6H4M TOKYO + MT FUJI

Gunung Fuji - Tokyo
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 5,290

Jom saksikan keindahan Gunung Fuji!
Jom saksikan keindahan Gunung Fuji!

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Haneda, Jepun melalui Hong Kong.

Hari 2HONG KONG – HANEDA – GUNUNG FUJI (SP/MT/MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Haneda, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong dan diberi sarapan pagi. Setelah bersarapan pagi, tetamu akan dibawa ke gunung yang tertinggi di Jepun yang berketinggian 3,776 meter iaitu Gunung Fuji. Makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya, ke Gotemba Premium Outlet iaitu pusat beli belah yang mempunyai lebih daripda 200 kedai terdiri daripada beberapa kedai barangan mewah jenama antarabangsa, pakaian fesyen terkini, barangan sukan dan macam macam lagi. Kemudian daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 3GUNUNG FUJI – TOKYO (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke Iyashi no Sato, sebuah perkampungan kuno Jepun. Kampung ini kini terdiri daripada lebih daripada dua puluh buah rumah yang telah diubah menjadi kedai, restoran, muzium dan galeri. Beberapa kedai kraf tangan menyediakan bengkel untuk pengunjung untuk mencuba membuat produk tradisional, termasuk kertas ishi, arang dan soba mi. Kemudian, makan tengah hari di restoran tempatan sebelum bertolak ke Tokyo. Sejurus tiba di Tokyo, tetamu akan bersolat di Masjid Tokyo yang merupakan masjid terbesar di Tokyo. Jika sudah berada di Tokyo, tidak sah jika tidak melintas di persimpangan paling sibuk di dunia iaitu Shibuya Crossings berhadapan dengan Stesen Shibuya. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk ke hotel.

Hari 4TOKYO (SP)

Sarapan pagi di hotel. Pada hari ini tetamu mempunyai waktu bebas untuk bersiar siar di sekitar bandar Tokyo. Antaranya, Tokyo Disneyland, di mana tetamu boleh menghiburkan diri bersama keluarga di 7 taman tema berbeza di situ iaitu World Bazaar, Tommorowland, Mickey Toontown, Fantasyland, Critter Country, Westernland, dan Adventureland. Selain itu, anda juga boleh ke Ginza Six, Edogawa Natural Zoo, Tokyo Sea Life Park, Subway Museum dan bermacam-macam lagi.
(Nota: Lawatan-lawatan di atas tidak termasuk dalam harga pakej.)

Hari 5TOKYO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Asakusa di mana tetamu boleh mencari pelbagai barangan cenderamata dan melawat kuil Buddha yang terkenal dan tertua iaitu Sensoji. Di Asakusa juga, tetamu berpeluang untuk membeli belah di Nakamise Shopping Street yang mempunyai lebih daripada 90 buah kedai. Seterusnya, tetamu akan dibawa singgah bergambar di Tokyo Skytree yang mempunyai ketinggian 634 meter. Kemudian makan tengah hari di restoran tempatan dan solat di Masjid Asakusa. Meneruskan perjalanan ke Ameyoko Shopping Street dan Akihabara. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

HARI 6NARITA – KUALA LUMPUR (SP)

Selesai sarapan pagi, tetamu akan bersiap siap untuk ke Lapangan Terbang Narita untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
KA 734 KUL HKG 1755 2150
KA 396 HKG HND 2355 0455+1
CX 509 NRT HKG 0900 1325
KA 729 HKG KUL 1600 2000

Tarikh

6 Dis 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Gunung Fuji 3* Hotel Fujihakone Land atau setaraf
Tokyo 3* Hotel Lumiere Nishikasai atau setaraf

 

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Iyashi no Sato.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan
Galeri