4H3M – Guangzhou

Taman Yue Xiu - Five Ram Sculpture - Dr. Sun Yet-Sen’s Memorial Hall - pusat pembakaran krim - Masjid Guang Ta - Beijing shopping road - Pulau Ersha - Dewan konsert Xinghai - Zhujiang New City & Citic Square - kedai karbon buluh - Shang Xia Jiu Shopping Street - market pakaian Bai Ma - market kulit San Yuan Li
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 960

Muslim Tour
Harga serendah RM 960
Muslim Tour
Harga serendah RM 960

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Guangzhou (MM)

Setibanya lapangan terbang Guangzhou Bai Yun, tetamu dibawa melawat Taman Yue Xiu; taman terbesar di pusat bandar yang terletak di Gunung Xiu dengan keluasan 213 ekar. Taman ini terdiri daripada tujuh bukit dan tiga tasik buatan manusia. Selain itu, terikan terkenalnya ialah Five Ram Sculpture di mana seluruh patung diukir 130 keping marmar, dengan ketinggian lebih daripada 10 meter. Makan malam di restoran tempatan. Bertolak ke hotel dan daftar masuk.

Hari 2Guangzhou (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Dr. Sun Yet-Sen’s Memorial Hall yang terletak di Jalan Dongfeng Zhong Lu. Dewan ini dibina pada tahun 1931 bagi memperingati Dr. Sun Yet-Sen yang merupakan perintis Negara China dan juga pengasas Republik China. Singgah sebentar di pusta pembakaran krim. Makan tengah hari di restoran tempatan dan solat di Masjid Guang Ta; salah satu masjid tertua di China. Di situ terdapat sebuah makam berhampiran yang dibina bagi memperingati sumbangan Saad Bin Abi Waqas terhadap Islam di China. Seterusnya, tetamu diberi peluang untuk membeli-belah di kedai jed dan Beijing Shopping road yang merupakan kawasan beli-belah no.1 di bandar. Makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 3Guangzhou (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu dibawa bersiar-siar ke Pulau Ersha dan Dewan Konsert Xinghai; bangunan kaca segi tiga yang menakjubkan di mana sungai dan langit terpancar di permukaan kaca tersebut. Tetamu turut berpeluang bergambar di Zhujiang New City & Citic Square. Kemudian ke kedai karbon buluh sebelum tetamu makan tengah hari di restoran tempatan. Selain dii Shang Xia Jiu Shopping Street, tetamu juga akan dibawa membeli-belah di market pakaian Bai Ma dan market kulit San Yuan Li. Makan malam di restoran tempatan sebelum bergerak balik hotel.

Hari 4Guangzhou - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

2-4

N/A

5-9

1450

10-15

1330

16-20

960

*Bilik soerang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3* 

Hotel Long Zhou atau setaraf

 

 

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 3 malam di hotel dengan sarapan
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Bas peribadi berhawa dingin
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Indonesia
  • Semua bayaran masuk seperti jadual

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik dan cukai
  • Lawatan tambahan dan insurans perjalanan
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu: RM15/pax/hari
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi, cenderamata dan sebagaimya

Polisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak (3-17 tahun) berkatil = 100% harga dewasa
  • Kanak-kanak (3-17 tahun) tanpa katil = 75% daripada harga dewasa
Peta Perjalanan

Galeri