6H5M BEIJING MENGAGUMKAN

Beijing - Tian An Men Square - The Great Wall - Summer Palace - Zhongshan Flower Park
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2,350

Saksikan Keagungan Tamadun China!
Harga serendah RM 2,490
Saksikan Keagungan Tamadun China!
Harga serendah RM 2,490

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - HONG KONG - BEIJING (MM)

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Beijing melalui Hong Kong. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, bertemu pemandu pelancong dan tetamu akan dibawa untuk makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan ke Tian An Men Square yang merupakan dataran terbesar di dunia dan juga bersempadan dengan Great Hall of the People. Di situ juga terdapat pahlawan nasional yang dibangunkan pada tahun 1952 dan dianggap sebagai monumen terbesar dalam sejarah China. Kemudian tetamu akan dibawa melawat ke Forbidden City yang merupakan kompleks istana bagi Maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing selama lebih 500 tahun dahulu. Ia juga diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987 dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai koleksi struktur kayu kuno yang dipelihara dunia. Selepas makan tengahari di restoran, tetamu dibawa menziarahi Niujie Mosque untuk bersolat dan ianya merupakan masjid yang paling bersejarah dan tertua di Beijing. Ia mula dibina pada tahun 996 semasa Dinasti Liao dan menjadi pusat rohani bagi 10,000 umat islam di sini. Singgah untuk membeli-belah di Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat Islam tempatan. Seterusnya, melawat Silk Show Room yang menjual kain sutera yang bermutu tinggi dan Chinese Medicine Centre. Akhirnya tetamu akan dibawa untuk menyaksikan Acrobatic Show yang sungguh unik dan mendebarkan. Pelbagai jenis persembahan akan dipertontonkan, sememangnya satu pengalaman yang amat menarik. Makan malam di restoran dan kembali ke hotel.

Hari 3BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat sebuah Tea Shop yang cukup terkenal dengan pembuatan teh tradisional Cina. Lawatan seterusnya adalah ke salah satu keajaiban dunia yang cukup mahsyur, Great Wall of China yang tujuan asal pembinaanya sebagai kawalan sempadan. Tembok ini dibina sepanjang garis timur ke barat sepanjang 8,852 km dan mengambil masa selama 18 bulan sekiranya berjalan dari hujung ke hujung. Solat dan makan tengahari di restoran sebelum dibawa untuk membeli-belah di Wangfujing Street yang mana terdapat pelbagai pilihan baju-baju, bag, kasut dan pelbagai lagi barangan tempatan. Makan malam di restoran dan kembali ke hotel.

Hari 4BEIJING (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, memulakan lawatan hari ini dengan melawat Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750 dengan menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap, tasik dan bukit-bukau. Istana ini sebetulnya menjadi kegemaran maharaja-maharaja China meluangkan masa untuk berehat ketika musim panas. Seterusnya tetamu dibawa membeli-belah di Pearl Centre dan makan tengahari di restoran. Bersolat di Madian Mosque yang dibina pada kurun ke-17 dengan mengekalkan identiti bangsa Cina sambil dihiasi dengan tulisan-tulisan khat yang amat menarik. Membeli-belah di Latex Shop dan Qianmen Walk Street sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 5BEIJING (SP/MT/MM)

Bersarapan pagi di hotel dan tetamu kemudiannya akan dibawa ke Zhongshan Flower Park untuk menikmati pemandangan indah pelbagai jenis bunga yang ditanam di taman ini. Sememangnya anda akan sukakan pengalaman yang sebegini indah. Seterusnya dibawa untuk mengambil gambar Bird’s Nest Stadium dan Water Cube yang cukup unik rekaannya dan dibina ketika Beijing menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Makan tengahari dan solat di Nan Dou Ya Mosque yang dibina pada kurun ke-14 ketika zaman Dinasti Yuan. Kemudian tetamu dibawa membeli-belah di Bamboo Charcoal Shop dan Silk Street yang amat terkenal sebagai tempat membeli kain sutera berkualiti. Menonton persembahan yang cukup unik LED Sky Screen yang terbesar di Asia sebelum makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 6BEIJING - HONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Airlines From Timing To Timing
KA 730 KUL 0855 HKG 1305
KA 902 HKG 1500 PEK 1820
CX 347 PEK 1000 HKG 1350
CX 729 HKG 1605 KUL 1955

 

Tarikh

10 Sep 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Beijing 4* City Inn Hotel atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Forbidden City, Great Wall of China, Summer Palace, Zhongshan Flower Park dan Acrobatic Show.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri