5H3M TOKYO + MT. FUJI + CHERRY BLOSSOM

Haneda - Kawazu - Mt Fuji - Izu - Tokyo - Narita
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 5,390

Saksikan keindahan musim bunga di Izu!
Harga tidak termasuk tiket penerbangan RM 5,790
Saksikan keindahan musim bunga di Izu!
Harga tidak termasuk tiket penerbangan RM 5,790

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Haneda, Jepun melalui Hong Kong.

Hari 2HANEDA – KAWAZU – MT FUJI (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Haneda, tetamu dijemput oleh pemandu pelancong. Meneruskan perjalanan ke Kawazu Sakura untuk menikmati keindahan bunga sakura yang mekar awal di luar Kawasan Tokyo. Terdapat lebih dari 8,000 pokok ceri yang mengeluarkan bunga ceri berwarna pink semasa festival bunga diadakan. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 3IZU – MT FUJI - TOKYO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Mt. Fuji, tetamu berpeluang untuk merasai kawasan sejuk serta bersalji di sekitar gunung Mt Fuji dan di beri masa untuk bermain salji. Kemudian tetamu akan dibawa makan tengahari dan meneruskan lawatan ke Gotemba Premium Outlet. Gotemba Premium Outlet adalah pusat membeli-belah yang terletak di Gotemba, Shizuoka, Jepun, berhampiran Gunung Fuji. Ia mengandungi lebih daripada 200 kedai. Tetamu juga akan menunaikan solat di surau Gotemba Premium Outlet. Seterusnya, tetamu akan bertolak ke Tokyo. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 4TOKYO - NARITA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa ke Asakusa Kaminarimon – Nakamise Street. Nakamise Street terletak lebih kurang 250 meter dari Kaminarimon ke kawasan utama Kuil Sensoji . Ia dipenuhi oleh lebih daripada 50 kedai, yang menawarkan kepakaran tempatan dan pelbagai cenderahati pelancongan yang biasa. Seterusnya, bertolak ke Skytree dan ia adalah penyiaran, restoran, dan menara pemerhatian di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur tertinggi di Jepun, dan tetamu juga boleh bergambar. Makan tengahari dan solat di Tokyo Camii Mosque. Meneruskan lawatan ke Shibuya Crossing dimana ianya persimpangan paling sibuk di dunia berhadapan dengan stesen Shibuya dan lawatan ke Tokyo Tower. Menara Tokyo adalah menara komunikasi dan pemerhatian di daerah Shiba-koen di Minato, Tokyo, Jepun. Pada 332.9 meter, ia adalah struktur tertinggi kedua di Jepun. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 5NARITA – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Tetamu bertolak ke Lapangan Terbang Narita untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
KA 734 KUL HKG 1755 2150
KA 396 HKG HND 2355 0455+1
CX 543 NRT HKG 1045 1500
KA 729 HKG KUL 1600 2000

Tarikh

19 Feb 2019

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Izu 3* Hotel Fujihakone Land atau setaraf
Tokyo 3* Hotel Lumiere Nishikasai atau setaraf
Narita 3* Hotel Marroad International atau setaraf

 

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Iyashi no Sato.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri