4H3M Medan – Berastagi

Medan - Istana Maimoon - Berastagi - Medan
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 650

Muslim Tour
Harga serendah RM 650
Muslim Tour
Harga serendah RM 650

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Medan - Berastagi (MT/MM)

Selepas ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, tetamu akan dijemput oleh wakil kami dan dibawa melawat ke Istana Maimoon untuk melihat Istana Sultan Deli yang dibina pada tahun 1888. Seterusnya, persinggahan di kedai batik dan saroong untuk membeli-belah sebelum bergerak ke restoran halal tempatan untuk makan tengah hari. Kemudian, tetamu dibawa menuju ke Berastagi melalui Sibolangit dan Sembahe yang akan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi. Sesudah sampai, lawatan ke Central Fruits Market untuk membeli pelbagai jenis buah-buahan tropika, sayur-sayuran, dan bunga-buga. Daftar masuk hotel di Berastagi dan makan malam di restoran halal tempatan atau di hotel.

Hari 2Berastagi - Medan (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan pulang semula ke Medan. Sesudah sampai, persinggahan di kedai cenderamata dan kedai-kedai menjual batik. Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Selepas itu, tetamu dibawa melawat Pasar Ikan Lama dan Kompleks Beli-belah Medan. Daftar masuk hotel dan makan malam di restoran halal tempatan.

Hari 3Medan (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Pasar Petisah dan Kompleks Beli-belah Medan. Jika tetamu ingin membeli barangan berjenama, tetamu boleh pergi ke Sun Plaza (Sogo) atau Plaza Medan Fair. Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Selepas itu, pulang ke hotel dan makan malam di restoran halal tempatan.

Hari 4Medan - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 4.5*/5*

2-4

865

905

1045

5-9

700

740

880

10-15

685

725

865

16-20

650

690

830

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Green Garden atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel Garuda Plaza atau setaraf

Luxury 5*

Hotel Grand Mutiara atau setaraf 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan di hotel berserta sarapan pagi
  • Jadual makan di restoran halal seperti dalam aturcara
  • Tiket masuk semua tempat seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin dan ulang-alik ke lapangan terbang
  • Bekalan minuman semasa lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, snek, dan sebagainya
Peta Perjalanan
Galeri