3H2M Chiang Mai (Experience)

Chiang Mai - Kuil Doi Suthep - Perkampungan Kraftangan - Kem Gajah - Perkampungan Suku Berleher Panjang - Orkid Chai Lai - Taman Rama-rama - Pertunjukan Ular & Monyet
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 900

Muslim Tour
Harga serendah RM 900
Muslim Tour
Harga serendah RM 900

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Chiang Mai - Kuil Doi Suthep - Perkampungan Kraftangan (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Chiang Mai, tetamu dibawa melawat Kuil Doi Suthep; terdapat Kuil Wat Phra yang sering dirujuk sebagai ‘Doi Suthep’ walaupun ini sebenarnya nama gunung di mana ia terletak. Dari situ tetamu berpeluang menikmati pemadangan indah Chiang Mai. Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum melawat perkampungan kraftangan di mana tetamu boleh mendapatkan kertas ‘Sa’ yang terkenal di Chiang Mai, payung dan juga ukiran kayu. Bertolak ke hotel dan daftar masuk. Makan malam di pusat kebudayaan lama Chiang Mai.

Hari 2Kem Gajah - Perkampungan Suku Berleher Panjang - Orkid Chai Lai - Taman Rama-rama - Pertunjukan Ular & Monyet (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Kem Gajah untuk menyaksikan pertunjukan gajah dan perkampungan suku kaum berleher panjang di mana tetamu berpeluang menaiki gajah dan lembu di situ. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian ke Bamboo Rafting di mana tetamu boleh menaiki rakit buluh dan seterusnya melawat Orkid Chai Lai dan taman rama-rama. Tetamu juga dibawa menyaksikan pertunjukan ular tedung dan monyet sebelum bergerak pulang ke hotel. Makan malam di restoran tempatan dan waktu bebas.

Hari 3Chiang Mai - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

2-4

1200

1380

5-9

960

1140

10-20

900

1050

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel CH atau setaraf

Deluxe 4* 

Hotel The Imperial Mae Ping atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 2 malam di hotel berserta sarapan pagi
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Pengangkutan berhawa dingin dengan pemandu
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Bayaran masuk
  • Air minuman sepanjang lawatan
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi, cenderamata, dan sebgainya
Galeri