7H4M Romantisnya Korea

Nami Island - DMZ - Everland Theme Park
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM3090

RM 3290

Lawatan dilanjutkan ke Imjingak (DMZ)!
Harga serendah RM 3290
Lawatan dilanjutkan ke Imjingak (DMZ)!
Harga serendah RM 3290

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – HONG KONG

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan terus ke Seoul melalui Hong Kong.

Hari 2HONG KONG - SEOUL – NAMI ISLAND (MT/MM)

Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Incheon, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong. Kemudian menuju ke Pulau Nami yang cukup romantis dan terkenal. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar sepanjang jalan dengan pokok-pokok indah yang juga merupakan tempat di mana filem Winter Sonata difilemkan. Solat dan makan tengah hari sebelum bertolak ke Paju yang terletak di Demilitarized Zone (DMZ), sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Setibanya di Paju, peserta di bawa ke Imjingak Village untuk menikmati keindahan Unification Park yang juga terdapat monumen-monumen peringatan Perang Korea dan bergambar di Bridge of Freedom yang penuh bersejarah dengan peristiwa pertukaran 13,000 orang POW ketika tamatnya Perang Korea. Begitu juga dengan Gyeongui Train Line yang musnah ditembak 1,020 kali oleh tentera Korea Utara. Berhenti di Paju Premium Outlet untuk membeli-belah sebelum bertolak pulang ke Seoul. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3SEOUL – EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian peserta akan di bawa ke Yongin untuk menikmati permainan yang ada di Everland Themepark. Makan tengah hari dan solat di Everland Theme Park. Kemudian peserta akan di bawa pulang ke Seoul untuk melawat ke Seaweed Museum dan berpeluang menyertai kelas membuat Kimchi. Peserta dapat mempelajari bagaimana cara penduduk Korea membuat Kimchi sendiri. Di situ juga peserta berpeluang untuk mencuba dan bergambar bersama Hanbok (pakaian tradisional Korea) secara percuma. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 4SEOUL (SP/MT/MM

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Istana Kyongbok; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395. Muzium Rakyat Kebangsaan dan Rumah Biru Presiden merupakan kediaman rasmi untuk Presiden Korea. Seterusnya membeli-belah di Pusat Ginseng, Butik Kosmetik dan Kilang batu permata. Solat di Masjid Negara Seoul dan makan tengah hari di restoran tempatan. Peserta akan di bawa untuk membeli-belah di Myeongdong. pusat komersil membeli-belah terbesar di Seoul. Menonton Bibap Show sebelum dibawa ke makan malam dan terus ke hotel.

Hari 5SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa membeli belah ke Insadong Antique Shop Alley, kompleks bebas cukai, Kedai ubat Pine dan Hongdae dimana disini adalah syurga membeli belah bagi golongan muda. Pelbagai barang seperti baju, kasut, bag dan macam lagi terdapat di sini. Makan tengah hari dan solat di restoran tempatan. Seterusnya melawat ke 3D Trick-Eye Museum dan Ice Gallery sebelum bertolak ke Menara Namsan. Di sini peserta akan mendaki untuk ke puncak bagi melihat pemandangan indah bandar Seoul. Makan malam dan terus pulang ke hotel

Hari 6SEOUL – HONG KONG - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Lawatan ke kedai bebas cukai sebelum ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.

Harga Pakej

** Kempen HARI DATUK DAN NENEK hanya sah sehingga 15 Oktober 2017 sahaja. Tempah sekarang!

Jadual Penerbangan

Airlines

From

Timing

To

Timing

KA 734

KUL

1755

HKG

2150

CX 412

HKG

0055

ICN

0520

CX 439

ICN

1355

HKG

1645

KA 727

HKG

2025

KUL

0025

 

Tarikh

12 Mac 2018

Hotel

BANDAR

RATING

NAMA HOTEL

Seoul

4*

Prime In Hotel

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam di hotel 4* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Everland Theme Park, Gyeongbok Palace, Bibap Show dan 3D Trick Eye Museum.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Perjalanan

Peta perjalanan sedang dikemaskini

Galeri