5H4M Meluncur Ski Di Korea

Seoul - Nami Island - Ski Resort
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 3290

Ke Nami Island dan Meluncur Ski
Harga serendah RM 3290
Ke Nami Island dan Meluncur Ski
Harga serendah RM 3290

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - SEOUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk penerbangan terus ke Incheon. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon peserta akan disambut dengan wakil kami. Peserta akan di bawa melawat ke Istana Gyeongbok: Istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. Muzium Rakyat Kebangsaan dan Rumah Biru Presiden merupakan kediaman rasmi Presiden Korea. Kemudian peserta akan di bawa ke Seaweed Museum dan kelas membuat kimchi untuk pelajari cara membuat kimchi. Di situ juga peserta berpeluang untuk mencuba dan bergambar dengan pakaian tradisional korea, Han bok. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2SEOUL - NAMI ISLAND - SKI RESORT

Sarapan pagi di hotel. Teruskan perjalanan ke Pulau Nami (2jam perjalanan). Peserta berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang jalan dengan pokok- pokok yang indah yang juga merupakan tempat di mana Drama Korea yang terkenal “Winter Sonata” di filemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum meneruskan lawatan ke Ski Hill Resort. Peralatan sewa pada perbelanjaan sendiri. Daftar masuk di Ski Resort dan bermalam di resort.

Hari 3SEOUL - LOTTE WORLD

Selepas sarapan pagi di hotel, teruskan perjalanan ke Seoul untuk ke Taman Tema Lotte World. Peserta berpeluang menikmati taman tema dengan tiket masuk percuma. Kemudian di waktu petang, peserta di beri masa untuk membeli-belah di pasar Dongdaemun. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 4SEOUL SHOPPING TOUR

Sarapan pagi di hotel. Kemudian peserta akan di bawa ke Hanok Village untuk mengenali tempat tinggal orang Korea pada zaman dahulu. Beli belah di Pine Tree Centre, Amethyst Factory, Pusat Ginseng Nasional dan terus ke kedai kosmetik Korea. Selepas makan tengah hari dan solat, peserta akan di bawa ke gedung bebas cukai Donghwa sebelum terus ke pasar Namdaemun dan Myeong-dong iaitu syurga membeli belah di Seoul. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 5SEOUL – HONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan peserta akan di bawa ke kedai bebas cukai produk Korea sebelum ke ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHTS DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
D7 506 KUL ICN 0050 0820
D7 505 ICN KUL 1555 2140

 

Tarikh

20 Januari 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Seoul 3* Prime In Hotel
Ski Resort 3* I-Park Resort

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam di hotel 4* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Everland Theme Park, Gyeongbok Palace, Bibap Show dan 3D Trick Eye Museum.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri