11H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL

Marrakesh - Casablanca - Rabat - Tangier - Tarifa - Ronda - Seville - Sintra - Lisbon - Granada - Cordoba - Madrid - Toledo
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 8,790

Turut Merangkumi Portugal!
Harga serendah RM 9,190
Turut Merangkumi Portugal!
Harga serendah RM 9,190

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 014 744 4440

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – ABU DHABI/DOHA/ISTANBUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Marrakesh melalui Abu Dhabi/Doha/Istanbul.

Hari 2ABU DHABI/DOHA/ISTANBUL – MARRAKESH (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Marrakesh, bertolak menuju ke kota Marrakesh yang dahulunya merupakan sebuah bandar diraja. Tetamu akan dibawa untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3MARRAKESH - CASABLANCA (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Lawatan di kota Marrakesh dimulakan ke Bahia Palace, sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina. Seterusnya melawat Koutoubia Mosque, ikon kota Marrakesh yang digelar sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades yang merupakan masjid utama di kota ini dan memiliki sebuah menara setinggi 77m dan Tombeaux Saadiens yang merupakan makam kerabat diraja. Selepas makan tengahari, tetamu diberi masa bebas di kawasan yang digezet sebagai UNESCO Masterpiece of World Heritage iaitu Djemaa El-Fnaa Square yang merupakan sebuah dataran bazaar dan souk popular yang terletak di Old Medina. Tetamu berpeluang membeli-belah jubah, tudung, barangan seramik, barang kemas dan melihat kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Bertolak menuju ke Casablanca, kota terbesar di Morocco yang diasaskan oleh kaum nelayan Berber pada abad ke-10 SM dan bersolat di Hassan II Mosque, masjid kelima terbesar di dunia yang mampu memuatkan seramai 105,000 jemaah dengan menara setinggi 689 kaki, merupakan menara masjid tertinggi di dunia. Selepas itu, tetamu akan dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4CASABLANCA – RABAT – TANGIER (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi, teruskan perjalanan ke Rabat, lawatan di Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad. Kubu yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini dibina seawal kurun ke-12 dan merupakan salah satu tarikan yang unik di bandar diraja Rabat. Melawat Hassan Tower, sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina selepas kemangkatan Sultan Yacub al-Mansour. Menara yang dibina daripada batu pasir berwarna merah ini terletak bertentangan dengan Mausoleum of Mohamed V yang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdallah. Makan tengahari dan perjalanan diteruskan ke Tangier yang terkenal sebagai kota pelabuhan di Selat Gibraltar. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 5TANGIER – TARIFA - SEVILLE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak menaiki feri merentasi Selat Gibraltar untuk ke Tarifa, sebuah kota yang terletak di bahagian paling selatan Sepanyol di mana lautan Atlantik bertemu dengan Mediterranean. Setibanya di Tarifa, tetamu dapat menyaksikan Rock of Gibraltar, batuan besar yang terletak di Tanjung Gibraltar yang menjanjikan pemandangan mengagumkan pesisiran pantai dan panorama indah kota Gibraltar. Teruskan perjalanan ke Seville dan memulakan lawatan di kota Seville yang dahulunya merupakan ibu kota di rantau Andalusia. Melawat Plaza de Espana, bangunan yang cukup menarik reka bentuknya yang terletak di dalam kawasan Maria Luisa Park dan terdapat kolam air pancur besar di tengahnya dan lukisan sepanjang tembok yang menceritakan sejarah kegemilangan Sepanyol, melawat Seville Cathedral, gereja berseni bina Gothic yang terbesar di dunia. Gereja ini pada asalnya merupakan masjid yang dibina semasa pemerintahan Almohad, sebelum diruntuhkan dan dibina semula sebagai gereja Roman Katolik setelah kejatuhan empayar Islam dengan menara asal masjid tersebut yang bernama Giralda Tower masih utuh berdiri di sebelahnya termasuklah Orange Tree Courtyard yang merupakan sebahagian dari peninggalan masjid tersebut. Melawat Santa Cruz Quarter, kawasan kejiranan bersejarah Zaman Pertengahan dan bersebelahan dengan Real Alcazar yang dahulunya sebuah istana pemerintahan milik kerajaan Islam Moorish. Tetamu dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6SEVILLE – SINTRA - LISBON (SP/MT/MM)

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Lisbon. Kemudian tetamu akan dibawa makan tengahari dan menunaikan solat di Central Mosque of Lisbon sebelum ke Sintra untuk melawat Palace Da Pena, sebuah istana berwarna terang dan dihiasi dengan binaan kubu dan patung mitos, merupakan salah satu tarikan pelancong ke Portugal dengan contoh senibina terbaik Romantisisme dari kurun ke-19. Tetamu dibawa makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7LISBON – SEVILLE (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Lisbon, bandar tertua di Barat Eropah melebihi kota Rome, Paris dan London. Melawat Rossio Square, dataran paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monumen dan tugu bersejarah serta bangunan Dona Maria II National Theatre. Berhenti berfoto di Jeronimos Monastery, sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline terunggul yang menyimpan makam Vasco da Gama, penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India. Melawat Belem Tower, menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan Monument to the Discoveries yang dibina setinggi 171 kaki berbentuk seakan-akan kapal pada tahun 1940 untuk meraikan pencapaian penjelajah Portugis. Kemudian tetamu akan dibawa makan tengahari dan menunaikan solat di Central Mosque of Lisbon sebelum bertolak semula ke Seville. Makan malam dan daftar masuk hotel setibanya di sana.

Hari 8SEVILLE – CORDOBA - GRANADA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan tetamu bertolak ke Cordoba iaitu bandar yang pernah dikuasai Islam pada suatu masa dahulu. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa makan tengahari dan melawat Mezquita, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Dikenali sebagai Cathedral Mosque of Cordoba, masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara dan mihrab. Makan tengah hari dan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Granada. Sejurus tiba di Granada, tetamu dibawa melawat ke Albayzin Muslim Quarters di mana terletaknya Grand Mosque of Granada. Tetamu berpeluang mengambil gambar panorama yang amat indah Istana Alhambra. Makan malam di sana sebelum mendaftar masuk hotel.

Hari 9GRANADA - MADRID (SP/MT/MM)

Tetamu akan menikmati sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Merupakan sebuah mercu tanda terhebat yang pernah dibina oleh kerajaan Islam di Sepanyol, Alhambra adalah pintu kepada budaya Moor pastinya menjanjikan pemandangan yang cukup indah dengan ukiran dinding kaligrafi ayat suci Al-Quran dan ukiran bermotif bunga. Melawat The Generalife, sebuah istana rehat musim panas diraja yang dihiasi dengan patio, kolam, pepohon yang menghijau, mata air dan deretan tiang yang dihubungkan ke Alhambra melalui laluan berbumbung. Lanskap taman ini yang terlalu indah pastinya membuatkan tetamu tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Makan tengah hari dan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Madrid dan makan malam di sana sebelum mendaftar masuk hotel.

Hari 10MADRID - TOLEDO (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel. Bertolak ke kota Toledo yang cukup kaya dengan warisan sejarah dan budaya serta keharmonian komuniti Muslim, Kristian dan Yahudi yang hidup dengan aman tanpa konflik dan peperangan pada ketika dulu. Melawat Alcazar of Toledo, kubu dengan 4 buah menara di setiap sisi yang terletak di bahagian tertinggi di Toledo dan pernah digunakan sebagai istana Rom semasa kurun ke-3. Tetamu di bawa ke Mirador del Valle untuk melihat pemandangan indah kota Toledo. Puerta Bab Al-Mardum; pintu gerbang kota Toledo yang dibina pada abad ke-10 dan Alcantara Bridge yang sangat cantik senibinanya, dibina oleh Rom pada Zaman Pertengahan merentasi Sungai Tagus. Kemudian, masa bebas membeli cenderamata dan Marzipan, kuih tradisional masyarakat Sepanyol yang Cuma terdapat di Zocodover Square. Seterusnya, masa untuk membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60%. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 11MADRID – ABU DHABI/DOHA/ISTANBUL (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel dan tetamu akan dibawa melawat di sekitar kota metropolis Madrid. Berhenti bergambar di hadapan ikon bandar iaitu Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol dengan seni bina Baroque yang tersohor, melepasi Prado Museum yang menempatkan karya seni Eropah terhebat dari abad ke-12 hingga ke-20, Cibeles dan Neptune Fountains iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles; dataran dengan kompleks bercirikan seni bina Neo-classic dan juga Puerta de Alcala yang merupakan pintu gerbang yang megah berdiri di Plaza de la Independencia dan dibina oleh Raja Carlos III pada kurun ke-18 dan kawasan Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini. Makan tengah hari dan solat sebelum tetamu di bawa melawat stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid. Tetamu berpeluang mengambil gambar panorama dalam stadium ini di Panorama Cafe sambil menikmati secawan kopi. Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Barajas Madrid untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 12ABU DHABI/DOHA/ISTANBUL – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
QR 853 KUL DOH 0205 0510
QR 1395 DOH RAK 0900 1650
QR 152 MAD DOH 2200 0710
QR 852 DOH KUL 0855 2140

Tarikh

4, 11, 18 Disember 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Marrakesh 4* Riad Magador Kasbah atau setaraf
Casablanca 4* Ramada Les Almohades Casablanca atau setaraf
Tangier 4* Hotel Tanjah Flandria atau setaraf
Granada 4* Hotel Senator and Spa atau setaraf
Seville 4* Hotel Alcora atau setaraf
Lisbon 4* Hotel Aldeia dos Capuchos atau setaraf
Madrid 4* City House Florida Norte atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Granada, Seville, Lisbon dan Madrid.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bahia Palace, Mezquita, Alhambra Palace, Generalife dan Palace Da Pena.
  • Pengangkutan feri laju dari Tangier ke Tarifa.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris beragama Islam yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma sebotol air mineral seorang setiap hari sepanjang lawatan.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri