14H11M KEMBARA BALKANS 6 NEGARA

Athens - Kalambaka - Bitola - Ohrid - Tirana - Bar - Budva - Kotor - Dubrovnik - Pocitelj- Blagaj - Mostar - Sarajevo - Srebrenica - Ahmici - Travnik - Jajce - Bihac - Plitvice Lakes - Zagreb
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM7990

RM 8290

Jelajah dari Selatan ke Utara Balkans!
Harga serendah RM 8290
Jelajah dari Selatan ke Utara Balkans!
Harga serendah RM 8290

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Istanbul

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan menuju ke Athens yang terletak di negara Greece melalui Istanbul.

Hari 2Istanbul - Athens (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Athens, tetamu akan dibawa membeli-belah di McArthurGlen Designer Outlet di mana tetamu berpeluang untuk membeli-belah barangan berjenama terkenal seperti Versace, Salvatore Ferragamo, Polo, Guess dan banyak lagi pada harga diskaun yang cukup lumayan. Makan tengahari di restoran sebelum tetamu dibawa berfoto di Panathenaic Stadium yang merupakan tempat berlangsungnya Ancient Olympic dibina pada tahun 144 M, Old Royal Palace yang kini digunakan sebagai tempat ahli parlimen Greece bersidang dan melihat pertukaran askar yang penuh istiadat di Tomb of the Unknown Soldier, sambil melepasi Temple of Olympian Zeus dan Presidential Mansion. Makan malam di restoran dan menuju ke hotel untuk istirehat.

Hari 3Athens (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan di sekitar kota bersejarah tamadun Yunani ini dengan melawat Acropolis of Athens yang cukup bersejarah dan tersergam indah di atas bukit di tengah kota. Tetamu berpeluang berfoto bersama binaan tinggalan zaman Yunani seperti Parthenon yang dibina pada tahun 432 SM didedikasikan untuk dewi Athena yang mengawal kota Athens, Propylaia yang merupakan pintu masuk kota Acropolis ini, Erechtheion yang siap dibina pada tahun 406 SM dan Temple of Athena Nike dibina pada 420 SM. Selepas makan tengahari, tetamu akan berpeluang untuk melewati kawasan tumpuan penduduk Athens iaitu Syntagma Square, Plaka dan Monastiraki di mana di sekitar sini tetamu juga berpeluang untuk melihat kesan tinggalan Ancient Agora of Athens dan juga Fethiye Mosque yang kini menjadi sebuah muzium sambil membeli cenderamata. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 4Athens - Kalambaka (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menuju ke daerah Kalambaka yang cukup terkenal dengan binaan biara di atas puncak bukit, seakan melihat Babylon. Makan tengahari setibanya di sana dan kemudian tetamu akan dibawa untuk mendekati beberapa buah biara termasuklah yang tertua dan terbesar iaitu Great Meteoron Monastery. Tetamu juga akan dibawa ke beberapa tempat yang cukup menarik untuk mengambil gambar pemandangan kawasan yang dipanggil Meteora ini. Kemudian tetamu diberi masa bebas untuk bersiar-siar di pekan Kalambaka dan berpeluang untuk membeli hasil tempatan terutamanya madu lebah. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 5Kalambaka - Bitola - Ohrid (SP/MT/MM)

Bertolak memasuki negara Macedonia (FYROM) seusai sarapan pagi di hotel. Setibanya di bandar Bitola, tetamu akan dibawa melawat beberapa bangunan yang bersejarah di situ terutamanya kesan peninggalan kerajaan Uthmaniyyah seperti Yeni Mosque yang dibina pada tahun 1558 dengan menara setinggi 40m kini merupakan sebuah galeri seni, Clock Tower setinggi 30m dibina pada tahun 1830, berfoto di Magnolia Square, melepasi Ataturk Museum yang dahulunya ialah kolej tentera Uthmaniyyah dan bersolat di Ishak Celebi Mosque yang dibina lebih awal pada tahun 1506. Bertolak menuju ke Ohrid selepas makan tengahari dan melawat Haji Turgut Mosque yang merupakan masjid yang tertua di sini dibina pada tahun 1466, Zeynel Abedin-Pasha Mosque yang dibina pada abad ke-17 yang menempatkan makam Emir pertama Ohrid dan tetamu diberi masa bebas untuk menerokai Cinar Square dan Old Bazaar Street. Kemudian tetamu akan dibawa menaiki bot persendirian khas untuk menyusuri Tasik Ohrid yang cukup indah, yang seakan-akan sebuah lautan menuju ke hotel dan makan malam.

Hari 6Ohrid - Tirana - Bar (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke kota Tirana yang merupakan ibu negara Albania, sebuah negara kecil majoriti penduduk Islam yang baru terlepas daripada cengkaman pemerintahan Komunis pada tahun 1992. Tetamu masih berpeluang untuk bersolat di Ethem Bey Mosque selepas makan tengahari yang dibina pada abad ke-18 namun dengan izin-Nya tidak dihancurkan oleh kerajaan Komunis. Selain itu, tetamu boleh berfoto di Clock Tower of Tirana yang dibina orang Turki pada tahun 1811 setinggi 35m dan melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum dan juga Skanderberg Square yang gah dengan arca Skanderbeg Monument. Bertolak menuju ke bandar Bar yang berada di dalam negara Montenegro, makan malam di Islamic Cultural Centre setibanya di sana dan daftar masuk hotel.

Hari 7Bar - Budva - Kotor - Dubrovnik (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, menuju ke kota Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic dibina pada zaman Venetians seperti Citadel yang kini digunakan sebagai teater, Church of St. Ivan dan menikmati pemandangan indah menghadap ke arah Pulau St. Nikola. Seterusnya tetamu pula akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Sea Gate of 1555, Watch Tower, Square of Arms dan Pillar of Shame. Makan tengahari dan perjalanan akan diteruskan ke Dubrovnik yang terletak di dalam negara Croatia. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa untuk mengambil gambar pemandangan panorama Old Town Dubrovnik yang cukup mempersonakan sambil menunggu matahari terbenam di penghujung Lautan Adriatik. Faktor keindahan inilah yang menyebabkan Dubrovnik digelar “Pearl of the Adriatic” oleh para pelancong. Makan malam di restoran dan menuju ke hotel penginapan.

Hari 8Dubrovnik - Pocitelj - Blagaj - Mostar (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18, Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana, Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun. Makan tengahari di restoran dan kemudian bertolak memasuki negara Bosnia and Herzegovina dengan pertamanya melawat Pocitelj, sebuah perkampungan yang dahulunya pernah menjadi medan pertahanan kerajaan Uthmaniyyah yang mana kesan tinggalan yang masih boleh dilihat ialah Ali Pasha Mosque dan Citadel yang terletak di atas Hill of Pocitelj. Seterusnya tetamu akan dibawa untuk melihat punca mata air yang cukup jernih dan menawan pandangan iaitu Buna River Spring di Blagaj dan di tebingnya terletak sebuah sekolah ahli sufi Dervish Tekke. Bertolak menuju ke Mostar untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9Mostar - Sarajevo (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat sekitar Mostar yang cukup indah dengan tarikan-tarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut, Karadoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata. Makan tengahari dan bertolak menuju ke Sarajevo. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa ke kawasan Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah, Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17, Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah dan juga berfoto di City Hall yang juga dipanggil Vijecnica. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 10Sarajevo - Sebrenica (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan. Seterusnya bertolak menuju ke perkampungan Srebrenica yang menyimpan 1,000 kisah. Makan tengahari dan kemudian, tetamu akan dibawa melawat Srebrenica Massacre Memorial, lokasi di mana terjadinya pembunuhan lebih 8,000 orang penduduk Bosnia oleh tentera Serbia ketika Perang Bosnia pada tahun 1992 dahulu. Tetamu akan dapat menyelusuri kekejaman dan menjiwai keperitan yang dialami oleh mereka menerusi foto, visual dan monumen yang diabadikan di sini. Bertolak pulang ke hotel di Sarajevo dan makan malam.

Hari 11Sarajevo - Ahmici - Travnik - Jajce - Bihac (SP/MT/MM)

Bertolak menuju ke perkampungan Ahmici selepas sarapan pagi di hotel untuk melawat 116 Monument di mana perkampungan ini telah diserang oleh tentera Croatia dan membunuh seramai 116 orang. Presiden Croatia sendiri pernah melawat ke monumen ini sebagai tanda kekesalan mereka. Bertolak menuju ke Travnik yang merupakan salah satu kota terpenting zaman Uthmaniyyah dan setibanya di sana, tetamu akan dibawa berfoto di Plava Voda Springs atau Blue Water yang mengalir keluar dari Vlasic Mountain. Berdekatan dengan kawasan ini terletaknya Elci-Ibrahim Pasina Medresa, sebuah sekolah zaman Uthmaniyyah yang dibina pada tahun 1706 sambil juga menziarahi Sarena Mosque yang dikatakan antara yang tercantik di Balkans dengan ukiran dan lukisan dinding yang berwarna-warni. Bergerak menuju ke Jajce yang terkenal dengan pemandangan indah semulajadi Pliva Waterfalls yang setinggi 27m. Makan tengahari di tepi Great Pliva Lake sebelum berfoto di Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 rumah kincir air di atas Pliva River. Bersolat di Esma Sultanija Mosque yang dibina pada tahun 1753 sebelum bertolak menuju ke Bihac. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 12Bihac - Plitvice Lakes - Zagreb (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak memasuki negara Croatia untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. Bertolak menuju ke kota Zagreb dan setibanya di sana, makan tengahari dan bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. Seterusnya tetamu akan dibawa daftar masuk hotel dan makan malam di restoran.

Hari 13Zagreb - Istanbul (SP/MT)

Melawat sekitar kota Zagreb selepas sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat ke kawasan Gornji Grad yang terkenal dengan jalan batu-bata dan bangunan-bangunan berbumbung merah. Di sini tetamu akan dapat melihat Lotrscak Tower yang dibina pada kurun ke-13 dan digunakan untuk membunyikan loceng bagi menutup pintu kota, Church of St. Mark’s yang terkenal dengan bumbungnya yang berwarna-warni dengan logo rasmi Croatia dan Zagreb di samping Kaptol Square yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang bersejarah abad ke-17. Berjalan menuju ke Dolac Market untuk membeli buah-buahan segar dengan melalui kawasan Krvavi Most (Bloody Bridge). Makan tengahari di restoran dan tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan Ban Jelacic Square yang menempatkan Statue of Ban Josip Jelacic, figura yang memerdekakan Croatia dari kekuasaan Hungary. Tetamu juga boleh bersiar-siar dan membeli-belah di sekitar Zagreb Downtown itu. Bersolat di Zagreb Mosque sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Zagreb bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 14Istanbul - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

** Sila hubungi kami di 1800-18-2884 (Bebas Tol) atau Whatsapp 0135002884 untuk mendapatkan maklumat harga pakej.

Jadual Penerbangan

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

TK 61

KUL

IST

2355

0620

TK 1845

IST

ATH

0845

0910

TK 1056

ZAG

IST

2015

0030

TK 60

IST

KUL

0155

1720

Tarikh

10, 24 Mac 2018

Hotel

BANDAR NAMA HOTEL
Athens President Hotel atau setaraf
Kalambaka Hotel Antoniadis atau setaraf
Ohrid Mirage Hotel atau setaraf
Bar Hotel Princess atau setaraf
Dubrovnik Adria Hotel atau setaraf
Mostar Hotel Mepas atau setaraf
Sarajevo Hotel Hollywood atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4*-5* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Athens, Dubrovnik dan Zagreb.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Percuma bot persiaran Ohrid Lake Cruise yang bernilai EUR30 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Acropolis of Athens, Tunnel of Hope, Srebrenica Massacre Memorial dan Plitvice Lakes National Park.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri