4H3M Bandung Shopping

Rumah Mode - Factory Outlet Jalan Cihampelas - Gedung Sate - Dusun Bambu - Pasar Terapung Lembang - Kompleks Pasar Baru - Cibaduyut Shoes & Leather Center - Kawah Putih - Ladang Strawberi - Factory Outlet Jalan Dago - Kartikasari
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 840

Muslim Tour
Harga serendah RM 840
Muslim Tour
Harga serendah RM 840

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Bandung (MT/MM)

Sejurus ketibaan di lapangan terbang, tetamu akan terus dibawa membeli-belah di Rumah Mode di Jalan Setiabudhi, iaitu syurga beli-belah dengan kedai yang tersusun untuk memudahkan pengunjung, mempunyai banyak pilihan pakaian dan barangan berjenama ‘reject’ dari kilang dengan harga murah. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke Factory Outlet di Jalan Cihampelas untuk membeli-belah dan melalui Gedung Sate, sebelum ke Factory Outlet di jalan Riau. Daftar masuk hotel dan acara bebas.

Hari 2Bandung (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, bertolak ke Dusun Bambu, sebuah tempat ekopelancongan di kaki Gunung Burangrang yang menjanjikan lanskap yang menarik dengan keindahan alam semula jadi dan udara sejuk Lembang. Rasai pengalaman beli-belah di Pasar Terapung yang menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional Jawa Barat seperti bakso tahu, siomay, otak-otak dan sebagainya. Seterusnya, tetamu akan melawat Kompleks Pasar Baru yang terkenal dengan pelbagai pilihan tekstil, jeans dan t-shirt, serta dilengkapi oleh penghawa dingin untuk keselesaan pengunjung, dan Cibaduyut Shoes & Leather Centre untuk kasut kulit buatan tangan dan barangan kulit lain. Pulang ke hotel dan acara bebas.

Hari 3Bandung (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan bermula dengan Kawah Putih, sebuah danau yang terbentuk akibat dari letusan Gunung Patuha. Tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat Ladang Strawberi dan Factory Outlet di Jalan Dago. Untuk destinasi beli-belah berikutnya, tetamu akan dibawa ke Kartikasari untuk membeli kuih-muih dan makanan istimewa Bandung seperti brownies, kek lapis, Nastar, Bagelen dan lain-lain sebelum pulang ke hotel.

Hari 4Bandung - Kuala Lumpur (SP)

Tetamu menikmati sarapan pagi di hotel. Acara bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

985

1100

1305

5-9

855

975

1185

10-15

850

965

1180

16-20

840

955

1170

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama Hotel

Standard 3*

New Sany Rosa atau setaraf

Deluxe 4*

Gino Ferucci atau setaraf

Luxury 5*

Royal Panghegar atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 2 malam yang selesa di hotel beserta sarapan pagi
  • Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris
  • Makan tengahari dan makan malam seperti dalam aturcara (makanan Sunda/Padang/Indonesia)
  • Tiket masuk seperti dalam aturcara

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tip untuk pemandu dan pemandu pelancong (RM8/pax/hari)
  • Perbelanjaan peribadi seperti dobi, bil telefon dan mini bar

Polisi Kanak-Kanak

  • Harga kanak-kanak sah untuk 12 tahun ke bawah
  • Harga bayi sah untuk 3 tahun ke bawah
Peta Perjalanan

Galeri