5H4M Siem Reap – Phnom Penh

Siem Reap - D'Angkor - Wat Thmey/Killing Field - Wat Memorial Mountain - The South Gate of Angkor Thom - Thommanan - Chaosay Tevoda - Ta keo - Angkor Wat - Bukit Bakeng - Royal Palace - Silver Agoda - Wat Phnom - Central Market - Night & Pub Street - Phnom Penh
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 1290

Price
Harga serendah RM 1290
Price
Harga serendah RM 1290

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Siem Reap (MT/MM)

Selepas ketibaan di lapangan terbang, tetamu dibawa melawat ke Utara Baray dan Ladang Sutera. Kemudian, lawatan ke Les Artisans D’Angkor, sebuah sekolah seni. Seterusnya, tetamu dibawa melawat tempat bersejarah seperti Killing Field of Wat Thmei di mana tempat rakyat-rakyat Kambodia dibunuh semasa rejim Khmer Rogue memerintah Kambodia. Kemudian, tetamu boleh membeli-belah di perhentian seterusnya di Night Market dan bermalam di Siem Reap selama 2 malam.

Hari 2Siem Reap - Angkor Wat (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa melawat ke The South Gate of Angkor Thom: Kuil Bayon, The Royal Enclosure, Phimeanaka, Elephant and Leper King Terrace. Kemudian, lawatan ke Ta Promh dan makan tengah hari di restoran halal tempatan. Lawatan diteruskan ke Thommanan, Chaosay Tevoda, Ta Keo dan warisan dunia, Angkor Wat, salah satu dari 7 keajaiban dunia. Akhir lawatan, tetamu dibawa ke Bukit Bakeng untuk melihat matahari terbenam. Makan malam buffet di Apsara Show. Selepas makan malam, tetamu boleh menikmati urutan kaki dan badan selama satu jam sebelum pulang ke hotel.

Hari 3Siem Reap - Phnom Penh (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, bergerak ke Phnom Penh dengan menaiki bas. Sesudah sampai di Phnom Penh, tetamu boleh menikmati makanan halal di restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke Royal Palace, Silver Agoda, dan Wat Phnom. Selepas itu, tetamu dibawa membeli-belah di Central Market. Makan malam di restoran halal tempatan dan pindah ke hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Phnom Penh.

Hari 4Phnom Penh (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa melawat ke Killing Fields. Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Lawatan diteruskan ke Independence Monument & Victoria Monument. Kamudian, tetamu dibawa melawat Toul Leng Genocide Museum. Selepas itu, pergi membeli-belah di Russian Market dan menaiki bot ke Mekong River untuk melihat matahari terbenam. Makan malam di restoran halal tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 5Phnom Penh - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang.

Harga Pakej

SEBUT HARGA (RM – Harga Dewasa Berdua/Bertiga)

Saiz Kumpulan

Standard 3*

Deluxe 4*

Luxury 5*

2-4

1705

1820

2530

5-9

1545

1675

2275

10-15

1385

1510

2205

16-20

1290

1405

2145

*Bilik seorang akan dikenakan caj tambahan

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Salita atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel Angkor Riviera atau setaraf

Luxury 5*

            Hotel Naga World atau setaraf

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Makanan fullboard
  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris
  • Tiket masuk untuk semua tempat seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan berpenghawa dingin dan penghataran pergi dan pulang dari lapangan terbang
  • Penginapan selama 4 malam di hotel
  • Bekalan minuman sepanjang perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Aktiviti sukan air
Peta Perjalanan
Galeri