3H2M Phnom Penh

Phnom Penh - Independence Monument - Royal Palace - Killing Fields - Mekong River
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 760

Muslim Tour
Harga serendah RM 760
Muslim Tour
Harga serendah RM 760

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Phnom Penh (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang, tetamu dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Lawatan ke Independence Monument, Royal Palace; dibina oleh Raja Norodom pada tahun 1866, dan ke Silver Pagoda. Dinamakan Silver Pagoda kerana lantainya yang diperbuat daripada 5000 jubin perak. Makan tengah hari di restoran tempatan dan melawat Muzium Nasional. Lawatan diteruskan ke Kuil Wat Phnom di mana tetamu boleh menikmati pemandangan bandar yang dibarisi pokok-pokok. Lawatan berakhir di Sisowath Quay dan malan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam disana.

Hari 2Phnom Penh (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Muzium Tuol Sleng yang terkenal dengan sejarahnya. Pada tahun 1975 Sekolah Tinggi Svay Prey telah diambil alih oleh pasukan keselamatan Pol Pot untuk dijadikan penjara dan dinamakan Security Prison 21 (S-21). Kemudian, tetamu dibawa melawat ke Killing Fields of Choeung EK. Makan tengah hari di restoran tempatan dan tetamu dibawa membeli-belah di Russian Market (Psal Tuol Thom Pong), sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan yang menarik seperti perhiasan wanita, kain sutera, ukiran kayu dan batu, pakaian-pakaian, CD, cenderamata, dan banyak lagi. Seterusnya, tetamu dibawa berlayar selama 1 jam di Mekong River dan dapat menikmati arus bayu laut yang tenang sambil menikmati langit yang indah. Makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 3Pnom Penh - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1020

1125

1460

5-9

970

1050

1340

10-15

830

920

1230

16-20

760

840

1170

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Salita atau setaraf

Deluxe 4*

River Palace atau setaraf

Luxury 5*

La Rose Boutique atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan selama 2 malam di hotel berserta sarapan pagi
  • Pengangkutan darat berhawa dingin ulang-alik ke lapangan terbang
  • Air minuman sepanjang perjalanan
  • Jadual makan seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan pergi dan balik hotel mengikut aturcara
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan seperti dalam aturcara

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, dobi, dan sebagainya
Peta Perjalanan
Galeri