7H5M BEIJING + SKI

Beijing - Tian An Men Square - The Great Wall - Ski - Summer Palace - Bird's Nest Stadium - Wangfujing Street
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 2,590

Saksikan Keagungan Tamadun China!
Harga serendah RM 2,890
Saksikan Keagungan Tamadun China!
Harga serendah RM 2,890

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - HONG KONG - BEIJING (MM)

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Beijing melalui Hong Kong. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, bertemu pemandu pelancong dan peserta akan dibawa untuk makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan ke Tian An Men Square yang merupakan dataran terbesar di dunia dan juga bersempadan dengan Great Hall of the People. Di situ juga terdapat pahlawan nasional yang dibangunkan pada tahun 1952 dan dianggap sebagai monumen terbesar dalam sejarah China. Kemudian peserta dibawa melawat ke Forbidden City yang merupakan kompleks istana bagi Maharaja Dinasti Ming dan Dinasti Qing selama lebih 500 tahun dahulu. Ia juga diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai koleksi struktur kayu kuno yang dipelihara dunia. Seterusnya ke 798 Art Zone yang terdiri daripada kompleks bangunan tentera sejak 50 tahun lalu. Peserta pasti akan puas bergambar kerana tempat ini mempamerkan seni bina yang unik dan artistik. Peserta juga akan dibawa untuk melihat Persembahan Akrobatik. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 3BEIJING – SKI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melihat koleksi jade di Jade Centre dan terdapat pelbagai barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan banyak lagi yang diperbuat daripada Jade. Seterusnya peserta dibawa melawat Great Wall of China yang diperbuat daripada batu bata, kayu, di atas bukit dan merupakan kawalan sempadan dan juga jalan yang dibina sepanjang garis timur ke barat. Ianya juga merupakan salah satu binaan dari 7 keajaiban dunia. Solat dan makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya, saat yang ditunggu tunggu oleh peserta iaitu bermain salji dan ski (Nota: peralatan sewa ski tidak termasuk dalam pakej). Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 4BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan lawatan ke Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill seluas 2.9 km persegi. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750 dengan menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap, tasik dan bukit bukau. Summer Palace juga diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1998. Seterusnya peserta dibawa membeli-belah di Pearl Centre dan makan tengahari di restoran tempatan. Peserta dibawa ziarahi Niujie Mosque untuk bersolat dan ianya merupakan masjid yang paling bersejarah di Beijing. Ia mula dibina pada tahun 996 semasa Dinasti Liao dan menjadi pusat rohani bagi 10,000 umat islam di sini. Peserta akan singgah di Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat islam tempatan. Seterusnya, melawat Silk Show Room dan Chinese Medicine Centre untuk melihat sutera dan cara perubatan orang cina disini. Kemudian, ke pertunjukkan LED terbesar di Beijing. Sebesar 250m x 30m dan memainkan video yang berbeza serta tulisan sebagai mesej pesanan. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 5BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa bergambar di luar Bird’s Nest Stadium yang dikenali sebagai Stadium Nasional Beijing yang mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan dan Water Cube yang juga dikenali sebagai Pusat Akuatik Nasional, Beijing yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008. Makan tengahari dan solat di Nadouya Mosque. Kemudian peserta dibawa membeli-belah di Bamboo Charcoal Shop dan Wangfujing Street dimana peserta boleh membeli belah dengan cara tawar-menawar. Di sini juga terdapat baju-baju, bag, kasut dan pelbagai lagi barangan tempatan. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 6BEIJING – HONG KONG – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel, peserta bersiap siap sebelum daftar keluar hotel untuk terus ke Lapangan Terbang Beijing untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Hari 7KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Airlines

From

Timing

To

Timing

KA 730

KUL

0900

HKG

1255

KA 902

HKG

1500

PEK

1815

CX 391

PEK

1330

HKG

1725

CX 727

HKG

2025

KUL

0025+1

 

Tarikh

12 Dis 2018

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Beijing 4* City Inn Hotel atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Forbidden City, Great Wall of China, Summer Palace, dan Acrobatic Show.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri