4H3M Phuket – Phang Nga – Phi Phi

Phuket - Phang Nga Bay - Phi Phi
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 845

Muslim Tour
Harga serendah RM 845
Muslim Tour
Harga serendah RM 845

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1KL - Phuket (MM)

Setibanya di lapangan terbang, tetamu akan dijemput oleh wakil kami dan dibawa bersiar-siar di bandar Phuket. Lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Chino-Portuguese Style Building of Phuket, Taman Saphan Hin, Cashew Nut Factory, Gems Factory, dan Bird Nest Shop. Seterusnya, lawatan ke Kuil Wat Chalong yang terkenal akan sejarah dan lagendanya yang tersendiri. Kemudian, tetamu boleh menikmati pemandangan pantai yang cantik di Pantai Kata dan melakukan aktiviti renang. Makan tengah hari di restoran tempatan, kemudian daftar masuk hotel. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 2Phuket Phang Nga Bay (SP/MT/MM)

Selepas menikmati sarapan pagi, tetamu akan dibawa menerokai Phang Nga Bay dengan menaiki bot. Lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Pulau James Bond, Thum Lod, Dog Mountain, Elephant Mountain, dan Koh Panyee, sebuah perkampungan muslim yang dibina di atas jangkungan di laut. Makan tengah hari di Pulau Panyee dan pulang semula ke Pantai Patong. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 3Phuket - Phi Phi (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan menuju ke Pulau Phi Phi dengan menaiki bot. Tetamu berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik di pulau ini seperti aktiviti renang dan snorkeling. Bot juga akan melalui Gua Viking. Makan tengah hari di restoran tempatan dan pulang semula ke Pantai Patong. Makan malam di restoran tempatan.

hari 4Phuket - KL (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Standard 3+*

Deluxe 4*

10

935

1030

1225

15

910

1000

1180

20

890

980

1165

25

875

965

1145

30

865

945

1085

35

845

930

1065

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hemingway’s Silk atau setaraf

Standard 3+*

Amarta Patong atau setaraf

Deluxe 4*

Sawadee Patong atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan selama 3 malam di hotel berserta sarapan pagi
  • Pengangkutan darat berhawa dingin ulang-alik ke lapangan terbang
  • Air minuman sepanjang perjalanan
  • Jadual makan seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan pergi dan balik hotel mengikut aturcara
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan seperti dalam aturcara
  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, dobi, dan sebagainya
Peta Perjalanan
Galeri