7H5M ROMANTISNYA KOREA + CHERRY BLOSSOM FESTIVAL

Seoul - Nami Island - Incheon Cherry Blossom Festival - Everland Theme Park
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 3,290

Keindahan Nyata Pokok Bunga Sakura!
Harga serendah RM 3,590
Keindahan Nyata Pokok Bunga Sakura!
Harga serendah RM 3,590

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Klik untuk memulakan Whatsapp

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - HONG KONG - INCHEON - SEOUL (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Seoul melalui Hong Kong. Sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Incheon, tetamu akan disambut oleh wakil kami. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 2SEOUL - NAMI ISLAND - INCHEON (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian menuju ke Nami Island yang popular sebagai lokasi penggambaran drama Korea yang cukup popular di Malaysia suatu ketika dahulu, Winter Sonata. Tetamu berpeluang menikmati pelayaran tasik dan bersiar-siar di sepanjang jalan yang dipenuhi pokok-pokok yang tersusun indah. Solat dan makan tengah hari sebelum tetamu dibawa melawat Incheon Grand Park yang merupakan taman bandar dan terbesar di Incheon untuk meyaksikan Cherry Blossom Festival. Terdapat banyak pokok bunga sakura yang mekar ketika festival ini. Tetamu berpeluang menyaksikan kecantikan asli bunga sakura dan berkesempatan bergambar berlatar belakangkan pokok sakura yang hanya mekar sekali dalam setahun. Kemudiannya tetamu akan dibawa ke Yeuido Spring Flower Festival pula yang popular dengan tarikan 1,886 pelbagai jenis pokok ceri Korea. Makan malam di restoran dan pulang semula ke hotel.

Hari 3SEOUL - EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa ke Yongin untuk menghiburkan diri dengan pelbagai jenis permainan yang terdapat di Everland Theme Park. Ada permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua, malah ada juga roller-coaster untuk yang dewasa. Makan tengah hari dan solat di Everland Theme Park. Seterusnya, tetamu berpeluang untuk merasai sendiri seni pembuatan kopi Korea di mana tetamu akan menempa pengalaman berharga menjadi seorang Coffee Barista dan seterusnya menikmati hasil kopi buatan sendiri. Lawatan diteruskan ke Daejanggeum Theme Park yang dikenali sebagai set penggambaran drama-drama Korea berbentuk sejarah. Ianya dibina khas bukan sahaja untuk sesi pengambaran tetapi juga untuk mempromosikan budaya masyarakat Korea zaman dahulu kala. Terdapat pelbagai jenis istana dan rumah Korea kuno di sini. Sememangnya tempat terbaik untuk anda bergambar. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 4SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat ke Gyeongbokgung Palace; istana utama pada zaman Dinasti Joseon yang dibina pada tahun 1395, National Folk Museum dan President Blue House yang merupakan kediaman rasmi untuk Presiden Korea. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Seaweed Museum di mana tetamu berpeluang untuk memakai pakaian tradisi Korea iaitu Hanbok dan belajar cara-cara membuat Kimchi. Seterusnya membeli-belah di Ginseng Centre, Health Food Centre, Cosmetic Store dan Amethyt Factory. Solat di Masjid Negara Seoul dan makan tengah hari di restoran tempatan. Peserta akan di bawa untuk membeli-belah di Myeongdong Street dan Namdaemun Market, pusat komersil membeli-belah terbesar di Seoul dan menjadi tumpuan penduduk tempatan. Menonton persembahan tradisional istimewa Bibap Show yang cukup unik sebelum dibawa ke makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 5SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa membeli-belah ke Insadong Antique Shop Alley di mana menjadi kegemaran ramai untuk mencari barangan antik, Dunghwa Duty Free dan juga Hongdae Fashion Street yang merupakan syurga membeli-belah fesyen terkini bagi golongan muda dan dewasa. Pelbagai barangan seperti baju, kasut, bag dan bermacam lagi terdapat di sini. Makan tengah hari di restoran dan solat. Seterusnya anda berpeluang untuk mengambil gambar-gambar yang unik di 3D Trick-Eye Museum dan Ice Gallery untuk dikongsi di laman sosial anda. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat Namsan Hanok Village yang mempamerkan 5 buah rumah tradisional Korea di samping hiasan dalamannya yang cukup klasik membuatkan anda rasa seperti hidup di zaman Korea dahulu kala. Menikmati pemandangan indah bandar Seoul dari Namsan View Point. Akhirnya tetamu akan di bawa bersiar-siar di Dongdaemun Street sebelum makan malam di restoran dan pulang ke hotel.

Hari 6SEOUL - HONG KONG (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Masa bebas untuk membeli-belah saat akhir di Common Ground yang sangat unik dibina dengan 200 biji kontena bagi cenderahati untuk di bawa pulang sebelum ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.

HARI 7HONG KONG - KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

FLIGHT

DARI

KE

BERLEPAS

KETIBAAN

KA 730

KUL

HKG

0855

1305

CX 418

HKG

ICN

1425

1905

CX 411

ICN

HKG

1510

1755

KA 727

HKG

KUL

2020

0010

Tarikh

6 Apr 2018

Hotel

BANDAR NAMA HOTEL
Seoul Gyeonggi Samwon Plaza atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam di hotel 4* dengan sarapan (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Everland Theme Park, Gyeongbok Palace, Bibap Show dan 3D Trick Eye Museum.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Ingeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri