4H3M Bali (Discovery/Temple)

Kuil Uluwatu - perkampungan Ubud - Tampaksiring - Kintamani - Puri Saren - Tanung Benoa - Pulau Penyu - Bedugul - Ulun Danu - Tasik Beratan - Kuil Tanah Lot
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 920

Muslim Tour
Harga serendah RM 920
Muslim Tour
Harga serendah RM 920

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Uluwatu (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Ngurah Rai, bertolak ke hotel untuk daftar masuk. Tetamu seterusnya dibawa ke Kuil Uluwatu; sebuah kuil suci purba yang dibina sejak abad ke-16 oleh seorang paderi India. Kuil ini terletak 250 kaki di atas paras laut di tebing selatan Pura Luhur dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Makan malam BBQ Seafood di Jimbaran dan kembali ke hotel.

Hari 2Kintamani (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan tetamu menyaksikan tarian tradisional Baring & Kris dan kemudiannya melawat perkampungan Celuk; terkenal dengan emas dan perak, Mas; kampung pengukir kayu, dan juga Ubud; pusat kraftangan artis-artis di Bali. Setersunya, tetamu dibawa melawat sebuah kuil suci musim bunga di Tampak Siring dan ke kampung Kintamani yang terletak di lembangan gunung berapi Batur. Makan tengah hari di restoran Kintamani. Pada sebelah petang, tetamu akan ke Puri Saren yang merupakan sebuah istana kerajaan Ubud. Makan malam di Restoran Padang sebelum bergerak pulang ke hotel.

Hari 3Pulau Penyu - Tanah Lot (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke pelabuhan Tanjung Benoa dengan menaiki bot (30 minit perjalanan) untuk ke Pulau Penyu di mana tetamu berpeluang melihat pemuliharaan penyu di kolam tradisional dan belajar mengenai kehidupan mereka. Tetamu juga boleh menikmati aktiviti sukan air seperti parasailing, jet ski, banana boat dan sebagainya atas tanggungan sendiri. Lawatan diteruskan ke Bedugul yang mengambil masa selama sejam setengah ke utara. Di situ terdapat sebuah kuil dipanggil Ulun Danu yang terletak di tepi Tasik Beratan. Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas lawatan ke Candi Kuning Herbs dan pasaran buah-buahan, tetamu dibawa ke Kuil Tanah Lot; dibina di tanjung kecil yang hanya boleh diakses ketika air surut. Makan malam di Telaga Sari dan kembali ke hotel.

Hari 4Tanah Lot - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Waktu bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1060

1190

1295

5-9

965

1120

1210

10-15

950

1085

1190

16-20

920

1045

1150

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Zia atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel Ramayana atau setaraf

Luxury 5*

Hotel Pullman atau setaraf 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 3 malam di hotel dengan sarapan
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin dan ulang-alik ke lapangan terbang
  • Bayaran masuk dan parkir
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu
  • Air mineral dan snek sepanjang lawatan
  • Cenderamata Bali

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi dan sebagainya
  • Makanan/minuman tambahan di restoran tempatan
  • Aktiviti sukan air
Peta Perjalanan

Galeri