6H5M Guilin + Yangshuo + Guangzhou

Guilin - Li River - Crown Cave - Yangshuo - Shangri-La - Guangzhou
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM2590

RM 2790

Panorama Yang Sungguh Memukau
Harga serendah RM 2790
Panorama Yang Sungguh Memukau
Harga serendah RM 2790

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

 

 

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - HONG KONG - GUILIN (MM)

Peserta akan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Guilin. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Liangjiang Guilin, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong kami. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, di bawa ke Chongshan Mosque untuk menunaikan solat. Selepas makan malam di restoran tempatan, tetamu akan di bawa membeli belah di Zhengyang Shopping Street salah satu tarikan beli-belah yang pertama di Guilin yang menjual pelbagai barangan China seperti pakaian, kasut, beg dan macam-macam lagi. Daftar masuk hotel dan bermalam di Guilin

Hari 2GUILIN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di restoran tempatan. Seterusnya peserta akan di bawa melawat ke Crown Cave iaitu sebuah gua semulajadi yang unik dan terletak di sebuah bukit berbentuk seperti mahkota. Peserta akan dibawa untuk makan tengah hari di restoran tempatan, dan terus solat di QianJing Mosque. Kemudian di bawa untuk membeli-belah di Silk Market. Seterusnya melawat ke Elephant Trunk Hill yang merupakan mercu tanda dan simbolik kepada bandar Guilin. Bentuk bulat di bawah belalai gajah itu dikenali sebagai Water-Moon Cave kerana pada waktu malam, bayangan bulan dapat dilihat pada lengkongan batu dan nampak seakan-akan terapung di atas air. Ianya terletak di pertemuan Sungai Taohua dan Sungai Lijiang. Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya lawatan ringkas di kawasan sekitar Rong Shan Lakes. Di sini peserta akan dapat melihat keindahan Sun & Moon Pagoda, Nine Turning Bridge dan Ancient South City Gate. Kemudian peserta akan di bawa membeli belah di Baoshutang. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 3GUILIN - YANGSHUO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan peserta akan mendaftar keluar hotel. Bertolak ke Yangshuo dan terus di bawa melawat ke Shangri-la Park yang merupakan sebuah kawasan semula jadi yang sangat indah sambil menikmati pemandangan yang berlatar belakangkan gunung-ganang, gua, dan sungai. Makan tengah hari di restoran tempatan. Selain itu, tetamu juga dapat berjalan-jalan di sekitar bangunan-bangunan tradisional dan melihat beberapa penduduk tempatan membuat kraf tangan dan bermain alat muzik. Kemudian peserta di bawa untuk daftar masuk hotel. Keluar makan malam di restoran tempatan, peserta akan dibawa ke Yangshuo West Street yang juga dikenali sebagai “Global Village”, merupakan jalan tertua di Yangshuo yang mempunyai sejarah lebih daripada 1400 tahun. Peserta boleh membeli pelbagai barangan seperti baju, kasut, cenderahati dan sebagainya. Kembali ke hotel dan bermalam di Yangshuo.

Hari 4YANGSHUO - GUANGZHOU (SP/MT/MM)

Peserta perlu mendaftar keluar hotel dan sarapan pagi di restoran tempatan. Bertolak ke stesen keretapi Yangshuo untuk menaiki keretapi ke Guangzhou. Setibanya di Guangzhou, peserta akan dibawa untuk makan tengahari di restoran tempatan, solat di Saad Bin Abi Waqqas Mosque atau dikenali sebagai Masjid Besar Kanton dan ianya telah dibina banyak kali sejak tahun 1300 dahulu. Kemudian peserta akan di bawa untuk membeli belah di Beijing Road Shopping Street yang merupakan pusat membeli belah yang paling popular dan murah. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 5GUANGZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan dengan melawat Yuexiu Park yang merupakan satu taman terbesar di pusat Bandar Guangzhou dan terdiri daripada tiga tasik buatan dan tujuh bukit di Yuexiu Mountain. Taman ini merupakan satu daripada lapan tarikan baru di Guangzhou dan tarikan utama di taman ini ialah Five Rams Stone Sculpture yang menjadi mercu tanda kota Guangzhou. Kemudian berhenti foto di Canton Tower, Ia merupakan menara TV yang tertinggi di dunia seterusnya melawat di sekitar Flower City Square yang merupakan kawasan seluas 560,000 meter persegi dan lebih beratus pokok-pokok besar ditanam di sekitarnya. Peserta akan di bawa solat di Huaisheng Mosque. Seterusnya di bawa membeli belah di Haiyin Fabric Market dan Elektronik Market. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 6GUANGZHOU - HONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan peserta perlu mendaftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun untuk menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

** Kempen HARI DATUK DAN NENEK hanya sah sehingga 15 Oktober 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

Airlines

From

Timing

To

Timing

KA 730

KUL

0900

HKG

1255

KA 704

HKG

1415

KWL

1545

KA 783

CAN

0955

HKG

1125

KA 725

HKG

1250

KUL

1650

 

Tarikh

1* Dis 2017 | 13 Mac 2018

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Guilin

4*

Hotel Universal Guilin

Yangshuo

4*

Days Hotel Frontier Yangshuo

Guangzhou

4*

Royal Tulip Luxury Hotel

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 5 malam di hotel 4* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Shangri-la, Crown Cave, Elephant Trunk Hill
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan

Peta perjalanan sedang dikemaskini

Galeri