4H3M Makassar – Toraja

Makassar - Muzium Balla Lompoa - Benteng Somba Opu - Makam Pangeran Diponegoro - Bantimurung
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1237

Muslim Tour
Harga serendah RM 1237
Muslim Tour
Harga serendah RM 1237

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Makassar (MT/MM)

Selepas ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, tetamu dibawa ke Toraja (perjalanan selama 7 jam). Di sepanjang perjalanan anda akan menikmati pemandangan indah seperti tepi sungai tenang dan kehijauan sawah padi. makan tengah hari di restoran halal tempatan di Pare-pare. Kita akan berhenti seketika di Puncak Lakawan & Gunung Kabobong. Daftar masuk hotel dan makan malam di hotel.

Hari 2Toraja (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa bersiar-siar di sekitar Toraja dimana tetamu boleh saksikan bagaimana masyarakat tempatan mengabdikan orang yang telah mati di tebing bukit dan gua. Nikmati suasana perkampungan yang mempersonakan. Selepas itu, tetamu dibawa ke kampung tradisional yang berdekatan. Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Kemudian, pulang semula ke Ujung Padang dan makan malam di Pare-pare. Seterusnya daftar masuk hotel di Makassar dan bermalam disana.

Hari 3Makassar (SP/MT/MM)

Sesudah sarapan pagi di hotel, lawatan ke Muzium Balla Lompoa (istana lama Kerajaan Gowa). Seterusnya, lawatan ke Benteng Somba Opu dimana tetamu dapat melihat tradisi puak Selatan Sulawesi. Selepas itu, tetamu dibawa ke Makam Pangeran Diponegoro. Lawatan diteruskan ke Fort Rotterdam. Makan malam di restoran halal tempatan.

Hari 4Makassar - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa melawat Trans Studio Makassar (tiket masuk tidak tertakluk untuk melakukan aktiviti/permainan). Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Lawatan ke Somba Opu untuk membeli cenderamata. Kemudian, bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1683

1716

1766

5-9

1343

1376

1426

10-15

1314

1347

1396

16-20

1237

1270

1319

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

The Banua Hotel atau setaraf

Superior 4*

Aerotel Makassar Hotel atau setaraf

Deluxe 5*

Mercure Regency Hotel atau setaraf

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 3 malam di hotel berserta sarapan pagi
  • Jadual makan di restoran halal seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk semua tempat seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin dan ulang-alik ke lapangan terbang
  • Bekalan minuman semasa lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, snek, dan sebagainya

Polisi Kanak-Kanak

  • Umur kanak-kana (3-12 tahun)
  • Kanak-kanak dengan katil 85% kadar harga seorang dewasa
  • Kanak-kanak tanpa katil 65% kadar harga seorang dewasa
  • Anak kecil 2 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang caj
Peta Perjalanan
Galeri