7H4M MEMBELI-BELAH DI DUBAI + BRUNEI

Dubai
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 3,988

Membeli-belah di kota Dubai!
RM 3,988
RM
Membeli-belah di kota Dubai!
RM 3,988
RM

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – BRUNEI

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dubai melalui Brunei.

Hari 2BRUNEI – DUBAI (SP/MT/MM)

Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, anda akan disambut oleh pemandu pelancong dan bersarapan pagi di restoran. Tetamu akan di bawa ke Burj Al Arab dan Jumeirah Mosque untuk bergambar. Burj Al Arab merupakan sebuah hotel mewah yang teletak di pulau buatan berhampiran Pantai Jumeirah. Ia juga merupakan hotel ketiga tertinggi di dunia. Kemudian tetamu akan di bawa untuk membeli belah di Madinat Souk Jumeirah yang menggabungkan kemewahan dengan tradisi dan merupakan pusat membeli belah pelbagai barangan fesyen, barang perhiasan dengan pilihan citarasa timur tengah. Tetamu akan di bawa melawat ke Dubai Museum yang terletak di Al Fahidi Fort. Di sini tetamu dapat melihat benteng yang dibina dan pelbagai paparan yang memaparkan budaya umum sepanjang benteng yang menghubungkan jalan ke galeri musium. Membeli belah di Gold Souk yang tekenal dengan pelbagai barang perhiasan yang diperbuat dari emas, perak dan berlian. Kemudian tetamu akan di bawa ke Spice Souk untuk membeli rempah dan herba. Terdapat juga pilihan lain seperti teh, kacang dan minyak safron. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3DUBAI (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat ke Menara Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia. Tetamu akan di beri pilihan untuk naik ke ruang pemerhatian di tingkat 124 (perbelanjaan sendiri). Teruskan perjalanan ke Atlantis The Palm yang merupakan sebuah hotel mewah yang terletak di puncak Palm Jumeirah. Menikmati keindahan berjalan di Dubai Marina sepanjang 2 km sebelum melakukan aktiviti bebas di pusat membeli belah. Tetamu akan di bawa menaiki kapal persiaran Dhow Cruise dan menikmati buffet BBQ di atas kapal. Tetamu dapat melihat keindahan malam bandar Dubai dan menyaksikan persembahan tarian Tanura.

Hari 4DUBAI (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu di berikan masa untuk melakukan aktiviti bebas sebelum di bawa ke Safari Desert. Tetamu berpeluang untuk merasai keseronokan menaiki kenderaan pacuan empat roda merentasi padang pasir yang dipandu oleh pemandu berpengalaman. Selepas selesai, tetamu akan makan malam sambil menikmati keindahan matahari terbenam dan pertunjukan api sebelum berehat di hotel.

Hari 5DUBAI - LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DUBAI (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel, daftar keluar hotel dan aktiviti bebas sehingga di bawa ke makan malam di restoran tempatan. Sesudah selesai makan malam, tetamu akan di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai untuk ke Brunei.

Hari 6DUBAI – BRUNEI

Setibanya di Brunei, para tetamu akan di bawa ke restoran tempatan untuk menikmati makan malam. Daftar masuk hotel.

Hari 7BRUNEI – KUALA LUMPUR

Bertolak ke Kuala Lumpur

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI KE BERLEPAS KETIBAAN
BI 874 KUL BWN 2110 2330
BI 007 BWN DXB 0010 0450
BI 008 DXB BWN 0555 1755
BI 871 BWN KUL 0900 1120

Tarikh

27 Jan 2019

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Dubai

3*

IBIS Styles Dragon Mart atau setaraf

Brunei

3*

Wafa Hotel atau setaraf

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Perkhidmatan bas persiaran pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Air mineral botol untuk setiap peserta, setiap hari
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn Bhd
  • Cukai 5% VAT

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.