6H5M Siem Reap – Phnom Penh

Siem Reap - Phnom Penh - Angkor Wat
Harga Seorang Dewasa Bermula Dari *

RM 2090

Price
Harga serendah RM 2090
Price
Harga serendah RM 2090

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30
Aturcara

Hari 1Siem Reap (MT/MM)

Selepas ketibaan di lapangan terbang, lawatan ke Angkor Silk Farm yang terletak di Puok, 16 km dari Siem Reap di mana tetamu boleh melihat hasil pembuatan sutera. Bengkel ini akan memberi peluang kepada tetamu untuk belajar banyak benda menarik mengenai proses pembuatan sutera termasuk memberi makanan pada ulat sutera, menternak ulat-ulat sutera, seni menenun sutera, dan sebagainya. Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Lawatan diteruskan ke kampung terapung di Chong Khneas, terletak 10 km dari selatan Siem Reap. Tetamu dibawa menaiki bot kayu dan melalui Tonle Sap Lake, sebuah “Tasik Hebat” di Kambodia dan di antara yang terbesar di Asia. Lawatan ke “Les Artisans D’AngkorChantiers Ecoles” di Siem Reap yang terkenal dengan hasil kerja kayu, ukiran batu, dan bengkel polychrome.

Hari 2Siem Reap - Angkor Wat (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke The South Gate of Angkor Thom: Kuil Bayon, The Royal Enclosure, Phimeanaka, Elephant and Leper King Terrace. Kemudian, lawatan ke Ta Promh dan makan tengah hari di restoran halal tempatan. Selepas itu, tetamu dibawa melawat ke warisan dunia, Angkor Wat, salah satu dari 7 keajaiban dunia. Kemudian, lawatan diteruskan ke Bukit Bakeng untuk melihat matahari terbenam. Makan malam buffet di Apsara Show.

Hari 3Siem Reap (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu dibawa melawatke Thousand Linga River dengan menerokai hutan yang menjadi tempat raja kerajaan Khmer menyucikan diri dengan menggunakan air suci. Tetamu juga berpeluang untuk melihat keunikan Kuil Banteay Srei atau dikenali sebagai “Citadel of Woman” yang dihiasi dengan ukiran batu merah jambu. Sekembalinya ke bandar, tetamu boleh melihat perkampungan kaum di Kambodia, termasuk muzium lilin, ibu kota lama Oudong, Royal Palace, Muzium Nasional, Wat Phnom, Jambatan Kompong Kdey, dan Independence Monument. Bermalam di Siem Reap.

Hari 4Siem Reap - Phnom Penh (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, bergerak ke Phnom Penh dengan menaiki bas yang akan megambil masa 6 jam perjalanan. Daftar masuk hotel dan makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya, lawatan ke Muzium Nasional. Muzium ini mengandungi banyak artifak-artifak lama yang bersejarah di Kambodia. Tetamu dibawa melawat ke Royal Palace yang dibina oleh Raja Norodom pada tahun 1866 di bandar lama, dan Silver Agoda. Terletak di tingkat bawah Royal Palace, Silver Agoda mendapat namanya sempena penggunaan 5000 jubin perak yang dipasang sebagai jubin. Lawatan diteruskan ke Naga Casino. Makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 5Phnom Penh (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan ke Notorious Tuol Sleng Museum dimana pada tahun 1975, ia berubah dari sebuah sekolah ke sebuah penjara yang dikenali sebagai Security Prison 21 (S-21) dan Killing Fields of Choeung EK yang terletak di luar Phnom Penh. Makan tengah hari di restoran halal tempatan. Kemudian, tetamu dibawa melawat Russian Market (Psah Tuol Thom Pong), sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis barang yang pasti memberi pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Makan malam di restoran halal tempatan dan pulang ke hotel.

Hari 6Phnom Penh - KL (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan bergerak ke lapangan terbang dan berlepas pulang.

Harga Pakej

eaff

fa

feswaf

eg

gege

fa

fsf

ef

reag

ags

Hotel

HOTEL

Kategori

Nama

Standard 3*

Hotel Salita atau setaraf

Deluxe 4*

Hotel Angkor Riviera atau setaraf

Luxury 5*

            Hotel Naga World atau setaraf

 

Penerbangan

Pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan.
Sertakan permintaan tiket penerbangan di borang tempahan di bawah untuk tawaran harga tiket penerbangan yang terbaik. 

Perlepasan

Sepanjang Tahun

Harga Termasuk
  • Jadual makanan mengkiut aturcara
  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris
  • Tiket masuk untuk semua tempat seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan berpenghawa dingin dan penghataran pergi dan pulang dari lapangan terbang
  • Penginapan selama 4 malam di hotel
  • Bekalan minuman sepanjang perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang
  • Aktiviti sukan air
Peta Perjalanan
Galeri