5H4M HONG KONG + DISNEYLAND + SHENZEN

Hong Kong - Disneyland - Shenzen
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 3,590

Percutian Riang-ria Seisi Keluarga!
Harga serendah RM 3,790
Percutian Riang-ria Seisi Keluarga!
Harga serendah RM 3,790

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG (MM)

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Hong Kong. Setibanya di sana, bertemu pemandu pelancong dan kemudian tetamu akan dibawa ke kawasan yang cukup popular di kalangan wanita untuk membeli pakaian dan kelengkapan fesyen terkini dengan harga yang lumayan murah iaitu di Ladies Market yang sepanjang 1km di kawasan Tung Choi Street. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2HONG KONG - DISNEYLAND (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa untuk berhibur bersama keluarga di Hong Kong Disneyland. Tiada yang lebih menarik lagi saat anda sekeluarga boleh menemui dan bergambar dengan ikon kanak-kanak Mickey Mouse dan rakan-rakannya di Main Street USA, Woody dan Buzz Lightyear di Toy Story Land ataupun bertemu Iron Man di Tomorrowlands. Banyak permainan dan ‘ride’ yang terdapat di sini dan setiap peringkat umur pasti akan menemui sesuatu yang sesuai untuk mereka. Makan tengahari dan solat di dalam resort. Saat terindah pastinya ketika menonton pertunjukan bunga api di Sleeping Beauty Castle sebelum taman ini ditutup. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 3HONG KONG – SHENZEN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Aberdeen Harbour, lokasi pertama British menjejakkan kaki mereka di sini, di mana tetamu akan dibawa melihat budaya kehidupan asal penduduk Hong Kong di Aberdeen Floating Village. Tetamu akan dibawa menaiki sampan menyusuri sungai dan akan dapat menyelami kehidupan seharian kebanyakan penduduk di sini yang hidup sebagai nelayan dan tinggal di dalam rumah terapung. Kemudian tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar kotaraya Hong Kong, antaranya melihat pemandangan panorama indah kotaraya Hong Kong dan kepulauan sekitarnya dari puncak tertinggi di sini, Victoria Peak yang juga dipanggil dengan nama Mt. Austin. Di sini juga boleh membeli sendiri tiket masuk untuk melawat Madame Tussauds yang menampilkan patung lilin ramai selebriti Hong Kong dan antarabangsa. Seterusnya tetamu dibawa ke kawasan Victoria Harbour untuk bergambar dan melawat Garden of Stars yang menempatkan arca bintang Hong Kong seperti Bruce Lee dan Anita Mui, di samping cap tangan 20 orang bintang dan lukisan mural dari filem-filem klasik Hong Kong. Makan tengahari dan bersolat di Kowloon Masjid and Islamic Centre yang pertama kali dibina pada tahun 1896 sebelum berpindah ke tapak yang sekarang pada tahun 1984. Membeli-belah di Jewellery Shop dan Herbs Shop sebelum bertolak menuju ke Shenzen, makan malam di restoran dan daftar masuk ke hotel.

Hari 4SHENZEN (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat ke Mineral Museum dan Herbal Burning Centre. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat ke sebuah taman yang menempatkan beratus miniatur replika bangunan dan binaan ternama di seluruh dunia, Windows of The World. Antara tarikan utama di sini adalah Eiffel Tower Paris, Acropolis Athens, Leaning Tower Pisa, Colosseum Rome, Piramid Mesir, Taj Mahal Agra malahan Merlion Singapura pun ada. Makan tengahari dan solat di Shenzen Mosque. Kemudian tetamu akan dibawa untuk membeli-belah di Bamboo Charcoal Market dan juga ke Dutch Flower Town yang terkenal sebagai tempat membeli bunga dan sangat sesuai sebagai tempat istirehat dan berfoto dengan bangunannya yang berwarna-warni seperti di Amsterdam. Akhirnya tetamu akan dibawa membeli-belah di Luohu Commercial City yang setinggi 5 tingkat dan menjual pelbagai jenis barangan, pakaian dan aksesori buatan China pada harga yang tersangatlah berpatutan. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 5SHENZEN – HONG KONG – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa untuk membeli-belah saat akhir di kawasan komersil bandar ini sejak 300 tahun yang lepas, Dongmen Pedestrian Street. Ada kedai dan butik yang menjual pakaian secara borong da nada yang secara pukal. Ada yang tiruan da nada juga butik yang berjenama. Kesemuanya ada untuk anda pilih di sini. Makan tengahari dan bertolak menuju ke Lapangan Terbang Hong Kong untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tetamu akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Airlines From Timing To Timing
KA 730 KUL 0855 HKG 1305
KA 729 HKG 1605 KUL 1955

 

Tarikh

28 Nov | 5, 18 Dis 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Hong Kong 4* Newton Palace Hotel atau setaraf
Shenzen 4* Century Plaza Hotel atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Disneyland dan Windows of The World.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri