7H5M OSAKA + ALPINE ROUTE + MT FUJI

Osaka - Tonami Tulip -Toyama - Alpine Route - Fuji - Tokyo
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 8,290

Jom saksikan keindahan Gunung Fuji!
Jom saksikan keindahan Gunung Fuji!

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – MANILA (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Manila. Dibawa makan malam dan kemudian daftar masuk hotel.

HARI 2MANILA - OSAKA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, meneruskan penerbangan ke Osaka. Tiba di Osaka, tetamu akan dibawa bergambar di Osaka Castle. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Arashiyama Bamboo Forest, tempat lawatan yang tidak asing lagi bagi mereka yang berkunjung ke Jepun khususnya Kyoto kerana ia merupakan salah satu tarikan wajib dikunjungi yang terdapat di Kyoto Jepun. Seterusnya, tetamu dibawa ke Togetsu Bridge dan meneruskan perjalanan ke Gifu. Dibawa makan malam di restoran tempatan dan kemudian daftar masuk hotel.

Hari 3GIFU - SHIRAKAWAGO – TONAMI TULIP – TOYAMA (SP/MT/MM)

Setelah bersarapan pagi di hotel, meneruskan perjalanan ke Shirakawa-go. Shirakawago merupakan perkampungan tradisional di Jepun yang wujud sejak beratus tahun dulu. Rumah-rumah disini masih mengekalkan tradisi Jepun dan disytihar sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Tonami Tulip (Tonami Tulip Festival) di Toyama. Tonami Tulip Festival merupakan festival bunga tahunan yang mempamerkan kira-kira tiga juta tulip terdiri daripada pelbagai jenis dan warna. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4TOYAMA – ALPINE ROUTE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Alpine Route. Memulakan lawatan ke Tateyama Kurobe Alpine Route iaitu laluan yang sangat unik dan luar biasa dengan pemandangan Northern Japan Alps yang begitu menakjubkan. Alpine Route merupakan laluan yang dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta kabel, ‘trolley bus’, keretapi dan lain lain. Di sini, tetamu boleh menikmati pengalaman menaiki Toyama Chiho Railway, Tateyama Cablecar, Highland Bus, Tateyama Snow Corridor, Murodo dan sebagainya. Daftar masuk hotel dan makan malam.

Hari 5ISAWA – FUJI – TOKYO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Fuji, kemudian tetamu akan dibawa ke Shibazakura Festival. Tetamu berpeluang untuk melihat keindahan bunga yang meliputi kawasan sekitarnya. Meneruskan perjalanan dengan menaiki Lake Ashi Cruise yang berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Seterusnya tetamu juga berpeluang untuk menaiki Komagatake Ropeway untuk melihat keindahan pemandangan sekitar Hakone, Kanagawa dari atas. Kemudian, makan tengahari di restoran tempatan sebelum tetamu dibawa membeli – belah pelbagai barangan berjenama di Gotemba Outlet. Meneruskan perjalanan ke Tokyo. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 6TOKYO - HANEDA - MANILA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu dibawa melawat ke Imperial Palace dan seterusnya dibawa membeli-belah di Nakamise Shopping Street yang mempunyai lebih daripada 90 buah kedai. Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Tokyo Mosque yang merupakan masjid terbesar di Tokyo. Meneruskan lawatan ke Shibuya Crossing dimana ianya persimpangan paling sibuk di dunia berhadapan dengan stesen Shibuya. Tetamu juga dibawa membeli-belah di Takeshita Street dan Ameyoko Street. Makan malam di restoran tempatan dan bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas ke Kuala Lumpur melalui Manila.

Hari 7MANILA – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT DARI / KE BERLEPAS KETIBAAN
PR 526 KUL / MNL 1220 1600
PR 408 MNL / KIX 1425 1915
PR 423 HND / MNL 0210 0610
PR 527 MNL / KUL 1130 1450

Tarikh

21  Apr 2019

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Gifu 3* Route Inn atau setaraf
Toyama 3* Route Inn atau setaraf
Gunung Fuji 3* Isawa View Hotel atau setaraf
Kansai 3* Yutaka Wing atau setaraf

 

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan)
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Iyashi no Sato.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri