4D3N Bangkok Cooking Holiday

Bangkok
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2,188

Termasuk lawatan sekitar Bangkok bersama Yatie Kitchen
Harga serendah RM 2,188
Termasuk lawatan sekitar Bangkok bersama Yatie Kitchen
Harga serendah RM 2,188

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – BANGKOK (MT/MM)

Peserta akan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Bangkok. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand, peserta akan dibawa untuk makan tengahari di restauran Al-Hilal. Selepas itu, perserta akan ke Jewellery Export, Thai Silk dan Leather Factory. Peserta juga akan dibawa melawat Bee Farm & Honey Shop dan dibawa makan malam ke restauran tempatan selepas itu terus ke hotel.

Hari 2BANGKOK (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, perjalan hari ini akan dimulakan dengan ke sungai Chao Phraya dan Wat Arun – Temple of the Dawn . Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas makan tengahari, anda akan dibawa ke Chatuchak Weekend Market dan MBK Centre, Siam Paragon . Makan malam di sebuah restoran tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 3KELAS MEMASAK - BANGKOK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan peserta akan dibawa ke pasar pagi untuk membeli bahan untuk memasak. Anda akan dapat merasai pengalaman manis membeli barang barang keperluan dan kenali perbezaan pasar pagi di Malaysia dan negara jiran.

Kelas memasak akan bermula pada pukul 9:00am sehingga 1:00pm. Para peserta akan diajar cara memasak oleh Puan Yatie di kelas memasak yang disediakan. Anda pastinya teruja untuk memasak dengan semua resepi dari Puan Yatie sendiri!

Kemudian, peserta akan menjamu selera di kelas memasak. Selepas itu, peserta akan dibawa melawat Chocolate Factory untuk melihat cara-cara penghasilan coklat. Kemudian peserta akan dibawa melawat ke pasar kering dan seterusnya balik ke hotel.

Hari 4BANGKOK - KUALA LUMPUR (SP/MT)

Sarapan pagi dan aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Siapa Yatie dariYatieKitchen?

Yatie Kitchen atau nama sebenarnya Nurhayati Zainol Abidin adalah seorang instafamous dimana masakannya sering mendapat perhatian ramai dan menjadi sebutan. Bermula dengan hanya 300 pengikut dalam kalangan keluarga dan rakannya, kini laman sosial instagram miliknya telah mencecah lebih 245,000 pengikut dan bukan hanya kalangan orang biasa tetapi turut meliputi kerabat diraja, golongan VVIP mahupun selebriti popular negara. Menu masakan yang dikongsi di laman Instagram miliknya adalah secara percuma sahaja.

Disebabkan minat dan passion di dalam bidang masakan, ianya menjadi inspirasi & ilham para pengikut di Instagram.

Para peserta akan diajar cara memasak oleh Puan Yatie di kelas memasak yang disediakan. Anda pastinya teruja untuk memasak dengan semua resepi dari Puan Yatie sendiri!

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Kumpulan A: 30 Ogos – 2 Sep 2018
FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
OD 520 KUL DMK 0955 1105
OD 523 DMK KUL 1810 2125
 
Kumpulan B: 31 Ogos – 3 Sep 2018
FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
OD 520 KUL DMK 0955 1105
OD 523 DMK KUL 1810 2125

Tarikh

Kumpulan A : 30 Ogos 2018
Kumpulan B : 31 Ogos 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Bangkok 3* Wattana Palace Hotel / setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Perkhidmatan bas persiaran pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Air mineral botol untuk setiap peserta, setiap hari
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri