5H4M Ho Chi Minh – Cu Chi – Mekong

Ho Chi Minh - Notre Dame Cathedral - pejabat pos lama - Hotel De Ville - Rumah Opera lama - Istana Penyatuan - muzium kesan perang - Terowong Cu Chi - Masjid Al-Jamjlam - My Tho - Sungai Mekong - market Ben Thanh - Big market - Masjid Cho Lon - perkampungan Muslim Duong Ba Trac - Saigon Square - kedai Vi Ahn - Hard Rock cafe - pusat cukai
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1065

Muslim Tour
Harga serendah RM 1065
Muslim Tour
Harga serendah RM 1065

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (MM)

Setibanya di lapangan terbang Tan Son Nhat, tetamu dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar bandar Ho Chi Minh. Antaranya ialah Notre Dame Cathedral; ditubuhkan oleh penjajah Perancis dan mempunyai dua menara loceng mencapai ketinggian 58 meter, pejabat pos lama, Hotel De Ville dan Rumah Opera lama di mana keduanya hanya boleh dilihat dari luar. Solat di Masjid Al-Rahim dan bertolak ke hotel untuk daftar masuk.

Hari 2Ho Chi Minh - Terowong Cu Chi (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan di Istana Penyatuan; rumah dan tempat kerja Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam yang merupakan tapak akhir Perang Vietnam semasa kejatuhan Saigon apabila kereta kebal askar Utara Vietnam merempuh pintu gerbangnya, dan muzium kesan perang. Kemudian, tetamu dibawa ke terowong Cu Chi; panjangnya lebih 200 km yang digunakan untuk menjadi tempat perlindungan gerila semasa perang menentang tentera Amerika. Solat di Masjid Al-Jamjlam. Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan sebelum pulang ke hotel.

Hari 3Ho Chi Minh - My Tho/Mekong Delta (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu dibawa ke My Tho di mana tetamu berpeluang menyaksikan sawah padi dan pinggir yang berwarna-warni sepanjang 2 jam perjalanan. Sejurus ketibaan, tetamu menaiki bot untuk ke Sungai Mekong; sungai ke-12 terpanjang di dunia, serta menikmati teh madu, air dan gula-gula kelapa. Kemudian, bertolak balik ke Ho Chi Minh dan solat di Masjid Al-Jamjlam. Tetamu diberi peluang untuk membeli-belah di market Ben Thanh sebelum kembali ke hotel. Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.

Hari 4Ho Chi Minh (Membeli-belah) (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Pada waktu pagi tetamu dibawa membeli-belah di Big Market, Masjid Cho Lon dan market Ben Thanh yang merupakan pusat kraftangan terkenal. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian ke perkampungan Muslim Duong Ba Trac; diketuai oleh Imam Ajim Masjid Dong Du di mana tetamu boleh mendapatkan pakaian tradisional Malaysia. Tetamu seterusnya berpeluang membeli-belah di Saigon Square Center, kedai Vi Anh, Hard Rock cafe, dan juga di pusat cukai. Solat di Masjid Muslim sebelum makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 5Ho Chi Minh - Kuala Lumpur (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Tetamu diberi waktu bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 4.5*

2-4

1790

2100

2225

5-9

1540

1845

1970

10-15

1280

1590

1715

16-20

1065

1375

1500

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Vien Dong atau setaraf

Deluxe 4* 

Hotel Golden Central atau setaraf

Deluxe 4+*

 A&EM Corner Saigon atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 4 malam di hotel dengan sarapan
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Cina
  • Bayaran masuk
  • Tisu dan air mineral 1 botol/pax/hari

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Insurans perjalanan dan lawatan tambahan
  • Perbelanjaan peribadi seperti telefon, dobi, cenderamata, dan sebgainya
Peta Perjalanan

Galeri