4H3M Bali Fantastic Honeymoon

Candi Uluwatu - Pantai Jimbaran - Batubulan - Celuk - Mas - Tampak Siring - Kintamani - Gunung Berapi Batur - Puri Saren - Pulau Penyu - Kuta - Tanah Lot
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1245

Price
Harga serendah RM 1245
Price
Harga serendah RM 1245

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Bali (MM)

Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, tetamu akan disambut oleh wakil kami dan dibawa melawat Candi Uluwatu yang telah dibina pada kurun ke-16 oleh seorang sami berbangsa India, dan terkenal kerana misterinya yang tersendiri serta dianggap suci oleh penduduk tempatan. Seterusnya, tetamu akan dibawa menikmati hidangan barbeku makanan laut, udang karang (saiz kecil) dengan dihiasi dekorasi Bali di Pantai Jimbaran sebelum daftar masuk hotel. Acara bebas.

Hari 2Bali (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Batubulan untuk menyaksikan persembahan Tari Barong & Kris. Masa untuk membeli-belah di Celuk dan Mas yang terkenal dengan produk ukiran kayu, emas dan perak. Lawatan diteruskan dengan Tampak Siring, iaitu Mata Air Suci yang terkenal di Bali dan perkampungan Kintamani yang terletak di pinggir Gunung Berapi Batur. Singgah makan tengahari secara buffet di Kintamani sebelum meneruskan perjalanan ke Istana Puri Saren yang masih didiami oleh kerabat diraja Ubud. Makan malam di Bounty Cruise sebelum pulang ke hotel. Acara bebas.

Hari 3Bali - Tanah Lot (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke Pelabuhan Tanjung Benoa untuk menaiki ‘bottom glass boat’ ke Pulau Penyu. Tetamu berpeluang menyaksikan pemandangan batu karang di dasar laut melalui lantai kaca di dalam bot tanpa perlu menyelam atau snorkeling. Kemudian, tetamu akan dibawa melawat tempat pemuliharaan penyu hijau untuk melihat dan menyentuh sendiri spesis yang hampir pupus ini. Terdapat aktiviti sukan air seperti parasailing, jet ski dan banana boat (perbelanjaan sendiri). Menjelang tengahari, perjalanan akan diteruskan ke Kuta untuk membeli-belah dan memanjakan diri dengan urutan spa selama 2 jam, sebelum melawat Candi Tanah Lot yang dibina di atas batu 200 meter dari pesisir pantai. Makan malam di Telaga Sari dan pulang ke hotel.

Hari 4Bali - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi di hotel. Waktu bebas sebelum ke lapangan terbang untuk pulang.

Harga Pakej

Kategori Hotel

Harga/pax (RM)

3*

1245

4*

1385

5*

1485

Lawatan sahaja tanpa hotel

1010

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Solaris atau setaraf

Superior 4*

 Hotel Adhijaya Kuta atau setaraf

Deluxe 5*

Mercure Legian atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 3 malam yang selesa di hotel beserta sarapan pagi
  • Pengangkutan berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris
  • Makanan tengahari dan makan malam seperti dalam aturcara
  • Kalungan bunga dan tuala muka semasa ketibaan
  • Tiket masuk seperti dalam aturcara
  • 'Glass bottom boat' ke Pulau Penyu
  • Pakej spa selama 02 jam
  • Air mineral dan snek semasa perjalanan
  • Cenderamata bulan madu di hotel

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tip untuk pemandu dan pemandu pelancong
  • Perbelanjaan peribadi seperti dobi, bil telefon dan mini bar
  • Aktiviti permainan air
Peta Perjalanan

Galeri