4H3M Chiang Mai – Chiang Rai

Chiang Mai - Kuil Doi Suthep - perkampungan kraftangan - Kem Gajah - perkampungan suku berleher panjang - Bamboo Rafting - Orkid Chai Lai - ladang rama-rama - pertunjukan ular tedung dan monyet - Chiang Rai - kolam air panas - Maesai - Wat Rong Khun - Golden Triangle - Sungai Mekong - perkampungan Don Sao, Laos
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1070

Muslim Tour
Harga serendah RM 1070
Muslim Tour
Harga serendah RM 1070

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Chiang Mai (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang Chiang Mai, bertolak ke hotel untuk daftar masuk. Tetamu kemudiannya dibawa melawat Doi Suthep; terdapat Kuil Wat Phra yang sering dirujuk sebagai ‘Doi Suthep’ walaupun ini sebenarnya nama gunung di mana ia terletak. Dari situ tetamu berpeluang menikmati pemadangan indah Chiang Mai. Makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya ke perkampungan kraftangan di mana tetamu boleh mendapatkan kertas ‘Sa’ yang terkenal di Chiang Mai, payung dan juga ukiran kayu. Bertolak ke hotel dan daftar masuk. Makan malam di pusat kebudayaan lama Chiang Mai.

Hari 2Chiang Mai (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Kem Gajah untuk menyaksikan pertunjukan gajah dan perkampungan suku kaum berleher panjang di mana tetamu berpeluang menaiki gajah dan lembu di situ. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian ke Bamboo Rafting di mana tetamu boleh menaiki rakit buluh dan seterusnya melawat Orkid Chai Lai dan taman rama-rama. Tetamu juga dibawa menyaksikan pertunjukan ular tedung dan monyet sebelum bergerak pulang ke hotel. Makan malam di restoran tempatan dan waktu bebas.

Hari 3Chiang Mai - Chiang Rai (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Chiang Rai (kira-kira 3 jam perjalanan) dan berhenti di kolam air panas. Tetamu kemudiannya dibawa melawat Maesai dan Wat Rong Khun atau lebih dikenali sebagai Kuil Putih. Kuil yang dimiliki, direka dan dibina oleh oleh Chalermchai Kositpipat ini terkenal sebagai Taj Mahal Thiland. Makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya ke Golden Triangle dan menaiki bot sepanjang perjalanan dari Sungai Mekong ke perkampungan Don Sao, Laos. Bergerak balik ke Chiang Mai dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan waktu bebas.

Hari 4Chiang Mai - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

2-4

1830

2120

5-9

1350

1630

10-15

1180

1480

16-20

1070

1370

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel CH atau setaraf

Deluxe 4* 

Hotel The Imperial Mae Ping atau setaraf

 

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik.

Perlepasan

Sepanjang Tahun 

Harga Termasuk
  • Penginapan 3 malam di hotel dengan sarapan
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Pengangkutan berhawa dingin dengan pemandu
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Semua bayaran masuk seperti jadual
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu: RM15/pax/hari
  • Air minuman semasa lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi, cenderamata, dan sebagainya
Peta Perjalanan

Galeri