Zurich HB dan Bahnhofstrasse iaitu jalan utama pusat bandar yang dikelilingi kedai-kedai dan butik-butik berjenama seperti Chanel, Hermès, Tiffany and Co., H&M dan lain-lain. Seterusnya bergerak menuju ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12Muscat - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

** Kempen HARI DATUK DAN NENEK hanya sah sehingga 15 Oktober 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
WY 824 KUL 2110 MCT 0020
WY 103 MCT 0125 LHR 0555
WY 154 ZRH 2135 MCT 0555
WY 823 MCT 0855 KUL 1940

 

Tarikh

2, 23 Nov │ 7 Dis 2017

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
London 3* Ibis London Heathrow atau setaraf
Paris 3* Hotel Reseda atau setaraf
Amsterdam 3* Thon Hotel Rotterdam atau setaraf
Frankfurt 3* Holiday Inn Express atau setaraf
Zurich 3* Ibis Zurich Airport atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich.
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Eiffel Tower, Amsterdam Canal Cruise dan kereta kabel Mt. Titlis.
  • Pengangkutan kapal persiaran dari Dover ke Calais.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman di Oxford, London & Paris
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri