5H4M Guangzhou – Shenzhen

Guangzhou - Shenzhen - Taman Gunung Lotus - Muzium Mineral - Masjid Shang Mei Lin - Shenzhen Special Economic Zone 30 Anniversary Park - kedai sutera - Dong Men Shopping Street - market Lao Hu - Red Forest Seaside Park - Taman Yue Xiu - pusat pembakaran krim - kedai karbon buluh - Beijing Shopping Road - Dr. Sun Yet-Sen’s Memorial Hall - kilang jed - Masjid Guang Ta - Market pakaian Bai Ma - market elektronik Han Yin Qiao
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1330

Muslim Tour
Harga serendah RM 1330
Muslim Tour
Harga serendah RM 1330

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Guangzhou - Shenzhen (MM)

Setibanya lapangan terbang Guangzhou Bai Yun, tetamu bertolak ke Shenzhen dengan menaiki bas. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.

Hari 2Shenzhen (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Taman Gunung Lotus; sebuah kawasan lapang dengan rumput hijau yang terletak di cerun Gunung Lotus. Di puncak gunung terdapat sebuah Patung Gangsa Deng Xiaopeng demi memperingati kebijaksanaan dan kehebatannya semasa membangunkan China. Singgah sebentar di Muzium Mineral sebelum makan tengah hari di restoran tempatan. Solat di Masjid Shang Mei Lin yang merupakan satu-satunya masjid di Shenzhen. Tetamu kemudiannya dibawa melawat Shenzhen Special Economic Zone 30 Anniversary Park. Selain melawat kedai sutera, tetamu turut berpeluang membeli-belah di Dong Men Shopping Streetmarket Lao Hu. Makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel.

Hari 3Shenzhen - Guangzhou (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Tetamu dibawa ke Red Forest Seaside Park yang terletak di Teluk Shenzhen serta merupakan tempat terbaik untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Bertolak balik ke Guangzhou dengan menaiki bas dan makan tengah hari di sana. Lawatan diteruskan di Taman Yue Xiu; taman terbesar di pusat bandar yang terletak di Gunung Xiu dengan keluasan 213 ekar. Taman ini terdiri daripada tujuh bukit dan tiga tasik buatan manusia. Selain itu, tarikan terkenalnya ialah Five Ram Sculpture di mana seluruh patung diukir 130 keping marmar, dengan ketinggian lebih daripada 10 meter. Kemudian, tetamu dibawa melawat dan membeli-belah di pusat pembakaran krim, kedai karbon buluh dan juga di Beijing Shopping Road. Makan malam di restoran tempatan dan dan bergerak ke hotel unutk daftar masuk.

Hari 4Guangzhou (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Dr. Sun Yet-Sen’s Memorial Hall yang terletak di Jalan Dongfeng Zhong Lu. Dewan ini dibina pada tahun 1931 bagi memperingati Dr. Sun Yet-Sen yang merupakan perintis Negara China dan juga pengasas Republik China. Singgah sebentar di kedai jed. Makan tengah hari di restoran tempatan dan solat di Masjid Guang Ta; salah satu masjid tertua di China. Di situ terdapat sebuah makam berhampiran yang dibina bagi memperingati sumbangan Saad Bin Abi Waqas terhadap Islam di China. Seterusnya, tetamu berpeluang membeli-belah di market pakaian Bai Ma dan di market elektronik Han Yin Qiao. Makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 5Guangzhou - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

2-4

N/A

5-9

1920

10-15

1750

16-20

1330

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3* 

Hotel Long Zhou atau setaraf

Hotel FX atau setaraf

 

 

 

 

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 4 malam di hotel dengan sarapan
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Bas peribadi berhawa dingin
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Indonesia
  • Semua bayaran masuk seperti jadual

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik dan cukai
  • Lawatan tambahan dan insurans perjalanan
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu: RM15/pax/hari
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi, cenderamata dan sebagaimya

Polisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak (3-17 tahun) berkatil = 100% harga dewasa
  • Kanak-kanak (3-17 tahun) tanpa katil = 75% daripada harga dewasa
Peta Perjalanan

Galeri