5H4M Padang Minangkabau

Bukittinggi - Minangkabau - Maninjau - Bukittinggi - Padang
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 890

Muslim Tour
Harga serendah RM 890
Muslim Tour
Harga serendah RM 890

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Bukit Tinggi (MT/MM)

Selepas ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, tetamu dibawa menuju ke Bukittinggi melalui Lembah Anai dan membuat perhentian di air terjun Anai dan Kampung Minangkabau. Selepas makan tengah hari, perhentian di Pandai Sikek, sebuah perkampungan yang terkenal dengan hasil tenunan dan seni mengukir kayu. Sesudah sampai di Bukittinggi, daftar masuk hotel. Makan malam di restoran halal tempatan.

Hari 2Minangkabau (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa menuju ke Minangkabau untuk melawat Batusangkar. Perhentian dalam perjalanan di Tabek Patah, sebuah tempat menarik yang mempunyai pemandangan landskap yang mempersonakan. Lawatan diteruskan ke industri-rumah tempatan seperti Pisang Salai dan pengilangan kopi tradisional. Makan tengah hari di restoran halal tempatan yang dikelilingi kehijauan sawah padi dengan menu utama, ikan bakar. Kemudian, lawatan ke Istana Silindung Bulan dan Istana Pagaruyung. Destinasi seterusnya ialah menuju ke Padang dengan melalui Kampung Pariangan. Setibanya di Padang, tetamu dibawa bersiar-siar di Bandar dan melawat China Town, Old Habour, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang, dan aktiviti bebas dimana tetamu boleh membeli-belah sakan sebelum pulang ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 3Maninjau (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke bandar untuk bersiar-siar di kawasan Bukittinggi dan melawat Grand Sianok Canyon yang terkenal dengan kecantikannya. Sebuah terowong Jepun yang ditinggalkan dari zaman perang dunia ke-2 dahulu dapat dilihat berhampiran dengan lokasi. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Tasik Maninjau melalui jalan yang berliku-liku untuk melihat pemandangan tasik yang cantik ini. Sesudah sampai, tetamu dibawa melawat sebuah perkampungan yang bernama Sungai Batang untuk melawat Rumah Hamka. Selepas tengah hari, pulang semula ke Bukittinggi dan aktiviti bebas dimana tetamu boleh membeli-belah di Pasar Atas. Makan malam di restoran tempatan.

Hari 4Bukittinggi (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa melawat China Town, Old Habour, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang, dan aktiviti bebas dimana tetamu boleh membeli-belah sakan di pasar-pasar yang menjual pelbagai aneka barangan. Makan malam di restoran halal tempatan.

Hari 5Padang - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1150

1165

1375

5-9

970

985

1190

10-15

955

970

1175

16-20

890

905

1095

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Royal Denai atau setaraf

Hotel HW Aliga atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel The Axana atau setaraf

Hotel Royal Denai atau setaraf

Luxury 5*

Hotel Grand Rocky atau setaraf

Hotel Mercure atau setaraf

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Pengankutan disediakan seperti dalam aturcara
  • Makanan halal seperti dalam aturcara
  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Melayu atau Inggeris
  • Bayaran tol, parkir kereta, dan tiket masuk seperti dalam aturcara

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman ringan, dobi, dan sebagainya
Peta Perjalanan
Galeri