6H5M Beijing Mengagumkan

Beijing - Tian An Men Square - The Great Wall - Summer Palace
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2690

Saksikan keagungan tamadun China
Harga serendah RM 2690
Saksikan keagungan tamadun China
Harga serendah RM 2690

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG - BEIJING

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk penerbangan terus ke Beijing melalui Hong Kong. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, bertemu pemandu pelancong dan peserta akan dibawa untuk daftar masuk hotel dan rehat.

Hari 2BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan ke Tian An Men Square yang merupakan dataran terbesar di dunia dan juga bersempadan dengan Great Hall of the People. Di situ juga terdapat pahlawan nasional yang dibangunkan pada tahun 1952 dan dianggap sebagai monumen terbesar dalam sejarah China. Kemudian peserta dibawa melawat ke Forbidden City yang merupakan kompleks istana bagi Maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing selama lebih 500 tahun dahulu. Ia juga diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai koleksi struktur kayu kuno yang dipelihara dunia. Makan tengahari di restoran tempatan, peserta dibawa ziarahi Niujie Mosque untuk bersolat dan ianya merupakan masjid yang paling bersejarah di Beijing. Ia mula dibina pada tahun 996 semasa Dinasti Liao dan menjadi pusat rohani bagi 10,000 umat islam di sini. Peserta akan singgah di Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat islam tempatan. Seterusnya, melawat Silk Show Room dan Chinese Medicine Centre untuk melihat sutera dan cara perubatan orang cina disini. Peserta akan dibawa untuk melihat Persembahan Akrobatik. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 3BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melihat koleksi jade di Jade Centre dan terdapat pelbagai barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan banyak lagi yang diperbuat daripada Jade. Seterusnya peserta dibawa melawat Great Wall of China yang diperbuat daripada batu bata, kayu, di atas bukit dan merupakan kawalan sempadan dan juga jalan yang dibina sepanjang garis timur ke barat. Ianya juga merupakan salah satu binaan dari 7 keajaiban dunia. Solat dan makan tengahari di restoran tempatan, seterusnya peserta dibawa untuk membeli belah di Wangfujing Street dimana peserta boleh membeli belah dengan cara tawar-menawar. Di sini juga terdapat baju-baju, bag, kasut dan pelbagai lagi barangan tempatan. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 4BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan lawatan ke Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill seluas 2.9 km persegi. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750 dengan menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap, tasik dan bukit bukau. Summer Palace juga diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1998. Seterusnya peserta dibawa membeli-belah di Pearl Centre dan makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya peserta dibawa ziarahi dan solat di Ma Dian Mosque dan membeli belah di Qianmen Walk Street. Selepas makan malam di restoran tempatan, peserta dibawa kembali ke hotel.

Hari 5BEIJING (SP/MT/MM)

BEIJING (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa ke Zhongshan Flower Park dan bergambar di luar Bird’s Nest Stadium yang dikenali sebagai Stadium Nasional Beijing yang mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan dan Water Cube yang juga dikenali sebagai Pusat Akuatik Nasional, Beijing yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008. Makan tengahari dan solat di Nadouya Mosque. Kemudian peserta dibawa membeli-belah di Bamboo Charcoal Shop & Xiushui Street yang menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dengan harga yang berpatutan sebelum terus ke pertunjukkan LED terbesar di Beijing. Sebesar 250m x 30m dan memainkan video yang berbeza serta tulisan sebagai mesej pesanan. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 6BEIJING - HONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

22 Mar 2018

Airlines

From

Timing

To

Timing

KA 734

KUL

1755

HKG

2150

KA 996

HKG

2250

PEK

0205

CX 391

PEK

1330

HKG

1715

CX 729

HKG

1915

KUL

2320

 

Tarikh

22 Mar 2018

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Beijing

4*

City Inn Hotel

Pakej Termasuk

  • Penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan)
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Forbidden City, Great Wall of China, Summer Palace, Zhongshan Flower Park & Persembahan Akrobatik
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan

Peta perjalanan sedang dikemaskini

Galeri