5H4M Ho Chi Minh Shopping

Ho Chi Minh - Old Post Office - Hundreds Years Red Catheral - People’s Committee Hall - French Opera House - Terowong Cu Chi - Lacquer - masjid Ar-Rahim - Mekong - Hard Rock cafe - Ben Thanh market - Reunification Palace - Donh Khoi street - Saigon Square center
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1065

Muslim Tour
Harga serendah RM 1065
Muslim Tour
Harga serendah RM 1065

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1KL - Ho Chi Minh (MM)

Selepas ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, tetamu akan disambut oleh wakil kami untuk ke hotel. Tetamu akan dibawa bersiar-siar di pusat bandar Ho Chi Minh: Hundreds Tears Red Catheral, Old Post Office, People’s Committee Hall, French Opera House, membeli belah di Saigon Square Center. Tetamu akan makan malam di Restoran Halal Saigon dan bermalam di Ho Chi Minh.

Hari 2Ho CHi Minh - Chu Chi (SP/MT/MM)

Sesudah bersarapan di hotel tetamu akan bergerak ke Cu Chi dengan menggunakan terowong lebih 200km, ia menjadi tempat perlindungan semasa perang gerila menentang pasukan tentera Amerika suatu ketika dahulu. Tetamu akan pulang semula ke Ho Chi Minh untuk makan tengah hari. Kemudian, tetamu akan melawat Kilang Lacquer yang terkenal dan kedai kraftangan. Seterusnya, tetamu akan melawat Ar-Rahim Mosque yang dibina pada tahun 1885 oleh Indonesia Muslim. Lebih daripada 200 orang pengunjung datang berdoa di masjid ini. Masjid Mulsuman pula merupakan masjid paling sesak di Saigon, ia dibina pada tahun 1935 oleh India Muslim. Tetamu akan makan malam di Restoran Halal Saigon dan bermalam di Ho Chi Minh.

Hari 3Ho Chi Minh - Mekong (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan bergerak ke My Tho. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam ini akan bawa tetamu ke pinggir bandar yang berwarna-warni dan meriah dengan hijau sawah padi. Sesudah ketibaan, tetamu akan menaiki bot ke Sungai Mekong untuk ke pulau kecil Thoi Son dan menikmati buah-buahan bermusim, gula-gula kelapa, teh madu longan, menikmati lagu-lagu rakyat rakyat tradisional, melawat kehidupan tempatan dan tawar-menawar di kedai kraftangan. Tetamu akan dapat merasai pengalaman menaiki sampan dengan penuh cabaran dalam melalui anak-anak sungai teduhan sawit. Kita akan makan tengah hari di Restoran Halal tempatan dan kembali ke Bandar Ho Chi Minh pada sebelah petang. Seterusnya, tetamu akan melawat ke Hard Rock Café dan berhenti di Pasar Ben Tanh untuk membeli barang yang berkualiti seperti telekung, baju kurung, jubah, dan sebagainya pada harga yang berpatutan. Tetamu akan makan malam di Restoran Halal Saigon.

Hari 4Bandar Ho Chin Minh & Shopping (SP)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan melawat Reunification Palace, membeli-belah di Donh Khoi Street & Saigon Square Center. Selepas makan tengah hari, tetamu akan membeli-belah di Binh Tay Market. Makan malam di Restoran Halal tempatan dan bermalam di Ho Chi Minh.

Hari 5Ho Chi Minh - KL (SP)

Selepas sarapan pagi, tetamu boleh berehat dan melakukan aktiviti bebas sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 4.5*

2-4

1790

2100

2225

5-9

1540

1845

1970

10-15

1280

1590

1715

16-20

1065

1375

1500

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

3 Stars

Hotel Blessing 1 atau setaraf

4 Stars

Hotel Golden Central atau setaraf

4 Stars +

A&EM Corner Saigon atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik.  

Perlepasan

Sepanjang Tahun 

Harga Termasuk
  • Makanan full board
  • Pemandu Pelancong
  • Minuman sambutan setibanya di hotel
  • Lawatan dan makanan seperti jadual
  • Kenderaan berhawa dingin
  • Bekalan minuman sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris

Polisi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah boleh berkongsi bilik bersama penjaga tanpa caj
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh berkongsi bilik dengan seorang dewasa dengan caj sebanyak 90%
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh berkongsi bilik dengan penjaga dengan katil lebih dengan caj 65%
  • Kanak-kanak di bawak umur 12 tahun boleh berkongsi bilik dengan penjaga tanpa katil lebih dengan caj 55%
Galeri