4H3M Padang – Minangkabau

Bukittinggi - Maninjau - Minangkabau - Padang
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 720

Muslim Tour
Harga serendah RM 720
Muslim Tour
Harga serendah RM 720

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Bukit Tinggi (MT/MM)

Selepas ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, tetamu dibawa menuju ke Bukittinggi melalui Lembah Anai dan membuat perhentian di air terjun Anai dan Kampung Minangkabau. Selepas makan tengah hari, perhentian di Pandai Sikek, sebuah perkampungan yang terkenal dengan hasil tenunan dan seni mengukir kayu. Sesudah sampai di Bukittinggi, daftar masuk hotel. Makan malam di restoran halal tempatan.

Hari 2Maninjau (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke bandar untuk bersiar-siar di kawasan Bukittinggi dan melawat Grand Sianok Canyon yang terkenal dengan kecantikannya. Sebuah terowong yang dibina oleh tentera Jepun semasa perang dunia ke-2 dahulu juga dapat dilihat berdekatan dengan lokasi. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Tasik Maninjau melalui jalan yang berliku-liku untuk melihat pemandangan tasik yang cantik ini. Sesudah sampai, tetamu dibawa melawat sebuah perkampungan yang bernama Sungai Batang untuk melawat Rumah Hamka. Selepas tengah hari, pulang semula ke Bukittinggi dan aktiviti bebas dimana tetamu boleh membeli-belah di Pasar Atas. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 3Minangkabau - Padang (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa menuju ke Minangkabau untuk melawat Batusangkar. Perhentian dalam perjalanan di Tabek Patah, sebuah tempat menarik yang mempunyai pemandangan landskap yang mempersonakan. Lawatan diteruskan ke industri-rumah tempatan seperti Pisang Salai dan pengilangan kopi tradisional. Makan tengah hari di restoran halal tempatan yang dikelilingi kehijauan sawah padi dengan menu utama, ikan bakar. Kemudian, lawatan ke Istana Silindung Bulan dan Istana Pagaruyung. Destinasi seterusnya ialah menuju ke Padang dengan melalui Kampung Pariangan. Setibanya di Padang, tetamu dibawa bersiar-siar di Bandar dan melawat China Town, Old Habour, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang, dan aktiviti bebas dimana tetamu boleh membeli-belah sakan sebelum pulang ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 4Padang - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

940

955

1105

5-9

795

810

965

10-15

780

795

945

16-20

720

735

885

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Royal Denai & HW Aliga atau setaraf

Deluxe 4*

The Axana & Royal Denai atau setaraf

Luxury 5*

Grand Rocky & Hotel Mercure atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan di hotel berserta sarapan pagi
  • Jadual makan di restoran halal seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk semua tempat seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin dan ulang-alik ke lapangan terbang
  • Bekalan minuman semasa lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, snek, dan sebagainya
Galeri