5H4M Jogjakarta

Jogjakarta - Borobudur - Kaliadem Village - Gunung Merapi - Sultan Palace - Water Castle - Kotagede Silver Village - Kasongan Pottery Village - Pulau Parangtritis - Kuil Prambanan
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1145

Muslim Tour
Harga serendah RM 1145
Muslim Tour
Harga serendah RM 1145

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Kuala Lumpur - Jogjakarta (MM)

Setibanya di lapangan terbang, tetamu akan dijemput oleh wakil kami dan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari. Tetamu akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan makan malam di restoran tempatan.

Hari 2Mount Merapi - Borobudur (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke Borobudur untuk melihat kuil terbesar berukuran 123×123 meter yang dibina oleh Raja Samaratungga, raja yang memerintah Kerajaan Mataram terdiri daripada kerabat dinasti Syailendra. Kemudian, lawatan diteruskan ke Candi Mendut (Kuil Mendut) yang lebih tua dari Candi Borobudur di mana terdapat kisah kanak-kanak tersemat di dindingnya. Selepas itu, lawatan dilanjutkan ke Candi Pawon (Kuil Pawon) yang menjadi tempat meyimpan senjata-senjata Raja Indira. Sejurus itu, lawatan ke Kaliadem/Ketep Pass untuk melihat kecantikan Gunung Merapi.

Hari 3Pulau Parangtritis (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Sultan Palace tarikan utama di Jogjakarta dimana ia masih mengamalkan adat resam seperti zaman dahulu. Kemudian, tetamu akan dibawa ke Water Castle, sebuah tempat perindustrian batik dan Kotagede Silver Village. Lawatan dilanjutkan ke Kasongan Pottery Village dan seterusnya ke Pantai Parangtritis untuk melihat keindahan matahari terbenam.

Hari 4Kuil Prambanan - Tebing Breksi (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Kuil Prambanan yang mempamerkan seni bina indah yang dibina pada abad ke-10 semasa pemerintahan 2 raja yang bernama Rakai Pikatan dan Rakai Balitung. Selepas itu, tetamu akan dibawa melawat Kotagede dan Bukit Breksi, tarikan baru yang popular di Jogjakarta yang mempunyai pemandangan indah berserta landskap yang cantik. Dari puncak Breksi, pengunjung boleh melihat Candi Prambanan, Candi Sajiwan, dan Candi Barong. Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.

Hari 5Jogjakarta - KL (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1485

1685

2100

5-9

1275

1475

1890

10-15

1180

1380

1795

16-20

1145

1345

1760

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Hom Platinum atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel Jogjakarta Plaza atau setaraf

Luxury 5*

Hotel Melia Purosani atau setaraf 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Penginapan 4 malam di hotel
  • Makan tengah hari dan makan malam seperti jadual
  • Pengangkutan peribadi berhawa dingin dan ulang-alik ke lapangan terbang
  • Bayaran masuk dan parkir
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu
  • Bekalan minuman semasa lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu

Polisi Kanak-Kanak

    Makluman Penting

      Peta Perjalanan
      Galeri
      Video
      Reviu