4H3M Siem Reap – Angkor Wat – Tonlesap

Siem Reap - Angkor Silk farm - Les Artisan d'Angkor - Cambodian cultural village - Angkor Thom - Elephant terrace & Leper King terrace - Angkor Wat temple - Bakheng Hill - Tonlesap Lake -
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 840

Muslim Tour
Harga serendah RM 840
Muslim Tour
Harga serendah RM 840

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Siem Reap (MT/MM)

Ketibaan di Lapangan Terbang Siem Reap, tetamu dibawa melawat ke Angkor Silk Farm di Puok, 16 km dari Siem Reap, pameran pembuatan sutera dan proses mengendalikannya. Pada waktu tengah hari tetamu dibawa melawat “Les Artisans d’Angkor – Chantiers Ecoles ” yang terkenal di Siem Reap dengan kerja kayu, kemahiran bertukang dan mengukir, dan bengkel polychrome. Selepas makan tengah hari, lawatan ke Cambodian Cultural Village: Sebuah perhentian menarik yang mempamerkan keunikan budaya penduduk Cambodia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan tetamu pada budaya dan sejarah penduduk Kambodia. Lawatan diteruskan ke muzium lilin yang terkenal dengan patung-patung lilin dalam sejarah. Makan malam dan bermalam di Siem Reap.

Hari 2Siem Reap - Angkor Thom - Bakheng Hill (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, bergerak ke Angkor Thom Area untuk melawat tempat-tempat menarik di sana. Antara tempat lawatan ialah Angkor Thom Temple South Gate, Bayon Temple, Baphuon Temple, Phimean Akas Temple, Elephant Terrace & Leper King Terrace, dan juga Woman and Man Pond. Sejurus itu, lawatan ke Ta-Prom Temple. Selepas makan tengah hari, perjalanan akan diteruskan ke Angkor Wat Temple – salah sebuah dari 7 binaan terhebat di dunia, dibina pada abad ke 9 – 13. Sebelum tamatkan lawatan pada hari ini, tetamu dibawa melawat Bakheng Hill untuk melihat matahari terbenam.

Hari 3Siem Reap (SP/MT/MM)

Pada waktu pagi, tetamu dibawa menaiki bot selama 1 jam setengah di Tonle Sap Lake untuk melawat kampung nelayan terapung yang lengkap dengan sekolah, hospital, restoran-restoran, pusat karaoke, ladang buaya terapung dan pasar tempatan. Selepas tengah hari, lawatan ke The Khmer Ceramic & Fine Arts Centre di Siem Reap yang didedikasikan buat kebangkitan dan penghargaan untuk hasil seni Kambodia yang hilang, tembikar, seramik, dan pinggan mangkuk. Tetamu boleh menikmati urutan tradisional Khmer selama sejam dan bergerak ke pasar tempatan. Makan malam pada hari ini akan dimeriahkan dengan Aspara Dancing Performance.

Hari 4Siem Rap - KL (SP)

Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sebelum bergerak ke lapangan terbang dan berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1220

1390

1670

5-9

1080

1240

1500

10-15

910

1080

1350

16-20

840

1010

1280

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama Hotel

Standard 3*

Monoreach Angkor atau setaraf

Deluxe 4*

Royal Empire Boutique atau setaraf

Deluxe 5*

Royal Angkor Resort atau setaraf

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan selama 3 malam di hotel dengan sarapan
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Kenderaan berhawa dingin dengan perjalanan pergi-balik ke lapangan terbang
  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris
  • Semua bayaran masuk
  • Bekalan minuman sepanjang lawatan
  • Urutan tradisional Khmer selama sejam

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Perbelanjaan lain seperti minuman ringan, dobi, dan sebagainya

Polisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak tanpa katil = 25% daripada harga seorang dewasa
  • Kanak-kanak berkatil tiada diskaun

Makluman Penting

  • Pengunjung perlu memakai pakaian yang sesuai (tidak memakai pakaian tanpa lengan baju, seluar pendek & bermuda) semasa melawati tempat-tempat tertentu seperti Royal Palace & Silver Pagoda sebagai tanda hormat.
Peta Perjalanan

Galeri