4H3M HO CHI MINH + SHOPPING RAYA

Ho Chi Minh - Chu Chi Tunnel - Mekong Delta
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 1,590

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HO CHI MINH (MM)

Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Ho Chi Minh (Saigon). Dijemput oeh pemandu pelancong di lapangan terbang Tan Son Nhat. Memulakan lawatan ke Ar-Rahim Mosque, War Remnants museum atau lebih dikenali Exhibition House of American War Crimes. Meneruskan lawatan ke Saigon Central Post Ofiice dan dibawa ke Hard Rock Café untuk membeli cenderamata. Seterusnya dibawa melawat China Town Whole Sale Market (Cho Lon Market) dan makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel.

Hari 2HO CHI MINH – CU CHI TUNNELS – HO CHI MINH CITY TOUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Cu Chi. Melawat Cu Chi Tunnel yang dianggap sebagai simbol keberanian rakyat Vietnam semasa Perang Amerika – Vietnam. Rangkaian terowong hebat ini yang lebih 200 km panjang akan memberikan kesan selepas perang sengit di Vietnam Selatan, berdekatan HCM City sehingga ke sempadan Cambodia. Rangkaian terowong yang mempunyai beberapa tingkat dan dilengkapi perangkap. Ia dibina dengan ruang tamu, dapur, hospital, ruang penyimpanan senjata dan pusat pentempuran. Seterusnya meneroka beberapa terowong yang tidak berubah dan masih mempunyai bukti tentang pertempuran yang pernah berlaku di sini. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya dibawa ke Hong Anh collection, Mai Collection dan Taka Plaza untuk membeli-belah. Makan malam di restoran tempatan dan bertolak pulang ke hotel.

Hari 3HO CHI MINH – MEKONG DELTA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke bandar My Tho. Sepanjang perjalanan ke bandar My Tho, dapat menyaksikan kehidupan di luar bandar Ho Chi Minh dan juga keindahan sawah padi di sekitarnya. Tiba di bandar My Tho, menaiki bot untuk ke Sungai Mekong dan setibanya di Sungai Mekong, menikmati buah-buahan segar sambal diiringi alunan lagu-lagu tradisional rakyat. Melawat kehidupan orang tempatan, tawar menawar di kedai-kedai kraftangan tempatan. Berpeluang untuk menaiki sampan menyusuri sungai Mekong. Makan tengahari di restoran tempatan. Bertolak pulang ke Saigon. Mempunyai masa lapang untuk membeli-belah di Ben Thanh Market yang menjadi simbol bandar utama Ho Chi Minh dimana ianya merupakan salah satu pasar yang terbesar disana. Makan malam di restoran tempatan dan dibawa pulang ke hotel.

Hari 4HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Mempunyai masa lapang untuk membeli – belah sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
OD 561
KUL SGN 1425 1525
OD 562 SGN KUL 1620 1925

Tarikh

30 Apr 2019

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Saigon

3*

Hotel Blessing 1 Saigon atau setaraf

 

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 3 malam di hotel 3* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri