3H2M Lombok Program A

Lombok - Sade/Rambitan - Pantai Kuta atau Pantai Tanjung Aan - Sukarara - Banyumulek Bukit Malimbu - Gili Trawangan
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 640

Muslim Tour
Harga serendah RM 640
Muslim Tour
Harga serendah RM 640

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Lombok (MT)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, lawatan ke Sade/Rambitan, sebuah perkambungan tertua suku kaum Sasak. Suku kaum ini tinggal di rumah tradisional yang dipanggil Bale Tani yang dibina menggunakan tanah liat sebagai bahan asas binaan. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, lawatan dilanjutkan ke Pantai Kuta atau Pantai Tanjung Aan yang terkenal dengan kecantikan pasir putihnya, aktiviti renang, dan berjemur. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke Sukarara dan Banyumulek yang terkenal sebagai tempat pembuatan tembikar. Tetamu juga berpeluang melihat dan cuba menghasilkan tembikar sendiri. Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas. (Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan)

Hari 2Gili Trawangan (SP/MT)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke destinasi menarik iaitu Bukit Malimbu yang terkenal dengan pemandangan cantik berlatar-belakangkan pantai Bali. Perhentian ini sesuai untuk sesi bergambar merakam kenangan manis sewaktu bercuti bersama insan tersayang. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke pelabuhan Teluk Nara/Bangsal dan menaiki bot untuk menuju ke destinasi seterusnya, Gili Trawangan. Pelbagai aktiviti menarik menanti tetamu seperti menyelam, snorkeling, dan banyak lagi. Tetamu boleh menaiki pengangkutan darat seperti kereta kuda atau berbasikal untuk menerokai Gili Trawangan. Destinasi seterusnya ialah Baun Pusuk, terkenal sebagai Hutan Monyet yang menjadi habitat kepada beratus ekor monyet liar yang boleh dilihat di tepi-tepi jalan mencari makanan. Selepas itu, tetamu berpeluang membeli-belah di perhentian-perhentian menarik sebelum bergerak ke hotel untuk berehat. (Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal tempatan).

Hari 3Lombok - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sebelum bergerak ke Lapangan terbang Jogjakarta untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

710

750

950

5-9

690

730

920

10-15

680

710

900

16-20

640

680

870

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Puri Saron atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel the Jayakarta Bali atau setaraf

Luxury 5*

Hotel Sheraton Senggigi atau setaraf 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 2 malam di hotel berserta sarapan pagi
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin dan ulang-alik ke lapangan terbang
  • Bekalan minuman semasa lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Peralatan snorkeling, peralatan menyelam, kereta kuda dan perbelanjaan peribadi lain
Peta Perjalanan
Galeri