6H4M HOKKAIDO + ICE BREAKER + SKI

Asahikawa - Kitami - Abashiri - Teshikaga - Tokachi - Kita Hiroshima - Sapporo - Otaru
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 7,290

Menaiki kapal pemecah ais!
Harga tidak termasuk tiket penerbangan RM 7,790
Menaiki kapal pemecah ais!
Harga tidak termasuk tiket penerbangan RM 7,790

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – CHITOSE

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) untuk penerbangan ke Chitose.

Hari 2CHITOSE – ASAHIKAWA - KITAMI (MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Chitose, tetamu dijemput oleh pemandu pelancong. Makan tengahari di restoran tempatan. Memulakan lawatan ke Asahiyama Zoo yang merupakan taman zoologi yang sangat popular di bandar Asahikawa. Seterusnya dibawa melawat ke Sounkyo Canyon yang merupakan sungai terpanjang di Hokkaido. Pelawat dapat menyaksikan pemandangan indah dari gunung-gunung berhampiran. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel.

Hari 3KITAMI – ABASHIRI – TESHIKAGA – TOKACHI AREA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Okhotsk. Memulakan lawatan dengan merasai pengalaman menaiki Icebreaker ship Cruzing di Okhotsk. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Lake Mashu Observatory. Tasik ini merupakan tasik yang terletak di Taman Negara Akan di Pulau Hokkaido dan ianya terkenal dengan “clearest lake in the world”. Pelawat tidak dibenarkan turun ke tasik, namun terdapat dua Observatory Deck dimana anda boleh menikmati pemandangan. Daftar masuk hotel dan makan malam di hotel.

Hari 4TOKACHI – KITA HIROSHIMA - SAPPORO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Meneruskan perjalanan ke Kita-Hiroshima. Memulakan lawatan ke Ski Resort dan mempunyai masa terluang untuk melakukan aktiviti bebas (bayaran ski tidak termasuk dalam pakej). Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian dibawa ke Mitsui Outletpark Kita-Hiroshima yang merupakan antara pusat membeli-belah terbesar di Hokkaido. Bertolak ke Sapporo dan dibawa melawat ke Odori Park. Odori Park merupakan taman yang terletak di tengah bandar Sapporo, Hokaido. Odori bermaksud “jalan besar” dalam Bahasa jepun. Seterusnya lawatan ke Clock Tower, bangunan itu adalah reka bentuk Amerika dan merupakan salah satu bangunan bergaya Barat yang masih hidup di Sapporo, sebuah bandar yang dibangun pada tahun 1870-an dengan bantuan dari kerajaan Amerika. Ia dikenali oleh ramai sebagai simbol kota dan merupakan salah satu tarikan pelancong. Dibawa melawat ke Former Hokkaido Government Office Building. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel.

Hari 5SAPPORO – OTARU – SAPPORO - CHITOSE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Meneruskan perjalanan ke Otaru. Bersiar-siar di Otaru Canal untuk menikmati pemandangan indah di pelabuhan kecil yang kaya dengan sejarah. Seterusnya melawat Otaru Music Box museum dan Kitaichi glass yang merupakan kedai kaca tertua di Bandar Otaru dan dapat melihat proses pembuatan music box menggunakan kaca. Makan tengahari di restoran tempatan. Menunaikan solat di Otaru Mosque. Seterusnya di bawa melawat ke Shiroi Koibito Park (free area) dan membeli-belah di Tanukikoji Shopping Arcade. Makan malam di restoran tempatan dan bertolak pulang ke Chitose. Daftar masuk hotel.

Hari 6CHITOSE - NEW CHITOSE AIRPORT – SHIN CHITOSE AIRPORT - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Chitose untuk penerbangan pulang Ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
D7 550 KUL CTS 2330 0850+1
D7 551 CTS KUL 0920 1650

Tarikh

19 Feb 2019

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
KITAMI 3* HOTEL ROUTE INN KITAMI ATU SETARAF
TOKACHI 3* SASAI HOTEL ATAU SETARAF
SAPPORO 3* APA HOTEL & RESORT SAPPORO ATAU SETARAF
CHITOSE 3* HOTEL ROUTE INN CHITOSE ATAU SETARAF

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Iyashi no Sato.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri