4H3M Lombok

Lombok - Gili Air - Air Terjun Sendang Gile - Senggigi - Perkampungan Tradisi Sasak - Pantai Tanjung Aan & Pantai Kuta
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 880

Muslim Tour
Harga serendah RM 880
Muslim Tour
Harga serendah RM 880

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Lombok (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, anda akan dijemput oleh wakil pemandu pelancong kami untuk pergi berlayar ke Gili Air dengan menaiki bot. Di Gili Air, anda dapat melakukan aktiviti menyeronokkan seperti menyelam ke dalam air laut jernih dengan pemandangan bawah laut yang mengagumkan. Anda boleh menaiki kenderaan darat seperti basikal atau kereta kuda untuk menerokai Gili Air. Daftar masuk hotel dan makan malam di Villa Karang Retro.

Hari 2Gili Air - Air Terjun Sendang Gile - Senggigi (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan berlayar ke Teluk Nare Lombok. Kita akan mulakan lawatan ke utara Lombok iaitu Air Terjun Sendang Gile yang terletak di kaki Bukit Rinjani. Makan tengah hari di restoran halal tempatan dan meneruskan perjalanan ke Senaru Village & Masjid Bayan dimana anda boleh melihat seni bina tradisional dan kehidupan masyarakat harian di sepanjang perjalanan. Makan malam di restoran BBQ/Seafood di Senggigi. Daftar masuk hotel dan bermalam di Senggigi.

Hari 3Tradisi suku kaum Sasak (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, kita akan membeli-belah di tempat-tempat menarik. Kita akan teruskan perjalanan dengan melawat Banyu Mulek Village yang terkenal sebagai tempat pemprosesan tembikar dan anda boleh belajar cara-cara menghasilkan tembikar. Kemudian, kita akan ke Kampung Sukarara dimana anda boleh melihat budaya komuniti penduduk tempatan. Sejurus itu, kita akan meneruskan lawatan ke Kampung Tradisi Suku Sasak iaitu kampung tertua untuk suku kaum ini di Lombok. Dari generasi lama mereka tinggal di rumah tradisi yang dipanggil Bale Tani yang dibina dengan menggunakan tanah liat sebagai bahan asas binaan. Selepas itu, kita akan ke Pantai Tanjung Aan dan Pantai Kuta yang terkenal dengan pasir putih, aktiviti renang, dan berjemur.

Hari 4Lombok - KL (SP)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

950

1000

1290

5-9

930

980

1270

10-15

900

950

1240

16-20

880

930

1220

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

 

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Puri Senggigi atau setaraf

Deluxe 4*

Graha Beach atau setaraf

Luxury 5*

The Santosa atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan di hotel berserta sarapan pagi
  • Jadual makan seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan peribadi
  • Tket masuk seperti dalam aturcara
  • Bot untuk program di Gili Air
  • Insuran Travel
  • Cendera hati (selendang dari Lombok)

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, snek, dan sebagainya
Peta Perjalanan
Galeri