5H4M Perth Menawan

Perth - Fremantle - Mandurah
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM4790

RM 5090

Termasuk Dolphin Discovery Cruise di Mandurah!
Harga serendah RM 5090
Termasuk Dolphin Discovery Cruise di Mandurah!
Harga serendah RM 5090

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – PERTH (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Perth, Australia. Setibanya di Lapangan Terbang Perth, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong dan di bawa untuk makan malam dan terus masuk ke hotel.

Hari 2PERTH – FREMANTLE - PERTH (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan di sekitar Barrack Arch, Parliament House, Bell Tower, Perth Mint dan Lake Monger. Peserta juga berpeluang bergambar di Kings Park yang merupakan taman dalam bandar yang terbesar di dunia dengan berkeluasan 4.06 km persegi. Peserta juga dapat menikmati pemandangan yang menarik di Swan River. Seterusnya peserta di bawa ke Masjid Perth yang merupakan masjid tertua yang terletak di William Street. Bertolak ke Fremantle dengan menaiki Swan River Cruise sambil menikmati pemandangan Swan River. Di Fremantle, makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya lawatan di sekitar bandar Fremantle seperti Monument Hill yang terdapat tugu peringatan mangsa-mangsa perang dahulu. Round House adalah bangunan tertua yang pertama dibina pada akhir tahun 1830 dan dibuka pada tahun 1831 di Cappuccino Street. Kemudian peserta di bawa membeli belah di Fremantle Market yang terdapat lebih 150 kedai kraftangan, pereka fesyen, dan makanan. E Shed Market pula merupakan sebuah pasaraya yang dikunjungi ketika hujung minggu. Kembali ke Perth dan makan malam.

Hari 3PERTH – CAVERSHAM – PERTH (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian peserta di bawa melawat ke Golden Grove Fruit Orchard yang merupakan ladang buah-buahan sitrus. Peserta dapat menikmati buah yang segar dari lading. Kemudian melawat ke Caversham Wildlife Park dan peserta berpeluang untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan di taman ini. Antaranya ialah Kangaroo, Koala, Cassowary, Black Swan dan banyak lagi haiwan yang tidak terdapat di negara kita. Peserta juga berpeluang menyaksikan secara live Farm Show bagaimana untuk mencukur bulu kambing biri-biri dan kegunaannya. Selepas makan tengahari, peserta di bawa melawat ke Chocolate Factory dan Noughat Factory, peserta boleh membeli cokelat yang untuk di bawa pulang ke Malaysia. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 4PERTH – MANDURAH – PERTH (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Mandurah. Setibanya di Mandurah, peserta akan di bawa menaiki kapal persiaran untuk menyaksikan Bottlenose dolphin – Dolphin Discovery Cruise. Selepas makan tengahari, bertolak kembali ke Perth. Setibanya di Perth, tetamu di bawa membeli belah di Watertown Brand Outlet Centre yang sebelum ini dikenali sebagai “Harbour Town Shopping Centre” yang terdapat pelbagai barang-barang berjenama untuk di bawa balik. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 5PERTH – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Perth untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

** Kempen HARI DATUK DAN NENEK hanya sah sehingga 15 Oktober 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

Airlines

From

Timing

To

Timing

OD 151

KUL

0825

PER

1410

OD 152

PER

1500

KUL

2055

Tarikh

13 Mac 2018

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Perth

3*

Comfort Goodearth

 

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Urusan visa memasuki Perth.
  • Tiket menaiki Swan River Cruise dari Perth ke Fremantle.
  • Tiket menaiki Dolphin Discovery Cruise di Mandurah.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Caversham Wildlife Park.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Wan Vacation Sdn Bhd yang terlatih.
  • Percuma beg kembara setiap seorang (kecuali bayi).

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan

Peta perjalanan sedang dikemaskini

Galeri