3H2M Bangkok (Shopping)

Bazar Chatuchak - JJ Mall - Bangkok Bee Farm - MBK Mall - Sungai Chao Phraya - Wat Arun - DS Leather Factory - Gems Factory - Asiatique The Riverfront - Platinum Fashion Mall
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 630

Muslim Tour
Harga serendah RM 630
Muslim Tour
Harga serendah RM 630

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Bangkok (MT)

Sejurus ketibaan di lapangan terbang, tetamu akan dibawa makan tengahari di restoran halal tempatan. Aturcara dimulakan dengan membeli-belah di Bazar Chatuchak dan JJ mall – pusat beli-belah dengan 1001 pilihan barangan seperti pakaian, barangan antik, perabot, buku, makanan tempatan dan oleh-oleh buatan tangan. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat Bangkok Bee Farm yang menjanjikan pelbagai produk daripada madu dan royal jelly, dan MBK Mall, kompleks beli-belah setinggi 8 tingkat dengan lebih 2000 kedai yang menjual pakaian, aksesori, telefon bimbit, barangan elektrik, DVD dan pelbagai lagi. Selesai membeli-belah, tetamu mendaftar masuk hotel dan acara bebas.

Hari 2Bangkok (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, tetamu akan dibawa menyusuri Sungai Chao Phraya dengan menaiki feri dan melawat Wat Arun (Temple of the Dawn) yang terkenal bukan sahaja kerana lokasinya di tepi sungai, malah struktur binaannya juga lain dari Wat yang lain. Masa untuk membeli-belah barangan kulit seperti dompet, beg tangan dan tali pinggang di DS Leather Factory dan kilang batu permata dan barang kemas terbesar dengan ISO – 9002, serta MBK Mall. Bertolak ke Asiatique The Riverfront di mana tetamu mempunyai pilihan untuk membeli-belah atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sini. Pulang ke hotel dan acara bebas.

Hari 3Bangkok - Kuala Lumpur (SP)

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Destinasi beli-belah terakhir iaitu Platinum Fashion Mall sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Standard 3+*

2

950

995

3 – 5

740

780

6 – 8

670

710

9 – 11

630

670

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama Hotel

Standard 3*

Thomson Residence atau setaraf

Standard 3+*

The Season Siam atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 2 malam yang selesa di hotel beserta sarapan pagi
  • Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris
  • Makan tengahari dan makan malam seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk seperti dalam aturcara
  • Tipping kepada pemandu dan pemandu pelancong
  • Insuran perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Perbelanjaan peribadi seperti dobi, bil telefon dan mini bar
Peta Perjalanan

Galeri